Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pakej bantuan PEMERKASA berjumlah RM20 billion pada 17 Mac 2021 pada pukul 5.30 pm. (Original article in English)

Pada 17 Mac, Perdana Menter Malaysia Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pakej stimulus PEMERKASA berjumlah RM20 billion dengan sebanyak 20 inisiatif baharu. Fokus inisiatif ini termasuk:

  • Membendung penularan pandemik COVID-19
  • Memperbaiki keadaan ekonomi
  • Menguatkan daya saing negara
  • Memastikan agenda yang lebih prihatin terhadap komuniti dan masyarakat tempatan
  • Perubahan ekonomi

Ekonomi kita berada di paras kelima daripada strategi 6R (ResolveResilience, Restart, Recovery, Revitalise, Reform) daripada Pelan Pembaikan Ekonomi Menyeluruh. Kita sekarang berada di tahap Revitalise, atau memperkasa ekonomi.

Berikut adalah aspek yang difokuskan dalam PEMERKASA.

 

Membendung penularan COVID-19

  • Dana untuk program imunisasi dinaikkan daripada RM3 billion ke RM5 billion dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2021
  • Bantuan khas sebanyak RM200 kepada pekerja awam yang terlibat dalam program imunisasi

 

Industri Pelancongan

  • RM3000 bantuan sekali untuk agensi pelancongan berdaftar
  • RM600 bantuan sekali untuk operator homestay
  • Pelepasan duti hiburan untuk pawagam di Wilayah Persekutuan
  • Lanjutan pelepesan cukai dan levi untuk cukai pelancongan
  • Pengurangan cukai untuk servis pelancongan seperti pakej tour
  • Diskaun 10% untuk bil elektrik yang akan dilanjutkan sehingga Jun

 

Kumpulan B40 dan Kurang Upaya

  • RM100 juta untuk membantu menyediakan perkara asas dan makanan untuk B40
  • RM300 subsidi untuk keluarga dengan kanak-kanak untuk membeli peralatan elektronik pintar bagi pembelajaran online di bawah Program Jaringan Prihatin
  • Bantuan sekali sebanyak RM500
  • Tambahan RM500 untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat berpendapatan bawah RM1,000
  • Skim mikrokredit khas sebanyak RM25 juta untuk kurang upaya
  • Pendaftaran percuma bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk kurang upaya
  • Elaun untuk pekerja kurang upaya dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500
  • Untuk penerima Skim Perlindungan Nasioanal mySalam, yang berada di kumpulan B40 dan perlu menjalani kuarantin dari rumah disebabkan COVID-19 akan menerima bantuan sebanyak RM50 sehari sehingga maksimum 14 hari. Perlu disahkan oleh pegawai perubatan.

Untuk Wanita

  • RM30 juta dana untuk menggalakkan lebih banyak usahawan wanita dan bantuan dalam perubahan kepada sistem dalam talian
  • Kenaikan skim mikrokredit untuk wanita
  • RM10 juta dalam bentuk geran baru untuk menyokong usahawan wanita dalam perlindungan SOCSO

 

Untuk Pekerja

  • RM700 juta untuk pelanjutan program subsidi upah 3.0 untuk 3 bulan lagi bagi perniagaan dalam sektor peruncitan, borong dan pelancongan
  • Klik untuk Program Subsidi Upah (psu.perkeso.gov.my)
  • Subsidi pekerja baru sebanyak RM800 sebulan dilanjutkan untuk 3 hingga 6 bulan
  • Insentif pengambilan kerja sebanyak RM200 seorang pekerja untuk kerja sementara

 

Untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS)

  • Geran Khas Prihatin 3.0 untuk PKS sebanyak RM1,000 setiap satu. Pendaftaran bermula pada 1 April
  • Peruntukan projek berskala kecil dinaikkan daripada RM2.5 billion kepada RM5 billion pada 2021 kepada kontraktor G1 dan G4 untuk membina fasiliti awam, projek infrastruktur terkesan akibat banjir, pembaikan jalan, tempat awam, pembaikan rumah bertingkat e.g mengganti lif di rumah sektor awam, dan pembinaan gerai di kawasan perbandaran.
  • Bersama dengan BSN, dana sebanyak RM300 juta diperuntukkan untuk pembiayaan sebanyak RM50,000 maksimum dan kadar faedah dikurangkan kepada 3% daripada 3.5%.
  • Tekun Nasional akan memberi dana tambahan sebanyak RM60 juta terutamanya kepada Skim Pembiayaan Informal dengan pembiayaan maksimum sebanyak RM5,000 untuk perniagaan kecil yang beroperasi daripada rumah, pasar malam, atau pasar basah.
  • Melalui MARA, Skim Pembiayaan Bisnes Kecil Prihatin akan dijalankan dengan memberi fokus kepada 1,000 PKS berstatus bumiputera untuk kelangsungan perniagaan
  • SME Corp akan memberi bantuan sebanyak RM50 juta untuk membantu PKS tempatan sebanyak RM250,000 dengan kadar faedah sebanyak 3%.

Setelah setahun Kerajaan Perikatan Nasional mentadbir negara ini, kami terus merencana pelbagai strategi pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat. Kami telah berusaha sehabis baik untuk memastikan tiada kumpulan masyarakat yang tercicir daripada menerima manfaat.

Saya juga ingin menyeru saudara dan saudari supaya segera mendaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera. Jangan bertangguh, terus daftar sekarang. Lebih cepat kita mendaftar dan mendapat vaksin, lebih cepatlah kita dapat menikmati kembali kehidupan yang normal” – Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

 

Adakah anda termasuk dalam kumpulan yang akan menerima pakej bantuan ini? Kongsi bersama kami impak bantuan ini terhadap anda.

 

You May Also Like