Ingin jadi seperti George R.R Martin? JK Rowling? Adakah realistik untuk jana pendapatan tambahan melalui penulisan? (Original article in English)

“Satu hari nanti, aku kan jumpa kata-kata yang betul dan kata-kata tersebut adalah kata-kata yang mudah” – Jack Kerouac, The Dharma Burns

Penulisan bukannya sekadar meletakkan apa yang hendak katakan dalam kertas. Ianya adalah suatu seni yang lebih kepada cara anda ingin menyampaikan kata-kata tersebut berbanding apa isi kandungannya.

Dalam era teknologi digital ini, makin ramai penulisan yang ada dan semakin susah untuk menulis sesuatu yang menarik perhatian orang lain. Namun, permintaan untuk konten bertulis semakin tinggi kerana semakin ramai yang ke arah penulisan digital berbanding surat khabar atau media tradisional.

Jadi, bagaimanakah cara untuk menjadikan penulisan sebagai suatu pendapatan tambahan yang realistik? Ketahui lebih lanjut di bawah cara untuk menjadikan penulisan sebagai pendapatan tambahan.

#1: Bina Portfolio Penulisan Peribadi Anda

Cara untuk mula dengan penulisan adalah dengan mula menulis sesuatu dahulu. Kebanyakan majikan tidak akan mempunyai pendapat tentang kemahiran anda jika anda tidak pernah menulis atau mempunyai portfolio.

Jadi, untuk mula, anda perlu pamerkan penulisan anda sebagai suatu bentuk konten di media sosial. Anda boleh post apa-apa topik daripada hobi anda kepada perkara yang lebih kompleks seperti kewangan. Dari situ, anda akan menerima kritikan konstruktif daripada keluarga atau rakan anda untuk memperbaiki mana-mana kekurangan.

Kemudian, anda boleh juga perlu pastikan penampilan portfolio yang lebih professional untuk ditunjukkan kepada prospek majikan. Jadi, anda boleh bina blog khas untuk pamerkan artikel anda di situ. Antara tips berguna untuk anda:

  • Tulis dengan konsisten – tunjukkan anda komited dengan penulisan dan mampu menulis dengan kerap.
  • Tulis berkenaan pelbagai jenis topik – tunjukkan anda biasa dengan topik berbeza dan fleksibel dalam jenis penulisan anda.
  • Tag artikel anda – Majikan prospek anda berpotensi jumpa anda berdasarkan keperluan mereka

#2: Anda Tidak Perlu Sempurna Semuanya

Tiada siapa yang mempunyai penulisan sempurna tak kira siapa pun. Jangan risau jika anda rasa penulisan anda tidak cukup baik. Kekal disiplin dan teruskan menulis draf pertama, kedua dan seterusnya. Penulisan yang baik tidak datang dari langit. Anda perlu edit, letakkan usaha dan sentiasa tambahbaik untuk menjadi penulis yang baik.

Tidak mengapa jika draf pertama anda nampak teruk kerana penulisan yang baik terletak pada suntingan. Jangan letakkan terlalu banyak tekanan pada diri anda sendiri kerana ini akan membawa kepada writer’s block. Teruskan menulis dan anda akan jumpa idea yang berbaloi.

Letakkan matlamat yang realistik dan jangan sasarkan kesempurnaan. Anda dapat kurangkan beban tekanan pada diri anda dan kesihatan mental anda.

#3: Belajar Tentang Cara Bercerita

Percaya atau tidak, sebenarnya penulisan yang efektif bergantung kepada satu perkara sahaja – penceritaan.

Bercerita adalah kemahiran untuk berkomunikasi dalam cara yang interaktif dan menarik perhatian orang lain dengan menggunakan perkara yang pembaca ketahui. Jika anda hanya nyatakan nombor, figura atau rajah sahaja, anda tidak akan menarik perhatian sesiapa.

Fikir semula akan apa yang menarik perhatian anda sebagai pembaca. Sama ada anda baca buku atau menonton filem, konten yang bagus bergantung kepada aliran, isi dan cara ia diceritakan. Tidak terlalu perlahan, dan tidak terlalu laju. Tidak terlalu padat, dan tidak terlalu kosong.

