Pembelian rumah datang dengan beberapa masalah lazim. Elakkan mimpi ngeri dengan mengatasinya. Terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil untuk memeriksa kecacatan dan ketidaksempurnaan yang berlaku. (Original article in English)
Apakah antara tindakan yang sesuai dan TIDAK sesuai untuk memeriksa kecacatan pada rumah anda.
Contents
Kecacatan hartanah
Rumah yang anda beli daripada pemaju mempunyai kecacatan, dalam keadaan yang tidak baik dan kemasan yang tidak kemas. Ia mungkin disebabkan oleh kualiti bahan yang tidak baik, permukaan yang tidak rata, sistem paip yang tidak sempurna atau tapak tanah yang mendap.
- Faktor: Disebabkan oleh kontraktor yang tidak berpengalaman dan tidak teliti ataupun pemajunya.
- Kekerapan: 13% kes sedemikian dilaporkan oleh pembeli rumah
Apa yang anda boleh lakukan
- Failkan senarai kecacatan rumah kepada pemaju untuk tindakan mereka
- Tandakan kecacatan dengan pelekat yang boleh dicabut dan sediakan maklumat tambahan jika perlu tentang kerosakan tersebut
- Jika anda tidak berpuas hati dengan hasil rumah yang diberikan, lantik kontraktor sendiri dan failkan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (hingga RM50,000) atau mengambil tindakan mahkamah terhadap kos kerugian yang perlu ditanggung
- Beli rumah daripada pemaju yang mempunyai reputasi yang baik untuk memastikan kualiti yang bagus
Tarikh akhir
- Failkan tuntutan tribunal jika Defect Liability Period (DLP) sudah tamat tempoh dalam masa 12 bulan
- Failkan tindakan mahkamah dalam masa enam tahun selepas Vacant Possesion (VP)
Apa yang TIDAK boleh dilakukan
- Rosakkan rumah anda (atau mengupah seseorang untuk merosakkannya) adalah menganggu atau merosakkan tuntutan kecacatan rumah anda
- Bersikap tidak rasional seperti mengugut, meminta pampasan wang dan menunjukkan niat yang jahat
- Menggunakan semburan cat untuk membuat tanda pada kerosakan
- Memfailkan tuntutan dengan pihak yang salah sehingga membazirkan masa dan tenaga
- Tidak membuat sebarang tindakan sebagai “mangsa” kerana tidak sanggup menghadapi proses yang panjang dan memenatkan.
- Tidak mengambil sebarang tindakan apabila Defect Liability Period (DLP) berakhir.
Kelewatan menyerahkan kunci
Pihak pemaju gagal menyiapkan rumah (sempurna) dan menyerahkan kunci kepada pembeli. Tempoh tersebut dikira daripada tarikh dalam Perjanjian Jual Beli (SPA). Tempoh untuk menyerahkan kunci adalah dalam masa 24 bulan untuk rumah atas tanah dan 36 bulan bagi rumah kondominium atau pangsapuri. Ia boleh dianjutkan kepada 48 bulan untuk kediaman hak milik strata dengan syarat ia tidak dijual dengan kebenaran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
- Faktor: Pemaju tidak mampu menyelesaikan perojek dalam masa yang ditetapkan kerana masalah aliran kewangan atau kesukaran kewangan atau gagal mendapatkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan.
- Kekerapan: 12% kes dilaporkan oleh pembeli rumah
Apa yang boleh dilakukan
- Minta pemaju untuk membayar Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) sebanyak 10% setiap tahun daripada jumlah yang dibeli berdasarkan tempoh kelewatan.
- Failkan tuntutan dengan Tribunal Pembeli Rumah
- Buat laporan terhadap Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) jika pemaju enggan membayar LAD
Apa yang TIDAK boleh dilakukan
- Tidak mengambil peduli tentang LAD jika penyerahan rumah dilewatkan
- Menandatangani perjanjian untuk membatalkan hak anda terhadap LAD atau menerima bayaran LAD yang rendah
- Membatalkan LAD jika proses projek tersebut telah dilanjutkan kepada 48 bulan apabila SPA anda menyatakan ia perlu siap dalam masa 36 bulan.
Diberi gelaran “The Boss” projek perumahan di Klang, Selangar ini telah terbengkalai sejak pertengahan tahun 2015
Projek perumahan terbengkalai
Pemaju yang mengabaikan projek perumahan meninggalkan pembeli dalam situasi yang sukar apabila mereka masih perlu membayar bayaran bulanan pinjaman dengan bank dan dalam masa yang sama tidak mempunyai lokasi lain untuk berteduh.
- Faktor: Diabaikan pemaju
- Kekerapan: 19% kes dilaporkan oleh pembeli rumah
Apa yang boleh dilakukan
- Semak samada pemaju tersebut berada dalam senarai hitam dan adakah projek tersebut berada di bawah Akta Pemajuan Perumahan (HDA)
- Batalkan SPA sedia ada jika projek pembinaan tergantung/dilewatkan/dihapuskan untuk tempoh masa 6 bulan berturut-turut dengan mendapatkan ‘Housing Controller certification’ dan kebenaran bertulis daripada pihak pemberi dana (contohnya bank)
- Dapatkan pampasan 100% daripada jumlah yang anda bayar (tanpa bunga) dalam masa 30 hari atau pemaju boleh didenda.
- Berharap bahawa projek anda dipilih untuk mendapat bantuan kerajaan (contohnya Selangor’s Abandoned Projects Revival Fund aka TEPAT) terutamanya apabila projek perumahan tersebut hampir siap atau ia diambil oleh pemaju swasta yang lain (Contoh. Pusat Beli Belah Queensbay Pulau Pinang)
Apa yang TIDAK boleh dilakukan
- Menyalahkan diri sendiri kerana membeli rumah yang terbengkalai
- Mengelak daripada membeli rumah di Selangor kerana ia mempunyai kadar projek terbengkalai yang paling tinggi
Kongsi dengan kami jika anda pernah mengalami isu sebegini. Apakah isunya, apakah tindakan anda dan hasilnya?
Leave A Comment