Skor kredit anda memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada permohonanan pinjaman anda berjaya atau gagal. Jangan hantar sahaja permohonan pinjaman tanpa tips-tips ini.

Ketahui 7 langkah yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki skor kredit anda. (Original article in English)

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk semak kembali skor kredit anda sama ada inginkan masa depan yang lebih baik ataupun untuk yang terkesan dengan pandemik. Gunakan cara yang betul untuk menambah baik pengurusan kewangan peribadi.

Skor kredit yang tinggi membantu anda mendapatkan kadar yang lebih tinggi untuk pelbagai jenis pinjaman termasuk untuk rumah atau kad kredit. Skor kredit yang rendah juga membuatkan sukar untuk dapatkan pinjaman baru atau untuk memperbaharui pinjaman. Skor kredit pasangan anda juga boleh memberi kesan kepada skor anda.

Anda boleh semak skor kredit anda melalui beberapa agensi laporan kredit seperti CTOS untuk lihat sama ada skor tersebut baik atau buruk. Agensi laporan kredit berfungsi sebagai pengumpul maklumat kredit individu dan syarikat. Mereka akan dibekalkan dengan laporan daripada peminjam dan sumber lain. Dengan laporan ini, mereka akan merumuskan laporan kredit anda termasuklah skor kredit.

Apabila ekonomi bertambah baik selepas pandemik COVID-19 ini, skor kredit yang kuat adalah kelebihan terutamanya dalam masyarakat yang ingin pulih selepas dibuang kerja atau mengalami krisis kewangan. Tempoh untuk memperbaiki skor kredit selama beberapa bulan mungkin dengar agak lama tetapi sebenarnya lebih baik daripada menunggu bertahun-tahun untuk skor kredit anda pulih dengan sendiri. Penambahbaikan ini memerlukan usaha dan kesabaran tetapi percayalah yang kemanisannya akan terasa.

Skor kredit anda mempunyai impak terhadap semua keputusan yang akan dibuat oleh anda. Skor kredit anda melambangkan rekod pengurusan kewangan anda dalam sepuluh tahun terbaru. Sekarang adalah masa yang terbaik untuk mula memandangkan penambahbaikan hanya akan jelas dilihat selepas beberapa bulan.

Ketahui 7 langkah menambahbaik skor kredit anda untuk bantu anda mula sekarang.

#1. Pastikan Maklumat Peribadi Anda Tepat Dan Diperbaharui

Jika anda baru berpindah, pastikan anda laporkan kepada syarikat peminjam anda. Anda juga boleh semak dengan agensi laporan kredit untuk pastikan mereka mempunyai maklumat terbaru dan pastikan laporan kredit terbaru (iaitu rekod yang diberikan oleh agensi) anda mencerminkan maklumat individu anda yang tepat. Sesuatu yang dengar agak remeh seperti tersilap alamat boleh menyebabkan skor kredit anda turun dan menghalang anda daripada mendapatkan pinjaman.

Cara kemas kini maklumat peribadi anda di laporan kredit sebenarnya mudah sahaja memandangkan terdapatnya agensi seperti CTOS yang membantu anda langkah demi langkah dalam memperbaiki laporan kredit anda. Pastikan anda dapatkan bantuan daripada agensi laporan kredit yang sah sahaja.

#2. Keluar Daripada Hutang Anda

Walaupun situasi kini semakin meruncingkan keadaan ekonomi anda, elakkan daripada tidak membayar pinjaman anda. Anda perlu hubungi pihak peminjam dan bincang mengenai moratorium atau penukaran jadual pembayaran.

Jika anda ingin dapatkan nasihat untuk uruskan wang dan keluar daripada hutang, anda perlu cari sumber online tentang pengurusan hutang atau dapatkan khidmat pengurus kewangan bertauliah untuk masalah anda.

#3. Bina Rekod Kredit Anda

Kepercayaan adalah tunjang kepada struktur hutang dan pinjaman. Bank perlu sesuatu untuk bina profill rekod kredit anda dan untuk pastikan sama ada anda seorang yang mempunyai risiko tinggi atau rendah dalam peminjaman.

Tetapi, apa yang lebih teruk daripada skor rendah adalah tiada rekod kredit langsung. Jika anda tidak mahu buat pinjaman langsung dalam hidup anda, maka tiada masalah. Namun, apabila anda ingin buat pinjaman, anda perlu mempunyai kad kredit kerana bank akan semak skor kredit anda dalam memastikan sama ada anda layak atau tidak.

