Penangan COVID-19 masih terasa walaupun selepas kawalan pergerakan dan lockdown. Kes harian semakin meningkat dan perniagaan terpaksa tutup untuk membendung krisis ini. Apakah sebenarnya impak pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara kita? (Original article in English)

Dengan kawalan pergerakan PKP, rakyat Malaysia semakin runsing dengan keadaan semasa yang memaksa kita semua berada di rumah. Tambah pula dengan syarat pergerakan yang diperketatkan.

Pandemik COVID-19 adalah krisis kesihatan, sosioekonomi dan kemanusiaan terbesar yang sudah tentu akan dicatat dalam sejarah. Situasi di Malaysia bertambah teruk apabila kerajaan Malaysia mengambil alih pada bulan Mac 2020 dan terpaksa menangani krisis hutang, kejatuhan harga minyak dan penutupan ekonomi global.

Ini memberikan kesan yang teruk terutamanya kepada sektor perniagaan dan pelancongan. Kes COVID-19 naik dengan mendadak dan menjurus kepada krisis kemanusiaan yang kita lihat sekarang ini.

Sektor ekonomi juga tidak terkecuali. Ekonomi sudah pun tersekat dengan beberapa perkara seperti:

  • middle-income trap” (di mana golongan pertengahan ditekan ekonomi)
  • populasi warga asing yang tinggi
  • Kekurangan inovasi teknologi.

Semua isu ini sudah pun menjadi wacana harian media dalam hal ekonomi. Sementara itu, hal lain juga semakin meruncing seperti:

  • Kos rawatan kesihatan semakin meningkat
  • Harga rumah semakin mahal
  • Hutang keluarga semakin banyak

Apa yang membuatkan semua ini semakin teruk adalah apabila terjadinya pandemik. COVID-19 membuatkan negara kita semakin hilang arah dari segi ekonomi dan hala tuju. Situasi ini tidak lari daripada percakapan semua orang.

Mari kita lihat beberapa faktor merangkumi keadaan kewangan, ekonomi dan keusahawanan di Malaysia.

Kadar Jangkitan COVID-19 Dalam Syarikat Sektor Pembuatan Semakin Melambatkan Jadual Penghantaran

Selepas ribuan pekerja Top Glove Corporation disahkan positif coronavirus, syarikat tersebut – yang merupakan pembekal terbesar sarung tangan getah di dunia – mengumumkan pada bulan November 2020 bahawa mereka perlu menutup beberapa fasiliti kilangnya untuk beberapa minggu. Ini hanyalah satu daripada kesan terhadap industri.

Kluster ini biasa terutamanya untuk kilang. Jadi, pembeli/pembekal PPE perlu mempunyai pilihan yang lebih terbuka dan perlu tempah stok mereka lebih awal. Sarung tangan getah dan PPE lain masih diperlukan di peringkat domestik.

Sektor pembuatan adalah rangka kepada industri terutamanya untuk masyarakat di Malaysia. Jadi, kita boleh lihat bahawa sektor pembuatan bekerja lebih masa tetapi pada masa yang sama, perlu mengawal risiko jangkitan COVID-19.

Pulangan Yang Tidak Memberangsangkan Untuk Tahun 2021

Kita baru sahaja menerima stok vaksin AstraZeneca di Malaysia. Negara kita aktif menjalankan operasi vaksinasi di seluruh Malaysia walaupun agak memakan masa. Rakyat sebenarnya sudah penat, letih dan marah akan situasi yang sedang berlaku.

Mengikut perspektif global, ramai yang anggap berita vaksin Pfizer pada bulan November tahun lepas merupakan pengakhiran pandemik. Ia membuatkan pasaran ekuiti naik dengan mendadak, penjualan terbesar dalam 10 tahun untuk US Treasury dan merupakan kenaikan terbesar dalam masa sehari untuk sektor perubatan dan teknologi.

Namun, untuk negara seperti Malaysia dan India, lain pula ceritanya. Kes semakin meningkat manakala kes di negara lain semakin menurun. Mungkin vaksin sahaja caranya untuk negara kita kembali pulih.

