Anda pernah terfikir berapa banyak kerajaan dapat daripada cukai perniagaan dan daripada cukai anda? Adakah kerajaan mempunyai sumber lain selain cukai? (Original article in English)

Musim cukai sudah bermula dan mungkin ada daripada anda yang sudah pun sibuk mengumpul resit lama untuk tujuan pengecualian cukai.

Selain cukai pendapatan, apakah lagi jenis cukai yang anda bayar dan berapa banyak sebenarnya yang relevan untuk kerajaan? Penting untuk anda tahu kerana semua wang ini akan digunakan untuk membiayai ekonomi kita juga.

Terdapat banyak sumber perolehan untuk kerajaan dan ia tidak tertakluk atas cukai pendapatan syarikat dan individu sahaja. Baca dengan lebih lanjut dan ketahui jenis perolehan dalam bentuk cukai dan bukan cukai yang diperoleh oleh kerajaan.

Sumber Data Kami

Artikel ini menggunakan data yang diambil dalam Perolehan Kerajaan Persekutuan daripada buletin statistik bulanan Bank Negara Malaysia (BNM). Perolehan secara umumnya bermakna pendapatan sesebuah syarikat atau organisasi melalui operasi atau perniagaan.

Data tersebut boleh dijumpai di Jadual 3.1.1 “Federal Government Revenue” dan menunjukkan jenis perolehan kerajaan daripada ekonomi.

Perolehan ini boleh dibahagikan kepada cukai dan bukan cukai.

Perolehan daripada cukai terdiri daripada:

  • Cukai Pendapatan Syarikat
  • Cukai Pendapatan Petroleum/Minyak
  • Cukai Pendapatan Individu
  • Duti Setem/Eksport/Import
  • Cukai Jualan dan Servis, atau Sales and Services Tax (SST)

Perolehan daripada bukan cukai terdiri daripada:

  • Lesen dan Permit
  • Royalti Petroleum/Minyak
  • Faedah atau Untung atas Pelaburan

Memandangkan data yang terhad kepada 9 bulan untuk tahun 2020, artikel ini akan menggunakan data daripada tahun 2019 untuk menyenaraikan sumber perolehan utama kerajaan.

Sumber #1: Cukai Pendapatan Syarikat

Sumber paling utama kerajaan datang daripada cukai yang dikenakan atas untung syarikat dan perniagaan.

Pada tahun 2019, jumlah cukai yang telah dikumpul daripada perniagaan adalah RM 64 billion. Peratusan melalui cukai ini adalah 24% daripada semua jenis perolehan kerajaan. Walaupun begitu, peratusan ini makin berkurangan setiap tahun dengan tahun 2014 mencatat angka tertinggi dengan 30% sebelum kerajaan mengimplementasikan Goods and Services Tax (GST) pada tahun 2015.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), keuntungan dan pendapatan melalui operasi perniagaan, jual beli atau servis wajib dikenakan cukai.

Lebih kurang 24% keuntungan daripada syarikat atau perniagaan dikenakan cukai buat masa sekarang. Kadar ini adalah kadar cukai terendah dalam sejarah Malaysia.

Namun begitu, dengan wabak COVID-19 yang memberi kesan kepada ekonomi Malaysia pada tahun 2020, jumlah perolehan cukai pendapatan ini semakin berkurangan. Cukai daripada syarikat untuk 9 bulan pertama tahun 2020 hanyalah RM 27 billion berbanding RM 46 billion untuk 9 bulan pertama tahun 2019. Penurunan drastik sebanyak 41%!

Sumber #2: Pelaburan Negara

Sebenarnya, kerajaan adalah pelabur besar negara Malaysia, di mana kerajaan memperoleh banyak dividen daripada syarikat seperti Petronas, Bank Negara Malaysia dan syarikat pelaburan lain. Pelaburan kerajaan adalah sumber perolehan kedua terbesar untuk kerajaan Malaysia.

Pada tahun 2019, kerajaan memperoleh sebanyak RM 60 billion daripada pelaburan dan membuatkan perolehan daripada pelaburan merangkumi 23% daripada jumlah perolehan kerajaan.

Angka ini adalah yang tertinggi untuk kerajaan dalam sejarah. Untuk perbandingan, kerajaan memperoleh RM 31 billion setahun secara purata daripada tahun 2010 hingga 2018.

Sumber #3: Cukai Pendapatan Individu

Cukai pendapatan individu menduduki tangga ketiga sumber kerajaan. Inilah mana wang kita bayar sebagai cukai pergi setiap tahun.

Kerajaan mengumpul sebanyak RM 39 billion untuk cukai pendapatan individu pada tahun 2019 dan merangkumi 15% daripada jumlah perolehan kerajaan. Berbeza dengan cukai pendapatan syarikat, jumlah perolehan cukai pendapatan syarikat semakin meningkat saban tahun. Berbanding dengan tahun 2014, peratusan cukai pendapatan individu hanyalah 11%.

Kadar cukai individu di Malaysia berbeza mengikut pendapatan anda. Semakin tinggi gaji anda, semakin tinggi kadar cukai anda. Anda boleh semak kadar cukai individu di sini.