Walaupun anda seorang yang arif bab kewangan, institusi laporan kredit akan lihat ketiadaan rekod anda sebagai suatu tanda amaran kerana tiada bukti hitam putih. Mula isi rekod kredit anda dengan aktiviti yang mencerminkan prospek anda sebagai peminjam.

#4. Pastikan Had Kredit Anda Dikawal & Diisi Dengan Perkara Berlainan

Kredit yang tidak diperlukan boleh memburukkan skor kredit anda. Bank lebih gemar akan penggunaan had kredit yang terkawal. Ini bermakna anda tidak maksimumkan had anda dan tidak mengambil hutang berlebihan.

Jika anda sudah mempunyai kad kredit yang tidak aktif, anda tidak perlu pun batalkan jika anda tidak dikenakan caj tahunan. Tetapi, untuk lebih praktikal, lebih baik jika anda hanya mempunyai satu kad kredit sahaja kerana lebih senang untuk dipantau. Anda juga tidak akan berbelanja secara berlebihan. Cara terbaik untuk menunjukkan skor kredit adalah cara tradisional iaitu gunakan kad kredit secara bertanggungjawab dan bayar tepat pada masanya.

Kepelbagaian kredit, atau credit diversity adalah satu lagi perkara yang perlu ditekankan. Skor kredit anda perlu terdiri daripada senarai hutang berlainan dari peminjam berlainan seperti kad kredit, pinjaman persendirian, pinjaman kereta, dan lain-lain. Lebih pelbagai hutang anda, lebih baik kerana mempunyai hanya satu jenis hutang sahaja boleh memberikan kesan terhadap skor kredit anda.

Matawang kripto di Malaysia telah terbukti sebagai trend hangat baru-baru ini dan dengan melabur ke dalam aset ini boleh meningkatkan kepelbagaian kredit anda. Namun, memandangkan banyak platform untuk aset ini tidak dikawal undang-undang, pastikan anda rekod semua transaksi supaya institusi kewangan/bank tahu akan aktiviti anda.

#5. Bersihkan Nama Anda

Jaga-jaga dengan laporan kredit yang berkait dengan nama anda dan pastikan rekod nama anda bersih. CTOS bergantung kepada data daripada individu dan organisasi seperti syarikat atau institusi kewangan.

Jika anda tidak berhati-hati, anda mungkin akan dikejutkan dengan hutang atau masalah kewangan hanya kerana kesilapan laporan atau terlepas pandang. Contohnya, jika anda tukar pelan telefon bimbit/internet, anda perlu langsaikan segala hutang walaupun sedikit. Syarikat ini mempunyai hak untuk membuat tuntutan terhadap anda tak kira berapa jumlahnya sekali pun.

#6. Semak Hubungan Kewangan Anda

Adil? Mungkin tidak. Tahukah anda bahawa skor kredit anda tidak hanya bergantung kepada anda seorang sahaja?

Hubungan kewangan anda dengan orang lain boleh menambahbaikkan atau memburukkan skor kredit anda. Apabila anda kongsi pelan pembayaran, atau mempunyai akaun bersama, anda perlu lebih berhati-hati. Pembayaran lewat untuk akaun ini akan memberikan impak terhadap skor kredit untuk semua penama.

Pastikan anda asingkan hal kewangan jika boleh untuk memberi anda lebih kawalan terhadap skor kredit anda sendiri.

#7. Susun Jadual Pembayaran Hutang Anda

Jika anda lihat banyak nombor satu dalam laporan kredit anda, ini tanda tidak baik. Ini bermakna anda telah lewat sebulan dalam pembayaran anda walaupun bukan semuanya salah anda.

Jika tarikh pembayaran tiba lebih awal daripada gaji anda, pastikan anda bincang bersama bank anda untuk susun semula jadual pembayaran.

Rumusan

Semua orang perlu menyasarkan untuk membina skor kredit yang bagus kerana skor kredit yang rendah sebenarnya adalah liabiliti yang besar. Jangan risau. Perkara ini masih boleh dibaiki dan anda boleh praktikkan tips di atas untuk menaikkan skor kredit anda.

 

Apakah tips lain yang anda tahu boleh menambahbaik skor kredit anda?

 

You May Also Like