Apakah cara terbaik untuk jimatkan masa dan wang untuk hal cukai tahun ini? Versi asal diterbitkan di  TonyRobbins.com dan telah diubah mengikut kesesuaian. (Original post in English)

Tahun baru sudah datang dan pergi dan kini kita sudah di suku tahun pertama. Ramadhan semakin dekat dan Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tiba. Ini menandakan kita bakal sibuk dengan aktiviti perayaan bersama keluarga meskipun wabak COVID-19 masih melanda negara kita. Dengan semua kesibukan ini, anda jangan lupa juga bahawa tempoh untuk menghantar penfailan cukai pendapatan juga semakin dekat.

Kami mempunyai tips yang boleh jimatkan masa dan wang anda daripada pengurangan cukai hinggalah memaksimumkan pengecualian cukai untuk tarikh penfailan cukai 30 April 2021 (individu) dan 30 Jun 2021 (individu bersama perniagaan) nanti.

Tips Cukai #1: Susun Semua Dokumen Anda

Perubahan dalam aspek pencukaian telah berubah penolakan dan pengecualian cukai untuk sesetengah barangan – seperti inisiatif istimewa PENJANA, PRIHATIN, PERMAI serta BELANJAWAN 2021. Jadi, anda perlu memastikan anda mempunyai masa secukupnya untuk membiasakan diri dengan perubahan baru ini terutamanya jika anda sendiri yang mengisi penfailan cukai seperti kebanyakan orang.

Jika anda menggajikan orang lain untuk hal cukai, anda perlu memastikan yang anda memberi resit dan dokumen yang betul secepat mungkin supaya ada masa untuk semak kembali kelak.

Tips Cukai #2: Jangan Abaikan Pengurangan Cukai

Majoriti rakyat Malaysia akan mengambil pilihan pengecualian cukai biasa – jumlah yang semua orang boleh gunakan sebagai pengecualian cukai – kerana ia lebih mudah. Pengeculian cukai ketika proses penfailan pada tahun 2020 adalah RM 9,000 untuk individu dan RM13,000 untuk pasangan yang membuat penfailan bersama. Antara contoh pengecualian yang biasa didengari adalah insurans/takaful hayat, gaya hidup dan sumbangan.

Untuk pengecualian cukai insurans/takaful hayat, anda boleh tuntut di bawah kategori insurans perubatan atau hayat di mana anda boleh maksimumkan pengecualian anda melalui kalkulator pengecualian cukai untuk insurans.

Anda juga boleh tuntut RM 1,500 untuk ibu dan RM 1,500 untuk bapa jika anda tidak menuntut pembayaran perubatan untuk ibu bapa anda. Terdapat juga lanjutan dalam pengecualian cukai seperti kos perubatan untuk diri anda sendiri yang kini termasuk rawatan kesuburan dan sakit kritikal.

Untuk gaya hidup pula, ada pengecualian cukai istimewa untuk vaksinasi dan saringan kesihatan COVID-19 sebanyak RM 1,000 serta maksimum RM 3,000 untuk yuran pendaftaran kejohanan sukan dan akhbar digital. Untuk telefon bimbit, komputer riba dan tablet, terdapat pengecualian cukai sehingga RM 2,500 yang dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021.

Jangan lupa juga bahawa anda boleh menuntut pengecualian cukai untuk pelancongan berjumlah RM 1,000.

Tips Cukai #3: Tuntut Semua Rebat Cukai Anda

Apa sebenarnya nasihat terbaik tentang cukai? Jangan biarkan wang anda di atas meja!

Jika anda menyewakan rumah anda, ambil peluang untuk tuntut perbelanjaan seperti kadar faedah, pembaikan/penyelenggaraan dan bil Indah Water.

Pemilik rumah boleh mengumpulkan semua perbelanjaan dan pendapatan untuk rumah sewa dan masukkan ke dalam penilaian cukai.

Jika anda baru jual hartanah, ambil kira juga pengecualian cukai untuk cukai hartanah (“Real Property Gains Tax, RPGT”) untuk maksimum 3 buah hartanah sehingga 31 Disember 2021.

Tips Cukai #4: Elakkan Dikenakan Denda Atau Saman

Jika anda fail cukai dalam talian, anda mempunyai masa tambahan selama 15 hari secara automatik. Jika anda tidak dapat menyiapkan urusan cukai sebelum tarikh tutup, anda boleh memohon masa tambahan, jika anda mempunyai sebab tertentu, dengan berhubung dengan pihak LHDN.

Jika anda tidak mampu membayar cukai secara penuh, anda boleh bayar seberapa banyak yang mampu terlebih dahulu. Kemudian, anda boleh bayar baki yang perlu dibayar dengan memohon perjanjian pembayaran secara ansuran dengan pihak LHDN. Proses ini boleh dibuat secara online di laman web LHDN menggunakan kad kredit (dengan sedikit faedah) ataupun terus dengan pihak LHDN melalui pelan pembayaran ansuran.

Tips Cukai #5: Maksimumkan Sumbangan Yang Boleh Ditolak Cukai

Maksimumkan caruman anda kepada KWSP dan dana disahkan lain sebanyak RM 4,000, Skim Persaraan Persendirian atau Private Retirement Scheme (PRS) sebanyak RM 3,000 dan SOCSO sebanyak RM 250. Jika anda mencarum kurang daripada jumlah maksimum ini kerana anda bekerja sendiri, anda boleh mencarum dengan rela kepada KWSP. Jika anda ingin memaksimumkan lagi jumlah pengecualian cukai kepada KWSP, anda boleh mencarum untuk EPF i-Saraan yang memberikan anda kelebihan 15% sumbangan daripada kerajaan sebanyak RM 250 (atau RM 1,667 caruman KWSP).

Tips Cukai #6: Semak Penilaian Anda

Ini bukan sahaja untuk tahun 2021, tetapi untuk setiap tahun. Pastikan penfailan anda tepat. Sebab utama adanya masalah yang memerlukan anda menghantar kali kedua adalah salah silap paling biasa iaitu typo. Semak kiraan anda dan pastikan ejaan anda betul. Jika dokumen yang anda isi tepat, sebarang bentuk pulangan akan diberikan dengan lebih pantas dan juga pastikan anda tidak ada dalam radar LHDN.

Tips Cukai #7: Buat Penfailan Secara Elektronik

Penfailan elektronik akan memudahkan hidup anda lima kali ganda. Apabila anda fail menggunakan software atau membayar professional untuk urusan cukai, anda akan ada sistem semakan yang lebih menyeluruh. Anda akan dapat lebih 15 hari juga jika anda fail secara online. Apa yang paling penting adalah jika semua proses anda efisien dan tepat, anda akan dapat pulangan cukai dengan lebih pantas.

Jika anda ingin lebih tips dan nasihat cukai tahun 2021 atau mempunyai soalan lanjut, anda boleh sertai MyPF Premier secara PERCUMA. 

 

You May Also Like

 

Kongsi bersama kami cara anda fail cukai untuk tahun 2021 di seksyen komen di bawah.