Keadaan kewangan yang sihat untuk anak anda merangkumi pengurusan risiko dalam bentuk insurans. Di sini, kami berikan beberapa jenis insurans yang anda boleh dapatkan berdasarkan keperluan mereka daripada segi kesihatan, hidup, keperluan istimewa dan pendidikan. (Original article in english)
Apabila anda perlu menguruskan wang dan kewangan peribadi samada di Malaysia atau di tempat lain, membesarkan anak-anak akan menjadi salah satu fokus yang yang utama. Misalnya, kanak-kanak memerlukan pemeriksaan harian dan juga rawatan perubatan.
Kanak-kanak adalah sangat berharga dan pada permulaan hidup mereka, insurans menjadi topik yang sering dibincangkan antara ibu bapa.
Perkara ini sudah tentu pernah menjengah minda ibu bapa muda. Mungkin ada antara mereka yang telah bersedia untuk saat begini bagi pelan insurans untuk anak-anak, manakala ada antaranya yang tidak pasti di mana mahu bermula.
Berikut merupakan beberapa jenis pilihan insurans untuk anak anda, dan yang manakah boleh dikatakan sebagai keutamaan.
Insurans #1 & 2. Insuran kesihatan dan nyawa
Merupakan insuran yang paling penting (dan ketara) bagi ibu bapa, insuran kesihatan boleh menyediakan perlindungan daripada setiap aspek seperti perbelanjaan perubatan, kos hospital dan situasi yang tidak diduga seperti penyakit kritikal dan hilang upaya. Insuran kesihatan meliputi rawatan susulan seperti pemeriksaan kesihatan dan juga pampasan untuk penyakit dan kemalangan.
Ia boleh menjadi lebih sukar untuk memilih daripada pelbagai pilihan polisi insuran kesihatan. Ia bergantung kepada syarikat insuran atau ejen yang berbeza dengan menyediakan pilihan pelan yang mempunyai pelbagai kelebihan dan sebagainya.
Pilihan yang terbaik sebagai insuran hidup adalah yang meliputi kos rawatan sebagai ‘rider’. Rider di sini bermaksud polisi tersebut boleh termasuk di dalam polisi sedia ada, yang mampu menyediakan perlindungan yang lebih menyeluruh untuk anak anda. Walaupun bayarannya adalah lebih tinggi, namun untuk jangka masa panjang ia adalah lebih jimat berbanding polisi insuran perubatan sahaja.
Terdapat beberapa manfaat untuk mengambil perlindungan perubatan sebagai ‘rider’. Salah satunya adalah pembayaran akan terbatal apabila pembayar meninggal dunia. Ia selalunya hadir dengan perlindungan perubatan yang lebih baik atau menyeluruh. Selain itu, polisi insuran hidup juga termasuk pelaburan dan komponen simpanan yang membolehkan pemegang polisi mendapat insentif tunai.
Namun, semuanya terpulang kepada ibu bapa sebagai penjaga untuk memilih daripada pelbagai polisi di luar sana. Sebagai panduan, semakin menyeluruh polisi tersebut, semakin tinggi bayarannya.
Bayaran bulanan adalah lebih rendah untuk pelan ringkas tanpa sebarang ciri tambahan. Individu muda dan aktif memerlukan perlindungan yang kurang berbanding mereka yang berkeluarga, golongan berusia ataupun yang mempunyai keadaan kesihatan yang kronik. Pertimbangkan pelan yang mempunyai potongan yang rendah dan ‘co-pay’ jika anda menggunakan polisi dengan lebih kerap.
Nilai dan pastikan bajet anda dan apa yang anda boleh belanjakan. Polisi dengan bayaran yang rendah mempunyai potongan dan ‘copay’ yang tinggi, manakala polisi dengan bayaran yang tinggi mempunyai potongan dan ‘copay’ yang rendah.
Simpanan persaraan, jumlah pencen dan insuran sekuriti sosial mungkin akan terjejas kepada penjaga yang berhenti kerja untuk menjaga anaknya mempunyai keperluan istimewa. Polisi insuran hidup untuk anak tersebut akan menggantikan pendapatan dan simpanan persaraan untuk penjaga jika anaknya meninggal dunia. Dalam kebanyakan kes, pampasan insuran tersebut akan diberikan kepada waris tanpa sebarang cukai jika penerima meninggal dunia.
Mendapatkan polisi insuran hidup akan membantu waris untuk kos pengebumian dan pendapatan yang hilang, tetapi ia bukanlah perkara yang mudah. Anda juga perlu memahami kaedah untuk membeli polisi dan pilihan-pilihan yang tersedia sebelum membuat keputusan. Anda mahu melakukan yang terbaik untuk melindungi anak-anak anda dan masa depan mereka, termasuklah situasi kewangan. Oleh sebab itu, insuran nyawa amat penting, walaupun pada umur yang muda.
Insuran #3. Insuran perubatan untuk bayi
Anda mungkin jarang dengar tentang perlindungan insuran untuk anak anda yang boleh bermula sebelum mereka dilahirkan. Tidak ramai yang sedar tentang kewujudan polisi insuran ini, bermakna mereka ketinggalan daripada perlindungan tambahan semasa tempoh mengandung.
Ibu mengandung boleh mendaftar untuk mendapatkan polisi ini seawal 18 minggu tempoh mengandung. Polisi ini membantu untuk memberikan perlindungan kewangan dalam situasi yang tidak diduga. Pelan ini juga membolehkan pemegang polisi menerima sejumlah wang jika dirinya mengalami sebarang komplikasi ketika mengandung atau masalah lain seperti penyakit selepas bayi dilahirkan. Ibu bapa perlu tahu tentang perkara ini, terutamanya ketika fasa mengandung yang membawa banyak risiko.
