Perisian pemantauan pekerja menjadi alat yang penting bagi organisasi untuk memantau prestasi dan pengurusan, terutamanya dengan suasana bekerja dari rumah yang lebih fleksibel akibat pandemik (Original article in English)

Perisian pemantauan pekerja adalah terma meluas yang digunakan oleh pelbagai alat digital yang mampu membantu pemilik perniagaan, pengurusan dan eksekutif sumber manusia untuk meningkatkan kemampuan pekerja mereka. Perisian yang memantau aktiviti komputer telah digunakan melalui pelbagai kaedah di syarikat-syarikat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Terdapat beberapa kaedah untuk memantau prestasi pekerja tetapi sistem digital adalah pilihan yang popular pada masa ini. Perisian alternatif ini boleh dikhaskan untuk persekitaran kerja yang spesifik dengan memberikan majikan lebih akses kepada bagaimana pekerja mereka menggunakan masa yang ada untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Faktor utama penggunaan perisian ini adalah untuk memastikan anda boleh memberikan ganjaran yang sebaiknya untuk pekerja berdasarkan masa yang mereka peruntukkan untuk bekerja dan memantau kecekapan pasukan. Perisian pemantauan pekerja yang baik akan mengenal pasti prestasi dan produktiviti pekerja bagi memastikan syarikat tahu apa yang ketinggalan dari segi pengeluaran dan meningkatkan prestasi.

Perisian sebegini juga boleh membantu perniagaan untuk menangani data dan maklumat yang sulit serta sensitif bagi memastikan pekerja tidak salah dalam mengakses data dan mengelakkan daripada  menggangu data sedia ada.

Berikut merupakan 4 ciri-ciri penting yang perlu diketahui oleh syarikat yang mahu mencari perisian pemantauan terbaik.

Alat Produktiviti dan Pemantauan

Perisian pemantauan yang baik perlu direka bagi memantau produktiviti dan keberkesanan. Ia perlu mempunyai keseimbangan antara dua aspek tersebut melalui pemantauan prestasi pekerja yang boleh membantu pengurusan mengubah aspek aliran kerja dan amalan organisasi tetapi produktiviti juga memerlukan sejumlah kelonggaran dan memastikan perlindungan untuk pekerja.

Kenal pasti sistem pemantauan untuk organisasi anda yang membolehkan ciri-ciri tangkap layar dan kebolehan untuk mengehadkan pemantauan bagi sesetengah laman web atau aplikasi. Tangkap layar juga perlu dihadkan bagi laman web dan aplikasi yang bersifat peribadi. Ia bagi memastikan pekerja anda mempunyai ruang dan privasi namun masih boleh dipantau di bahagian yang diperlukan.

Boleh dikatakan bahawa kaedah terbaik untuk memantau produktiviti pekerja adalah dengan mengambil kira pengaplikasian mereka dalam produktiviti harian. Ini bukan bermakna anda perlu mengawal setiap tingkah laku dan gerak geri yang dibuat oleh pekerja.

Pilihan Pengesan Fleksibel

Pengurusan pekerja yang fleksibel adalah amat penting dan anda tidak boleh memantau kesemua bahagian tanpanya. Pekerja seharusnya mempunyai pilihan seperti memulakan dan mengakhiri kerja secara fleksibel. Semasa berehat, mereka seharusnya boleh menghentikan ciri pengesan tersebut sehingga memulakan kerja semula.

Pilihan pengesan yang fleksibel melengkapi ciri pengurusan masa yang baik. Berdasarkan rekod mula dan akhir kerja, aplikasi pemantauan yang baik seharusnya boleh mengenal pasti tempoh bekerja bagi setiap hari.

Pekerja juga boleh bekerja secara luar talian. Misalnya mereka boleh bercakap dengan rakan sekerja melalui telefon atau bermesyuarat dengan pelanggan. Hasilnya, adalah digalakkan untuk pengguna perisian boleh memasukkan waktu bekerja secara sendiri semasa bekerja di luar talian.

Tidak lupa juga untuk pekerja yang bekerja dari rumah dengan menyediakan perisian telefon bimbit untuk produk. Aplikasi pengesanan masa membolehkan mereka untuk memasukkan waktu bekerja samada secara sendiri atau automatik (apabila mempunyai akses terhadap internet)

Ciri Analisis yang Baik

Perisian pemantauan pekerja yang baik bukan sekadar alat yang boleh memantau aktiviti pekerja. Ia juga adalah alat yang membantu meneliti perkara yang betul dan salah serta bagaimana ia boleh ditambah baik. Tetapi ini bukan bermakna pekerja anda tidak menjalankan tugas mereka dengan baik.

Pekerja tidak selalunya berjaya apabila ia berkaitan dengan keutamaan tanggungjawab mereka. Anda boleh membantu untuk mengenal pasti bagaimana mereka boleh menggunakan masa yang ada dengan mengadakan analisis yang menyeluruh untuk tugas yang diberikan.

Pekerja juga diketahui memperuntukkan masa tertentu untuk menyelesaikan sesuatu tugas. Ia adalah perkara yang baik! Namun begitu, masa yang diperuntukkan mungkin tidak digunakan dengan sebaiknya. Oleh sebab itu, perisian yang baik bukan sahaja boleh mengesan prestasi kerja pekerja namun mampu memberikan laporan analisis yang baik untuk mereka memperbaiki prestasi sedia ada.

Pengurusan Projek dan Tugasan

Perisian pemantauan pekerja seharusnya mempunyai ciri pengurusan projek yang memaparkan status projek dan tugasan, perkembangan semasa dan tarikh akhir. Ia membolehkan pengurus mengenal pasti aktiviti kerja pasukannya dan membolehkannya mengenal pasti prestasi mereka. Ia adalah kaedah yang mudah untuk pekerja untuk mengesan perkembangan tugas. Mereka boleh mengumpulkannya dalam satu kumpulan, mendapat pemberitahuan tentang tarikh akhir terkini dan sebagainya.

Keupayaan untuk menguruskan projek perlu berpusat dan teratur serta menjimatkan masa dan wang anda. Ia bermakna anda perlu mencari pilihan yang menawarkan ciri pengesanan masa, penyelesaian pemantauan pekerja dan alat pengurusan yang standard dalam satu pakej lengkap.

Kesimpulan

Perisian pemantauan pekerja boleh mengubah prestasi organisasi kepada peringkat yang lebih baik dengan syarat anda mengambil kira faktor yang perlu apabila memilih perisian yang baik untuk syarikat anda.

Pastikan untuk mencari sistem yang membenarkan fleksibiliti, produktiviti dan analitikal untuk memastikan perjalanan kerja yang lancar namun masih mengekalkan kepuasan pekerja.

Apakah pendapat terhadap perisian pemantauan pekerja sebagai pemilik perniagaan?

You May Also Like