Pada 9 bulan terawal tahun 2020, perolehan daripada cukai pendapatan individu menurun sedikit kepada RM 28 billion berbanding RM 30 billion pada 9 bulan terawal tahun 2019. Namun begitu, jumlah perolehan tahun 2020 mungkin lebih sedikit kerana adanya rebat dan pulangan cukai memandangkan penolakan cukai dibuat secara tetap setiap bulan.

Sumber #4: Cukai Jualan dan Servis

Dengan pembasmian Goods and Services Tax (GST) pada tahun 2018, kerajaan menggantikan cukai tersebut dengan Sales and Services Tax (SST) di mana ia merangkumi jumlah produk dan servis yang lebih sedikit. Namun, ia tidak melemahkan perolehan jenis cukai ini kepada kerajaan.

Pada tahun 2019, kerajaan mengumpul sebanyak RM 28 billion melalui SST, merangkumi 10% daripada jumlah perolehan. SST digantikan dengan GST pada tahun 2015 di mana GST menyumbang sebanyak 20% daripada perolehan kerajaan pada tahun 2017. Sebelum tahun 2015, SST merangkumi sebanyak 8% daripada jumlah perolehan kerajaan.

Menariknya, SST merangkumi sebanyak 13% daripada jumlah perolehan kerajaan pada 9 bulan terawal pada tahun 2020. Jumlah ini lebih kurang sama dengan peratusan GST dahulu. Jumlah yang dikumpul melalui SST kali ini tidak jatuh terlalu banyak iaitu RM 20 billion pada 9 bulan terawal tahun 2019 dan RM 19 billion pada 9 bulan terawal tahun 2020. Hanya penurunan sebanyak RM 1 billion.

Sumber #5: Cukai Pendapatan Petroleum/Minyak

Anda terkejut? Semestinya tidak kerana Malaysia adalah salah satu pengeksport minyak dan gas terbesar di rantau Asia Tenggara. Oleh itu, sudah tentu minyak adalah penyumbang utama dalam pembangunan negara kita.

Kerajaan mengumpul lebih kurang RM 21 billion cukai pendapatan petroleum pada tahun 2019, iaitu 8% daripada jumlah perolehan. Namun, berapa yang diperoleh oleh kerajaan sangat bergantung kepada harga minyak.

Sebagai contoh, daripada tahun 2015 hingga 2017, harga minyak amatlah rendah yang secara langsung mengurangkan pendapatan syarikat petroleum di negara kita. Jadi, pada tempoh ini, cukai pendapatan petroleum hanya menyumbang 4% hingga 5% daripada jumlah perolehan kerajaan.

Apabila pandemik berlaku, harga minyak pada tahun 2020 juga turut merudum dan membuatkan sumber minyak hanya 3% daripada jumlah perolehan kerajaan.

Untuk maklumat anda, kadar cukai sebanyak 38% dikenakan ke atas pendapatan daripada operasi syarikat minyak di Malaysia.

Sumber #6: Duti Setem/Eksport/Import/Eksais

Semua jenis duti seperti setem, eksport, import dan eksais merupakan sumber perolehan kerajaan kelima terbesar.

Pada tahun 2019, duti ini merangkumi 8% jumlah perolehan kerajaan sebanyak RM 21 billion. Sebelum ini, duti merangkumi lebih banyak peratusan iaitu 11% pada tahun 2014 dan didefinisikan sebagai;

  • Duti Setem: Levi atas dokumen undang-undang, komersial dan kewangan yang kebiasaannya atas jual beli hartanah.
  • Duti Eksport: Levi atas barangan dan servis yang dieksport ke luar negara.
  • Duti Import: Levi atas barangan dan servis yang diimport ke dalam negara.
  • Duti Eksais: Cukai yang dikenakan ke atas barangan tertentu sama ada diimport atau dibuat di Malaysia seperti minuman keras, tembakau, kenderaan, barangan perjudian

Namun, dengan penurunan bilangan perokok dan barang seludup yang berleluasa, jumlah duti eksais semakin berkurangan. Kejatuhan harga hartanah juga memainkan peranan selepas tahun 2016 yang bermakna duti setem semakin berkurangan.

Sumber #7: Lesen dan Permit

Kerajaan juga memperoleh lebih kurang 4% pada tahun 2019 daripada jumlah perolehan kerajaan melalui lesen dan permit yang diisukan oleh kerajaan kepada orang awam.

Kerajaan mengenakan caj ini untuk lesen dan permit kepada individu serta syarikat. Contoh paling biasa adalah cukai jalan yang anda perlu perbaharui setiap tahun atau permit dan lesen perniagaan. Levi pekerja asing juga termasuk dalam kategori ini.

Apabila digabungkan, semua caj ini menyumbang kepada jumlah yang banyak kepada kerajaan.

Rumusan

Musim cukai pendapatan sudah tiba jadi anda sedikit sebanyak sudah tahu berapa banyak yang disumbang untuk perolehan kerajaan. Setakat ini, cukai daripada anda adalah sumber kedua terbesar untuk kerajaan dan cukai daripada syarikat pula adalah sumber terbesar. Kemudian, SST, cukai minyak dan disusuli dengan duti. Perolehan bukan daripada cukai juga menyumbang jumlah yang besar melalui caj lesen dan permit.

 

Apa pendapat anda tentang sumber perolehan kerajaan ini? Kongsi bersama kami di seksyen komen di bawah.

 

You May Also Like