Insuran perubatan untuk bayi juga mengandungi manfaat lain seperti pembayaran bil hospital. Namun, terdapat pelbagai jenis polisi dengan pelan, ciri yang berbeza berdasarkan syarikat insuran yang dipilih. Jumlah perlindungan juga adalah berbeza.
Pelan insuran ini adalah untuk kebaikan pengguna dan syarikat insuran kerana mereka akan memberikan pilihan untuk pelanggan menukar kepada polisi insuran yang lain selepas bayi dilahirkan. Pastikan anda memahami setiap pilihan insuran sebelum memilihnya. Sesetengah polisi adalah lebih mahal manakala yang lain pula adalah lebih murah.
Insuran #4. Insuran pendidikan
Berikut adalah pilihan insuran yang kurang menjadi pilihan walaupun anak anda boleh mendapat manfaat daripadanya. Walaupun digunakan untuk pendidikan, polisi insuran ini sebenarnya boleh menjadi simpanan jangka masa panjang dan perlindungan kewangan untuk mereka.
Insuran ini berfungsi seperti akaun simpanan kecuali ia menawarkan manfaat secara penuh atau bayaran semasa kanak-kanak tersebut sudah dewasa atau polisi sudah berakhir. Tidak hairan jika ia menjadi insuran pendidikan kerana ibu bapa selalunya menggunakannya untuk menampung perbelanjaan pendidikan tinggi.
Ini adalah pilihan insuran yang boleh digunakan dengan sebaiknya. Kos untuk pendidikan juga semakin meningkat pada masa akan datang. Ia adalah pilihan yang terbaik jika anda mahukan permulaan yang baik untuk perjalanan pendidikan mereka.
Ibu bapa boleh mula mencari polisi insuran pendidikan untuk anak-anak mereka seawal umur 14 hari sehingga 14 tahun.. Insuran pendidikan selalunya meliputi kanak-kanak berumur dari 18 tahun hingga 23 tahun. Pada umur tersebut, kebanyakannya sudah mencecah umur akhir dalam pendidikan mereka.
Insuran pendidikan terbahagi kepada 2 kategori, pelan simpanan dan polisi pelaburan.
Pelan simpanan berfungsi sebagai polisi premium dengan sasaran untuk menyimpan dalam jangka masa yang lama (untuk pendidikan). Tempoh pelan ini meliputi antara 10 hingga 15 tahun ke 20 tahun dan sebahagian daripada komponen perlindungan. Objektif utama di sini adalah bagi menyimpan sebanyak yang boleh dan anda boleh menikmati pulangan yang lebih tinggi berbanding pulangan yang didapati dari bank.
Polisi simpanan ditawarkan sebagai polisi yang memberikan kadar pulangan yang kecil dan bayaran tunai apabila tempoh polisi berakhir dan juga sebagai polisi yang termasuk di dalam insuran nyawa.
Ibu bapa juga mempunyai pilihan untuk mendaftar bagi polisi pelaburan, yang mempunyai risiko lebih tinggi dan menawarkan elemen pelaburan untuk pulangan yang lebih tinggi. Tetapi, pulangan polisi pendidikan di Malaysia tidak begitu menarik. Oleh sebab itu, amat penting untuk anda membuat kajian bagi setiap jenis polisi sebelum membuat keputusan sendiri dan mendapatkan nasihat daripada pakar jika anda tidak pasti.
Insuran #5. Perlindungan untuk anak istimewa
Jika anak di dalam kategori istimewa, seperti autistik dan ADHD, amat sukar untuk mencari pelan insuran yang sesuai. Kebanyakan syarikat polisi jarang menawarkan polisi perlindungan jika anak anda di dalam kategori orang kelainan upaya (OKU).
Satu lagi pilihan anda adalah mencari insuran yang meliputi keseluruhan seperti insuran nyawa universal.
Berikut adalah beberapa syarikat polisi insuran di Malaysia yang memberikan perlindungan untuk anak istimewa:
- Polisi AIA A-Life Joy mempunyai pilihan untuk menambah A-Plus BabyCare rider yang memberikan perlindungan kepada kanak-kanak yang mempunyai autisma dan ADHD (info lanjut di aia.com.my)
- FWD SpecialCare Direct takaful life coverage direka untuk melindungi kanak-kanak yang mempunyai kesukaran dalam pembelajaran yang dikaitkan dengan autisma, ADHD dan Sindrom Tourette. (Info lanjut di fwd.com.my)
AXA SpecialCare Personal Accident program melindungi kanak-kanak yang mempunyai ADHD dan kesukaran dalam pembelajaran(apabila kami menghubungi AXA untuk polisi ini, mereka menyatakan ‘tidak mempunyai insuran untuk ‘SpecialCare Personal Accident’ yang melindungi kanak-kanak yang mempunyai ADHD dan kesukaran dalam pembelajaran untuk masa ini.
Pilihan lain adalah untuk mendapatkan perlindungan daripada insuran kesihatan antarabangsa yang mempunyai perlindungan berbeza mengikut keadaan semasa penerima. Kos untuk insuran kesihatan antarabangsa adalah lebih tinggi dan dibayar dalam bentuk Dollar US.
Kesimpulan
Sebagi ibu bapa dan juga bakal ibu bapa, melindungi anak-anak adalah kepentingan utama bagi mereka. Dengan perlindungan insuran yang tepat, kebimbangan anda akan berkurangan. Memahami sepenuhnya keperluan untuk perlindungan anak anda dan menyesuaikannya dengan polisi yang bersesuaian amat penting kerana perkara yang berlaku pada masa depan tidak dapat dijangka!
Apakah jenis insuran yang anak anda ada dan mengapa?
Leave A Comment