Mempunyai punca pendapatan tambahan adalah sesuatu yang mampu memberikan kepuasan terutamanya jika ia merupakan bidang yang diminati. Namun, anda perlu mempunyai perancangan bajet yang baik bagi bertahan dalam industri yang penuh dengan persaingan. 

Sebagai mereka yang bekerja bagi menjana pendapatan tambahan, merangka bajet untuk perniagaan anda adalah aspek yang sangat penting. Ia mungkin kelihatan menyusahkan, lebih-lebih lagi jika anda baru berjinak dalam bidang tersebut. Namun, ia adalah sangat penting bagi memastikan perniagaan anda dapat bertahan dan membuahkan hasil yang baik.

Untuk membolehkan sesebuah perniagaan, tidak kira kecil atau besar bertahan, anda perlu bersedia untuk melaburkan duit anda bagi memberikan keuntungan yang diingini. Antaranya anda perlu membeli peralatan atau mengupah perkhidmatan pihak lain bagi memastikan ia mencapai hasil yang diinginkan. Oleh sebab itu, merangka bajet adalah sangat penting kerana jika tiada perancangan yang baik untuk kewangan anda, anda mungkin tidak mampu bertahan.

Mengapa merangka bajet penting?

Merangka bajet adalah penting untuk setiap perniagaan. Ia merupakan model yang digunakan untuk mencapai sasaran kewangan anda. Dalam kata lain, ia membantu perniagaan anda bertahan daripada segi pengurusan dan juga mencapai keuntungan yang diingini.

Namun, ada juga yang merasakan bahawa mereka tidak perlu merangka bajet kerana hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja. Tetapi untuk memastikan pendapatan tambahan anda mampu bertahan, bajet adalah sangat penting kerana:

  • Jumlah wang yang anda perlukan untuk projek
  • Kos operasi yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan
  • Jumlah keuntungan yang diperlukan untuk memastikan ia bertahan
  • Jumlah pendapatan bulanan

Merangka bajet adalah sangat penting kerana jika anda bercadang untuk memohon pinjaman bagi mengembangkan perniagaan anda, bank akan memerlukan bajet yang lengkap sebelum meluluskannya. Ia juga akan membantu anda mengurangkan risiko kewangan jika perniagaan anda tidak berjaya. Berikut merupakan 6 langkah penting bagi merangka bajet bagi menjana pendapatan tambahan dan mengelakkan kesan yang tidak diingini daripada berlaku.

#1. Kenalpasti kos operasi

Adalah penting untuk anda meneliti kos yang diperlukan supaya anda lebih bersedia. Perbelanjaan yang tidak dijangka mungkin akan timbul dan jika tiada sebarang persediaan, anda akan kehilangan keseimbangan dan objektif akan lebih sukar untuk dicapai.

Contohnya, anda perlu merangka bajet untuk kos operasi bagi menjalankan perniagaan tetapi anda menyedari bahawa kosnya adalah melebihi daripada yang dijangkakan dan meletakkan anda dalam situasi yang sukar. Simpanan anda yang sepatutnya digunakan untuk masa kecemasan juga perlu dikorbankan bagi membolehkan ia menjadi kenyataan.

Oleh sebab itu, anda perlu memastikan kos operasi terlebih dahulu dan kemudian merangka bajet yang bersesuaian dengan kos tetap dan perbelanjaan yang berubah.

Kos tetap meliputi:

  • Sewa ruang pejabat (jika anda bekerja di luar)
  • Bil utiliti
  • Yuran guaman
  • Teknologi
  • Gaji pekerja
  • Pemasaran
  • Bayaran kesihatan
  • Insuran kereta
  • Bil telefon

Kos yang berubah meliputi:

  • Kos kerja luar
  • Alat elektronik
  • Barangan makanan
  • Kad kredit
  • Makan di luar
  • Bil air
  • Kos perubatan
  • Pelan telefon
  • Gas

Dengan merangka bajet yang turut meliputi kos tetap dan berubah, anda akan lebih bersedia setiap kali sebarang perbelanjaan yang tidak dijangka muncul.

#2. Semak semula perbelanjaan yang tidak tetap

Untuk pengetahuan anda, prestasi sumber pendapatan tambahan anda banyak ditentukan oleh kos perbelanjaan yang tidak tetap setiap bulan. Dalam erti kata lain, jika kerja tambahan anda memberikan lebih keuntungan, kos tidak tetap anda juga akan meningkat kerana anda perlu berbelanja lebih untuk mencapai lebih keuntungan.

Namun begitu, jika keuntungan anda tidak seperti yang dijangkakan, kos tidak tetap akan berubah kerana perubahan dalam perbelanjaan. Ya, anda boleh mengurangkan perbelanjaan untuk meningkatkan keuntungan. Oleh sebab itu, sebelum merangka bajet untuk perbelanjaan bulanan, kenalpasti jumlah kos tidak tetap yang sedia ada sepanjang menjalankan perniagaan sampingan tersebut. Pendekatan ini membolehkan anda membuat jangkaan kewangan dan bajet yang lebih tepat.

