Adakah sekarang masa yang terbaik untuk anda mencari peluang di luar sempadan? Versi asal artikel ini telah disiarkan di StashAway.my. (Original article in English)

Pelabur-pelabur di Malaysia mempunyai kira-kira 76% pelaburan mereka di dalam aset di dalam negara, dan ekuiti di Malaysia juga hanya meliputi sebanyak 0.46% daripada keseluruhan pasaran saham global pada 2019. Selain itu, rakyat Malaysia juga lebih terdorong untuk menumpukan kekayaan mereka melalui simpanan KWSP dan pelaburan hartanah.

Kecenderungan untuk menumpukan pelaburan di negara asal anda dikenali sebagai ‘home bias’. Rakyat Malaysia mungkin lebih ‘home bias’ untuk beberapa faktor. Pelabur lebih selesa untuk melabur di tanah air mereka kerana lebih faham dan biasa dengan pasaran semasa. Kebiasaan itu menyebabkan pelabur percaya bahawa melabur di dalam negara adalah kurang berisiko; dan mereka juga tidak perlu berhadapan dengan risiko mata wang apabila melabur di Malaysia.

Tetapi hakikatnya, pelabur dengan ‘home bias’ mendedahkan wang mereka dengan risiko yang lebih besar dan juga menghadkan pelaburan mereka daripada faedah jangka masa panjang.

Melabur di Malaysia hanya akan meningkatkan kebarangkalian pelaburan anda terdedah dengan risiko krisis negara

Apabila anda hanya melabur di Malaysia, anda mendedahkan wang anda kepada krisis yang hanya berlaku di negara ini. Antara risiko tersebut termasuklah risiko politik, acara atau kejadian dan juga risiko ekonomi yang hanya berlaku di Malaysia sahaja sehingga menganggu kelas aset tempatan.

Pada tahun 2015, pasaran saham tempatan mengalami penurunan yang besar disebabkan skandal politik dan juga harga komoditi global yang tidak memberangsangkan. Ia menyebabkan Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun sebanyak 13% dan Ringgit Malaysia jatuh sehingga 28% dibandingkan dengan Dollar AS pada tahun yang sama. Untuk pelabur tempatan yang mempunyai hampir keseluruhan pelaburan mereka di negara ini, ia memberikan impak yang sangat besar terhadap portfolio pelaburan mereka.

Sebagai rakyat Malaysia, anda mungkin memiliki hartanah di dalam negara, mencarum KWSP di dalam negara dan bekerja di Malaysia. Apabila kebanyakan aset anda berkaitan dengan ekonomi tempatan, melabur dalam portfolio di luar negara seperti Amerika Syarikat, Eropah, China dan Singapura memastikan anda tidak terdedah dengan risiko-risiko yang melibatkan Malaysia.

Melabur di Malaysia Sahaja Mengehadkan Peluang Pelaburan Anda

Melabur di luar negara membolehkan anda mendapatkan peluang daripada ekonomi luar yang berbeza dengan ekonomi tempatan. Pelaburan anda juga boleh memperoleh faedah jangka panjang daripada ekuiti di negara yang mempunyai perkembangan ekonomi yang kukuh. Misalnya, jika portfolio pelaburan anda berada di Amerika Syarikat pada tahun 2019, anda boleh memperoleh faedah daripada pasaran di sana yang tidak boleh dicapai di Malaysia.

Jika anda hanya melabur di Malaysia pada 2019, pelaburan anda tidak mencapai hasil yang diinginkan berdasarkan Indeks S&P 500 dan MSCI World Equity. Indeks S&P 500 dan MSCI World Equity menunjukkan kadar pulangan sebanyak 31.3% dan 28.4% manakala Indeks KLCI memberikan pulangan sebanyak -3.47% pada tahun yang sama.

Bagaimana Anda Boleh Melabur di Luar Negara dengan Baik

Melabur di luar Malaysia memerlukan anda untuk memperuntukkan wang secara strategik ke negara yang tepat pada waktu yang sesuai. Walaupun S&P 500 memberikan pulangan yang lebih banyak berbanding KLCI pada 2019, itu tidak bermakna anda perlu melabur keseluruhan duit anda di Amerika Syarikat.

Jadi berapa banyak yang perlu dilaburkan di luar Malaysia? Mempelbagaikan pelaburan anda adalah lebih baik daripada sekadar membahagikan wang anda di beberapa negara. Kepelbagaian pelaburan yang berkesan memerlukan pendekatan yang mempertimbangkan beberapa negara dengan faktor pertumbuhan dan risiko berbeza, dan bagaimana pelaburan di satu negara dapat bergerak bersama atau berbeza dalam pelbagai tahap.

Di StashAway, inilah rangka kerja pelaburan yang digunakan. Portfolio StashAway juga tidak dilaburkan pada peringkat global tetapi mereka menggunakan sistem yang memantau persekitaran makroekonomi global dan memperuntukkan pelaburan anda secara bijak di rantau terlibat berdasarkan data ekonomi yang diterima. Oleh sebab itu, portfolio StashAway anda akan mempunyai gabungan kelas aset berdasarkan rantau tersebut dan bagaimana ia bersesuaian dengan konteks ekonomi global.

Contohnya, apabila sistem StashAway mengesan tanda-tanda ekonomi yang perlahan melibatkan ekonomi di luar Amerika Syarikat pada Ogos 2019, mereka telah memperuntukkan semula pelaburan anda bagi memiliki aset yang lebih selamat di rantau tersebut. Baru-baru ini, StashAway juga telah mengemas kini peruntukan mereka bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi global. Portfolio StashAway juga mempunyai pendedahan yang sesuai dengan mata wang stabil seperti Dollar US dan Japanese Yen yang mampu mengimbangi penurunan nilai ringgit sekiranya berlaku sebarang krisis kewangan global.

Mempelbagaikan pelaburan anda di rantau yang berbeza mampu mendedahkan aset anda kepada lebih banyak peluang yang tidak boleh didapati dengan hanya satu negara. Melalui pendedahan global, anda juga boleh mengurangkan pendedahan anda terhadap sebarang peristiwa yang boleh mempengaruhi ekonomi negara.

StashAway x MyPF exclusive signup privileges!

  • StashAway Malaysia promo code 0% fees for RM100k invested for 6 months: signup link
  • StashAway Singapore promo code 50% fees for SGD50k invested for 6 months: signup link

You May Also Like

Kongsi pendapat anda tentang melabur di luar Malaysia dalam ruangan komen di bawah