Pelabur mungkin menjangka berita baik tentang vaksin akan menaikkan keyakinan pasaran terhadap perniagaan pada tahun 2021 ini. Ini akan membuatkan sentimen ke arah norma dan metrik akan bergantung kepada permintaan domestik serta keuntungan syarikat.

Proses vaksinasi negara berpendapatan tinggi mungkin akan membuka kembali penerbangan antarabangsa dan meningkatkan perbelanjaan. Pilihan vaksin yang banyak juga akan memberi peluang kepada negara membangun untuk pulih. Kadar kecairan kewangan juga tinggi dengan kadar faedah yang rendah – buat masa sekarang.

Bursa Malaysia dijangka akan kekal di paras sama untuk tahun 2021 tetapi beberapa syarikat yang mampu mengambil peluang terhadap situasi semasa akan menyerlah sementara program vaksin dijalankan. Pemulihan ekonomi dan perniagaan dijangka akan diambil kira dalam harga pasaran untuk tahun 2022. Kadar faedah juga dijangka kekal rendah buat masa sekarang.

Memandangkan gelombang COVID-19 masih belum berakhir, pemulihan ekonomi dijangka akan berbentuk “K” di mana kesan akan dilihat terhadap syarikat kecil dan sederhana.

Pemulihan ekonomi yang perlahan akan dijangka berkait dengan program vaksinasi yang perlahan. Kerajaan persekutuan akan mendapat kutipan cukai yang lebih rendah dan akan memperlahankan projek mega. Semua ini dapat dilihat dalam pasaran. Sentimen pasaran masih bersifat berjaga-jaga pada suku kedua 2021 memandangkan keadaan politik Malaysia juga masih tidak stabil.

Sektor Pelancongan Malaysia

Sudah sedia maklum bahawa industri pelancongan menyumbang kepada perkembangan ekonomi dengan menggalakkan perbelanjaan matawang asing kepada servis dan barangan negara kita. Jika jumlah pelancong merudum, begitu juga dengan syarikat pelancongan yang perlu ditutup kerana tidak mampu menanggung kerugian dan membayar gaji pekerja.

Ketika PKP, sektor tidak penting (“non-essential services“) diarahkan untuk tutup. Sebagai contoh, untuk mengawal penyebaran COVID-19 di Malaysia, aktiviti ekonomi dalam pembuatan dan pembangunan dihentikan. Inilah sebab mengapa bantuan kewangan daripada kerajaan terhadap sektor ini kritikal untuk negara. Dengan terjadinya lockdown, kita boleh lihat perkara ini berlaku lagi.

Kawalan pergerakan juga akan memburukkan lagi keadaan sektor pelancongan sementara gangguan bekalan bakal terjadi dalam rangkaian bekalan untuk sektor pembuatan/eksport.

Namun, PKP dan lockdown adalah perlu tetapi ia boleh memberikan kesan buruk terhadap aktiviti ekonomi untuk servis non-essential yang perlu menghentikan operasi atau pengurangan pekerja.

Saham AirAsia jatuh sebanyak 65% pada tahun 2020. Syarikat ini sudah pun meninggalkan Jepun dan mengalami tuduhan terbaru bahawa cawangan mereka di India – bersama Tata Group – tidak lagi dibiayai oleh induk. Tony Fernandes menyangkal dakwaan tersebut. Buat pertama kalinya, krisis ini membuatkan AirAsia Berhad perlu meminta tolong daripada kerajaan.

Rumusan

Malaysia masih melihat trend pandemik semakin meningkat saban hari walaupun dengan kawalan pergerakan. Dan sebagai rakyat negara Malaysia, kita hanya boleh berdoa dan membantu orang lain sebaik boleh. Terutamanya dalam memberi bantuan terhadap gerakan bendera putih baru-baru ini. (malah bendera putih online di kitajaga.co)

Sebagai individu, penting untuk kita pantau pengurusan kewangan peribadi. Tapi yang lebih penting adalah kesihatan mental dan fizikal kita di waktu pandemik ini.

 

Apakah trend yang anda jangka akan berlaku terhadap pasaran/ekonomi? Kongsi pendapat anda bersama kami di seksyen komen di bawah.

 

You May Also Like