REIT. Patut atau tidak patut? Itulah soalan sebenar dalam pelaburan hartanah. (Original article in English)

Keadaan perniagaan kini semakin rapuh dan ada yang akan tutup kedai. Yang masih bertahan pun sekarang tengah kehilangan wang kecuali kedai runcit atau farmasi. Masalah yang kita semua alami ini unik dan memerlukan jalan penyelesaian yang unik juga.

Selepas melihat data, nampaknya Real Estate Investment Trust, ataupun REIT mampu bertahan bersama-sama kedai runcit dan farmasi. Jika anda hendak kurangkan risiko dalam pelaburan anda, REIT adalah cara yang sesuai dalam pengurusan portfolio anda.

Apa Itu REIT?

“Pelaburan hartanah cara tidak berdasa” bermakna pelaburan ke dalam syarikat yang berkecimpung dalam hartanah, derivatif hartanah, organisasi hartanah yang mengeluarkan bon atau sadham, atau REIT. Pelabur dijangka akan mendapat pulangan berdasarkan prestasi pasaran tertentu seperti saham, sekuriti, bon dan lain-lain dalam bentuk dividen atau kenaikan harga pegangan.

Pelaburan dalam hartanah secara amanah hartanah (REIT, disebut sebagai “reet”) adalah instrumen kewangan yang melabur terus ke dalam hartanah dan dijual dalam bentuk saham di Bursa Malaysia atau pasaran saham lain di dunia. REIT melabur dan membeli aset hartanah. Ia memberikan pulangan yang agak tinggi dan cara yang paling cepat cair untuk pelabur hartanah.

Dalam membina portfolio pelaburan hartanah yang seimbang, kedua-dua cara langsung dan tidak langsung diperlukan untuk pelabur hartanah berpengalaman.

Berbanding dengan hanya melabur ke dalam satu niche atau kelas aset tertentu, pelaburan tidak langsung seperti REIT adalah cara terbaik untuk membahagikan risiko dan juga mengembangkan portfolio anda.

Dengan adanya pelaburan tidak langsung ini, anda lebih berpeluang untuk berjaya dalam pelaburan anda dan juga tidak mendedahkan anda kepada risiko yang berlebihan.

Bagaimanakah Cara Untuk Melabur Dalam REIT?

Pembeli perlu menggunakan khidmat broker yang bertauliah ataupun penasihat kewangan untuk mula melabur dalam REIT. Pakar kewangan ini akan mempunyai akses kepada REIT yang berada di pasaran saham ataupun REIT persendirian bergantung kepada firma. Mereka dapat menyesuaikan portfolio pelaburan anda bergantung kepada apa yang anda perlu.

Walaupun langkah utama adalah untuk mendapatkan nasihat daripada yang berpengalaman, anda juga boleh bertanya terlebih dahulu dan cari maklumat mengenai REIT dan bagaimana ia boleh membantu anda mencapai sasaran kewangan anda.

Kelebihan Pelaburan Hartanah Tidak Langsung

#1. Modal Pelaburan Yang Lebih Kecil

REIT memerlukan modal pelaburan yang lebih kecil berbanding membeli rumah.

Untuk membeli rumah, anda memerlukan wang pendahuluan sebelum boleh meminjam dengan bank. Untuk pelaburan tidak langsung ini, anda boleh sesuaikan dengan bajet anda dan tidak memerlukan hutang untuk memiliki REIT.

#2. Kecairan Aset

Unit REIT aktif di pasaran saham yang membuatkan mudah untuk dijual beli dan dengan kos yang rendah. Untuk hartanah pula, anda perlukan masa untuk jual dan kos transaksi pula agak tinggi.

#3. Kos Pengurusan

Hartanah memerlukan modal dan masa yang banyak untuk diurus. Selain itu, anda juga perlu ambil kira kos pengurusan seperti penyelenggaraan dan pembaikan.

Dengan memiliki REIT, anda tidak memerlukan kos dan hanya perlu menyimpan sebagai saham sahaja.

#4. Kepelbagaian Aset

Jika pasaran saham jatuh, anda tidak perlu risau kerana REIT selalunya tidak mempunyai hubungan secara terus dengan prestasi saham. Jadi, dengan adanya REIT, portfolio pelaburan anda juga terlindung.

Risiko REIT

REIT, termasuk saham amanah, membolehkan pelabur kecil dan besar untuk memiliki pegangan dalam projek hartanah. Ia dikawal oleh undang-undang yang menyasarkan peluang untuk pelaburan yang kukuh dalam menjana wang. Sama dengan saham syarikat.

REIT mempunyai beberapa kriteria seperti:

  • Semua REIT perlu mempunyai sekurang-kurangnya 100 pemegang saham atau pelabur dan seorang tidak boleh memiliki lebih dari 50% saham.
  • Perlu mempunyai 75% daripada aset dalam hartanah, tunai atau simpanan
  • 75% daripada pendapatan kasar perlu diperoleh daripada pelaburan hartanah
  • Perlu membayar dividen sekurang-kurangnya 90% daripada pendapatan selepas cukai kepada pemegang saham
  • Perlu diurus oleh lembaga pengarah atau pemegang amanah

Kesimpulan

REIT tentunya adalah alternatif terhadap pelaburan hartanah secara fizikal kerana ia mengimbangkan risiko anda di samping mempelbagaikan portfolio pelaburan hartanah. Untuk menjadi pelabur yang bijak, pastikan anda tahu akan risiko yang ada dan beri perhatian terhadap prestasi REIT. Tambahan pula apabila dunia masih lagi baru pulih daripada pandemik COVID-19 dengan program vaksin yang meluas.

 

Jadi, adakah anda berminat dengan REIT? Apa pilihan anda?

 

You May Also Like