Anda boleh belajar daripada media yang ada sekarang ini. Baca dan perhatikan cara penulis bercerita. Jika anda inginkan pembelajaran yang lebih formal, anda boleh ambil kursus seperti eDX, Udemy, Coursera atau Skillshare di mana kebanyakannya percuma sahaja.

Yang penting adalah anda gunakan pengetahuan ini dalam penulisan anda. Bukannya dari mana anda belajar.

#4: Muat Turun Grammarly atau Software Semak Bahasa

Jika anda mahir dalam sesuatu bahasa, sudah tentu anda mahu pembaca anda beranggapan sama.

Tetapi, anda tidak perlu risau jika anda kurang yakin dengan kemahiran bahasa anda. Terdapat banyak cara untuk selesaikan masalah ini.

Antara contoh software yang ada di luar sana adalah Grammarly, Ginger, Hemmingway, LanguageTool dan Google Docs Grammar Checker. Semua ini boleh digunakan jika anda ingin menulis dalam bahasa Inggeris. Muat turun dan guna dalam aktiviti penulisan anda.

Adakah patut untuk anda pilih software berbayar? Bergantung kepada keyakinan anda terhadap kemahiran berbahasa anda. Dengan software percuma, anda boleh betulkan kesilapan kecil dan selalunya dengan software berbayar, anda boleh dapatkan servis premium seperti cadangan dan pembetulan terhadap struktur ayat.

#5: Gunakan Bahasa Yang Mudah Difahami

Ramai yang menulis dengan menggunakan perkataan bombastik dan ayat panjang untuk “nampak pandai”. Ini tidak bermakna penulisan anda bagus. Jika pembaca anda perlu baca berulang kali untuk faham, anda tidak buat kerja anda sebagai penulis dengan betul.

Anda perlu faham fungsi penulisan dan sasaran pembaca anda. Anda perlu menggunakan terma dan perkataan yang sesuai untuk industri di samping menggunakan bahasa yang mudah difahami. Konten penulisan anda akan lebih menarik.

Sebagai contoh,

“Nisbah harga kepada pendapatan terlalu tinggi jadi ekuiti tersebut dianggap melebihi nilai pasaran yang boleh memberi kesan terhadap prospek jangka masa panjang”.

Atau lebih mudah,

“Syarikat tersebut dianggap mahal untuk dibeli buat masa sekarang jadi harga masa depan mungkin terkesan”.

Dalam dunia digital, kita perlu faham bahawa perhatian pembaca semakin kurang. Guna ayat mudah dan perkataan ringkas. Kedua-dua pembaca dan penulis akan lebih mendapat manfaat dengan cara tersebut.

#6: Pasarkan Diri Anda Di Laman Freelancer Atau Kumpulan Tertentu

Ada kemahiran menulis sahaja tidak cukup. Anda perlu dapatkan kerja yang konsisten daripada majikan juga. Jika anda tidak pasarkan diri anda, anda tidak boleh gerak ke hadapan sebagai penulis. Anda perlu pamerkan diri anda dengan betul supaya prospek yang betul datang kepada anda.

Semuanya bergantung kepada pemasaran, atau marketing. Seperti yang disebut, anda perlu gunakan langkah di #1 dan bina strategi pemasaran yang betul. Cara terbaik adalah dengan memasarkan diri anda secara professional berserta portfolio di platform seperti di laman freelancer atau grup Facebook. Anda boleh guna laman seperti Upwork, Freelancer.com, malah Jobstreet. Atau anda boleh terus ke grup Facebook, Twitter atau media sosial.

Gunakan testimoni daripada klien anda dalam CV atau resume. Anda perlu letakkan testimonial yang betul juga. Namun, dalam dunia freelancer, ada penipuan dan scam yang anda perlu elakkan. Jangan pindahkan atau deposit wang ke akaun sesiapa dan hati-hati dengan majikan.

Rumusan

Menulis adalah suatu kerja yang boleh mendatangkan pendapatan tambahan. Setiap hari, semakin ramai yang meluangkan masa dalam talian.

Jadi, terdapat banyak peluang untuk konten anda dibaca. Mula dengan enam langkah dibentangkan di atas.

 

Anda mempunyai soalan tentang jana pendapatan sebagai penulis? Kongsi soalan anda bersama kami di seksyen komen. 

 

You May Also Like