Baru-baru ini, matawang kripto, emas dan inflasi makin mendapat perhatian laman utama media dengan kadar naik turun yang mendadak. Apa sebenarnya sedang berlaku kepada aset seperti emas dan kripto sebagai kelas aset alternatif? Adakah kadar inflasi akan mempengaruhi harga kelas aset ini? (Original article in English)
Contents
Pelaburan: Risiko dan Kadar Naik Turun
Semua pelaburan ada risiko. Dan setiap pelaburan ada naik turun.
Kelas aset berbeza akan mempunyai prestasi berbeza bergantung kepada keadaan ekonomi semasa. Jadi, anda perlu sedar akan kepentingan mempunyai aset berbeza dan selalu mengimbangkan portfolio pelaburan anda.
Mari kita terokai apa yang telah dan sedang berlaku kepada aset seperti kripto, emas dan bagaimana inflasi mempengaruhi aset-aset ini.
Bitcoin dan Matawang Kripto
Bitcoin dan altcoin lain sedang dalam trend menurun. BTC telah jatuh ke paras bawah USD30,000 berbanding rekod tertinggi pada bulan April iaitu USD65,000 dan pada suatu masa, telah jatuh ke paras pada awal tahun 2021.
- Komen Tesla/Elon Musk: Elon Musk telah berciap bahawa Tesla akan berhenti menerima pembayaran dalam bentuk Bitcoin kerana percaya Bitcoin mencemarkan alam sekitar.
- Pengharaman oleh China: Kerajaan China telah pun mengharamkan sebarang bentuk pelombongan kripto dan menyebabkan harga jatuh ~45% dalam hash rate dan masih menunggu pelombongan pindah ke negara lain.
- Death cross: Harga jatuh di bawah paras teknikal death cross iaitu apabila Simple Moving Average (SMA) untuk 50 hari jatuh di bawah paras Simple Moving Average untuk 200 hari.
Emas & Logam Berharga
Harga emas telah jatuh disebabkan permintaan untuk emas dijangka menurun.
- Kadar faedah tinggi?: US Federal Reserves menganggarkan kadar faedah akan naik sebanyak 2 mata di akhir 2023.
- Inflasi meningkat: US Federal Reserves juga mempunyai sentimen berbaur hawkish yang bermaksud mereka menjangka kadar inflasi akan naik dan USD akan lebih kuat.
- Pengambilan untung: Kadar kenaikan yang tinggi bermakna ada pelabur yang telahpun menjual aset mereka untuk merealisasikan untung.
Emas dianggap sebagai penyimpan nilai yang boleh menawarkan stabiliti dalam apa-apa keadaan ekonomi. Namun begitu, kekuatan US Dollar bermakna emas akan jatuh dan membuatkan ia kurang menarik sebagai aset kepada pelabur. Emas digital pula (Bitcoin) tidak dijangka akan memberi impak segera terhadap emas kerana ia masih dianggap spekulatif dan mempunyai kadar naik turun yang tinggi.
Inflasi
Kadar inflasi Amerika Syarikat telah mencecah nilai tertinggi sejak tahun 2008. Perbelanjaan pengguna dijangka akan mendatar sementara perbelanjaan untuk infrastruktur mungkin akan membantu ekonomi Amerika Syarikat.
Pasaran global pula masih terkesan dengan sentimen oleh Federal Reserves yang ingin menaikkan kadar faedah untuk mengurangkan inflasi tetapi boleh menyebabkan kegawatan ekonomi.
Kadar inflasi Malaysia pula naik sebanyak 4.4% sejak awal tahun 2021 pada bulan Mei mengikut Indeks Harga Pengguna. Ini disebabkan oleh:
- Perumahan, air, elektrik, gas dan tenaga lain (3.2%)
- Perabot, barangan rumah dan penyelenggaraan (2.1%)
- Makanan dan minuman tidak beralkohol (1.5%)
Bank Negara Malaysia menjangka berita berkenaan kenaikan inflasi pada suku kedua tahun 2021. Secara menyeluruh, pakar ekonomi menjangka inflasi akan kekal di paras 3% pada tahun 2021 dan kadar faedah dikekalkan. Berbanding dengan tahun 2020, kadar inflasi Malaysia jatuh sebanyak -2.2%. Malaysia masih mempunyai kadar pengangguran yang tinggi, bantuan kewangan kerajaan dan aktviti ekonomi yang rendah.
Rumusan
Pastikan anda sedar akan aset serta portfolio pelaburan anda yang sesuai dengan kadar risiko dan matlamat anda. Sebagai contoh, jika anda hanya memiliki sedikit pendedahan dalam matawang kripto, anda tidak akan rugi banyak jika matawang kripto jatuh ke paras kosong. Rancang pelan pelaburan anda dan kekal dengan perancangan ini untuk mengemudi melepasi keadaan ekonomi sekarang.
Apakah pendapat anda tentang emas, kripto dan aset kelas lain?
Leave A Comment