10 Sifat Usahawan Berjaya

Ketahui sifat-sifat usahawan berjaya – dan bagaimana untuk menjadi salah seorang daripadanya. Artikel ini telah diterbitkan di  TonyRobbins.com. (Original article in English)

Kejayaan kelihatan lebih mudah apabila anda melihat semula di masa lampau. Berapa kali anda berkata kepada diri sendiri “Alangkah bagusnya jika aku melakukan perkara ________ pada masa lalu” Sebelum kejayaan boleh berlaku, anda perlu mengisi ruangan kosong tersebut.

Usahawan dikenali berdasarkan proses dan kejayaan yang dikecapi, tetapi amat jarang untuk mereka berkongsi sifat yang sama, pengalaman atau cabaran serupa sepanjang perjalanan yang dilalui ke arah kejayaan tersebut. Perkara yang menentukan ciri peribadi seorang usahawan adalah kemampuan mereka untuk menggabungkan faktor X yang unik dengan peluang yang berada dalam pasaran.

Walaupun ahli perniagaan berjaya datang dalam pelbagai bentuk, saiz, latar belakang dan personaliti, terdapat beberapa sifat serupa yang dimiliki oleh mereka.

#1. Minat

Seperti yang dikongsi oleh Tony dalam bukunya,  Entrepreneur Playbook “mulakan dengan mencari sesuatu yang anda rasa bersemangat lebih daripada diri anda. Usahawan yang berniaga semata-mata untuk mencari duit sahaja sukar untuk bertahan”

Apabila anda mengikuti sesuatu yang anda minat, anda menyambungkan matlamat anda – untuk memulakan perniagaan – dan kembali kepada sasaran dalam hidup, samada ia akan mempengaruhi komuniti sekitar, membantu anda mencapai kebebasan kewangan atau lebih masa untuk bersama dengan keluarga.

#2. Berinovasi

Individu yang dilahirkan untuk memimpin dan berfikir di luar kotak adalah mereka yang mempunyai visi yang belum lagi dicapai oleh orang lain dan mampu melahirkan tindakan baru atau mencari mereka yang boleh membantu mencapainya. Individu seperti ini mampu berinovasi secara semulajadi. Mereka tahu yang anda boleh memberikan nilai tambah di dalam industri dengan jenama tersendiri.

#3. Keinginan

Pada masa ini, usahawan berjaya tidak hanya boleh ditemui di Silicon Valley dan bukan semata-mata bekerja dalam bidang teknologi. Apa yang membezakan mereka adalah dengan penciptaan produk dan servis yang boleh memberikan makna yang lebih besar untuk kehidupan masyarakat.

Salah satu ciri usahawan yang mampu memberikan kelainan adalah keinginan. Keinginan untuk berjaya boleh menghapuskan ketakutan akibat gagal dengan memberikan penyelesaian dan semangat untuk berjaya. Jika anda mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjaya, tiada apa yang boleh menghalangnya.

#4. Dorongan

Salah satu kualiti yang penting bagi usahawan adalah mencari jalan untuk bertahan walaupun anda hampir berputus asa. Bagaimana anda mahu memastikan visi anda selari dengan keperluan masyarakat sekeliling?

Membuat rancangan adalah permulaan yang baik, tetapi rancangan boleh berubah. Bina tujuan dan visi yang lebih besar dari diri anda, dan kemudian cipta laluan yang terbaik untuk mencapainya – ia adalah dorongan yang terbaik. Jika anda mempunyai motif yang lebih besar daripada keuntungan, anda akan bekerja untuk mencapai kejayaan tanpa sebarang rungutan.

#5. Berdedikasi

Anda boleh mempunyai sifat-sifat usahawan berjaya tetapi tidak akan berjaya jika tidak mendedikasikan diri untuk mengambil pendekatan kreatif bagi mencipta perniagaan yang berwawasan.

Apabila anda membuat rancangan untuk syarikat yang berbeza dan mampu memahami bagaimana ia akan memberi kesan terhadap orang lain dan menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik, anda akan lebih berdedikasi untuk tujuan yang anda inginkan dan jadikannya realiti.

#6. Keaslian

Keaslian atau tulen adalah salah satu kualiti yang sering diabaikan sebagai seorang usahawan – namun ia memainkan peranan besar dalam kejayaan sesebuah perniagaan. Mengapa? kerana ia mampu membantu anda membina hubungan yang mendalam dengan pelanggan dan pekerja, memupuk keserasian dan meningkatkan pengaruh anda.