#3. Buat senarai barangan yang diperlukan

Dalam proses merangka bajet, adalah digalakkan untuk memulakannya dengan menyenaraikan barangan yang diperlukan untuk memastikan ia berjalan dengan lancar. Barangan yang penting ini mungkin terdiri daripada pembelian domain laman web, mengupah profesional untuk membantu membina laman web yang diingini, peralatan yang diperlukan jika anda menjual produk dan sebagainya. Dengan adanya senarai ini, ia mampu memberikan gambaran berapakah jumlah yang diperlukan untuk memastikan sumber pendapatan anda boleh bertahan.

Disebabkan anda baru bermula, barangan atau peralatan yang diperlukan dibeli menggunakan duit poket sendiri. Namun setelah anda memulakan operasi dan mendapat keuntungan, anda boleh membayar semula menggunakan keuntungan yang diperoleh. Dengan cara ini, anda boleh menambah keuntungan dalam pelan bajet yang dibuat.

#4. Kira pendapatan dan perbelanjaan bulanan

Setelah perniagaan atau kerja sampingan anda dimulakan, langkah seterusnya dalam merangka bajet adalah mengenal pasti pendapatan dan perbelanjaan bulanan. Ketahui jumlah pulangan pelaburan (ROI) yang diperoleh setiap bulan dan berapa yang anda belanjakan.

Ketahui juga bagaimana perbelanjaan anda merangkumi wang yang digunakan untuk perniagaan dan belanja peribadi. Antara caranya adalah membuat senarai belanja dan keuntungan menggunakan lembaran akaun seperi Microsoft Excel. Ia boleh dibuat menggunakan komputer dan anda boleh merujuk tutorial penggunaannya di internet.

Jika anda mempunyai peruntukan yang lebih, anda boleh menggunakan aplikasi online seperti FreshBooks yang memberikan kemudahan lembaran akaun dengan navigasi yang mudah untuk penggunanya. Aplikasi ini menunjukkan penyata pendapatan yang juga dikenali sebagai laporan keuntungan dan kerugian.

Laporan tersebut memberikan gambaran yang penuh terhadap keuntungan dan kerugian sepanjang perniagaan dijalankan. Anda juga boleh mengenalpasti kedua-dua sumber (untung kasar dan setelah ditolak perbelanjaan) bagi mendapatkan jumlah pendapatan yang diperoleh. Melalui ini, anda boleh mengenepikan sebahagian bajet anda yang bersesuaian dengan perniagaan.

#5. Buat bajet yang konservatif

Melakukan bajet secara konservatif membolehkan anda untuk merangka bajet yang lebih seimbang dan mengelakkan daripada defisit. Dalam erti kata lain, melalui bajet tersebut, anda lebih berhati-hati dengan perbelanjaan modal dan memastikan perbelanjaan yang dibuat tidak menjadi hutang yang sukar untuk diselesaikan. Mulakan dengan meletakkan sasaran pendapatan yang tidak terlalu tinggi dan melebihkan jumlah perbelanjaan (berdasarkan keperluan)

Konsep ini mampu membantu anda untuk mencapai keseimbangan dalam bajet. Hasilnya, jika anda menghadapi kesukaran dan kerugian dalam perniagaan, anda masih mempunyai wang atau simpanan yang cukup untuk bertahan. Lebih penting lagi, bajet yang konservatif membolehkan sumber pendapatan tambahan anda mampu bertahan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu seperti masa ini.

#6.  Rangka kalendar bajet kewangan

Mengapa anda memerlukan kalendar bajet kewangan? Kerana ia membolehkan anda untuk mengkaji bajet kewangan anda dan memastikan anda mempunyai aliran kewangan yang kukuh untuk perniagaan. Kebanyakan organisasi atau syarikat menyediakan laporan pendapatan tahunan, tetapi anda memerlukan kalendar bajet kewangan untuk membantu anda dalam jangka masa panjang.

Mempunyai sumber pendapatan tambahan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dijalankan. Misalnya, anda mungkin  menghadapi situasi di mana perbelanjaan yang tidak disangka akan mengambil sebahagian besar keuntungan yang diperoleh dan membuatkan anda menghadapi kesukaran kewangan. Tetapi dengan adanya kalendar ini, anda mampu memastikan keuntungan dan modal mencukupi untuk menghadapi sebarang kesukaran kewangan yang mendatang.

Kesimpulan

Memulakan perniagaan sendiri untuk menjana pendapatan tambahan bukanlah perkara yang mudah tetapi jika anda mempunyai perancangan yang baik dan bersedia untuk menghadapi kerugian dan cabaran yang mendatang, ia mampu memberikan hasil yang memberansangkan. Pastikan simpanan kecemasan anda mencukupi sekiranya sumber pendapatan tersebut sukar untuk menjana hasil kerana masalah permintaan atau ekonomi yang kurang memberansangkan. Mempunyai aliran kewangan yang stabil juga mampu membantu anda untuk mengekalkan asas yang stabil pada masa akan datang.

Adakah anda mempunyai pengalaman merangka bajet sendiri bagi sumber pendapatan tambahan?

You May Also Like