Kebanyakan pelanggan akan dapat mengesan jika anda berpura-pura. Jadi, semakin asli personaliti anda, lebih baik hasil yang boleh dilihat.

#7. Ketahanan

Menurut Tony ” Insan yang sentiasa bangun adalah mereka yang akan menang”. Untuk memperoleh ketahanan seperti ini, anda memerlukan pengalaman – dan kegagalan. Keupayaan untuk mengambil peluang, gagal dan kemudian bangkit semula adalah sifat yang sangat penting sebagai usahawan berjaya. Mereka mampu menerapkan kepercayaan tinggi dalam diri untuk meningkatkan kekuatan dalaman yang diperlukan bagi terus maju.

Perniagaan adalah sukan untuk pejuang, dan bukan untuk mereka yang mudah berputus asa. Adakah anda seorang pejuang?

#8. Skil Pemujukan

Dalam masa tertentu, semua pemilik perniagaan perlu menjadi jurujual dan ia adalah mengapa pemujukan merupakan salah satu sifat bagi seorang usahawan. Apabila anda mahu meyakinkan eksekutif untuk membeli produk anda atau mahu memastikan individu lain melihat perspektif anda di dalam pasaran, kebolehan meyakinkan mereka terhadap visi yang anda bawa adalah kunci yang penting untuk berjaya.

#9. Kesedaran diri

Kekuatan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada psikologi pemimpinnya. Anda bukan sahaja perlu menyedari kekuatan diri, tetapi juga kelemahan anda, supaya anda boleh mencari pasukan yang lebih pintar. Anda juga perlu tahu kemahiran diri dan kemahiran rakan kongsi perniagaan supaya boleh mencipta satu pasukan yang hebat.

Dengan cara itu sahaja anda boleh menjadi pemilik dan bukan sekadar pengendali sahaja.

#10. Persediaan

Masa sukar dalam perniagaan tidak dapat dielakkan. Ia adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan. Sebilangan besar pemilik perniagaan menjadi takut namun ia akan menjadi peluang terbaik jika anda bersedia. Anda perlukan pelan untuk pergi dari titik A ke titik B – dan akan sentiasa ada perkara yang tidak diketahui antara dua titik tersebut yang boleh mengagalkan rancangan perniagaan yang telah dirangka.

Perkara yang anda boleh lakukan adalah mempunyai rancangan yang fleksibel dan mendalam untuk pelbagai situasi. Sekiranya anda dapat melakukannya dengan baik semasa waktu yang sukar, anda boleh menghadapi segala cabaran yang mendatang. 

Anda usahawan yang bagaimana?

Adakah anda mempunyai ciri-ciri usahawan seperti yang diperkatakan? Kebiasaannya, kekuatan nombor satu anda adalah cabaran paling sukar yang perlu dihadapi. Mengetahui apa yang anda akan lakukan, menyediakan atau mencipta sesuatu yang lebih baik mampu memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik – jika anda dapat mengatasi ujian utama yang diberikan.

Ciri-ciri seorang usahawan berjaya membezakan dirinya dengan mereka yang tidak mencipta sesuatu yang selaras dengan kejayaan yang diingini. Ciri-ciri ini mampu membantu usahawan berjaya untuk menguasai makna dan mencipta kehidupan yang lebih bermakna.

Keperibadian usahawan mungkin berbeza untuk setiap individu, tetapi kesemua sifat ini adalah konsisten dengan kesemua usahawan yang berjaya dalam sejarah. Apabila anda boleh mengaplikasikan keinginan, dorongan dan dedikasi dalam perjalanan perniagaan anda lalu menggunakannya untuk mencapai kejayaan, anda mampu menjadi usahawan yang lebih baik.

Apakah ciri usahawan yang boleh menjana kejayaan? Kongsi pendapat anda dalam ruangan komen di bawah. 

Share with your friends!

About the Author:

Nurul Khairiah Yusof
Nurul Khairiah is a Marketing and Branding Executive. She creates and coordinates content, branding and marketing activities as well as the knowledge base. A former news reporter for more than 2 years, she is passionate in writing and producing content. Her main goal is to spread knowledge and educate the public on the importance of financial planning. Khairiah is currently based in Kuala Lumpur.

Leave A Comment

Go to Top