Anda seorang usahawan? Ketahui kenapa pentingnya untuk anda mempunyai akaun bank bisnes anda sendiri berbanding akaun persendirian. (Original article in English)

Pengalaman mula berniaga adalah pengalaman yang menarik dan semestinya ada naik turunnya bagi semua peniaga muda (atau tua) di Malaysia. Banyak yang perlu dilakukan sendiri seperti memilih jenis produk untuk dijual hinggalah ke merancang kempen pemasaran untuk perniagaan anda.

Dalam semua urusan ini, mungkin anda anggap bahawa anda tidak perlu mempunyai akaun bank untuk syarikat/perniagaan anda. Tambahan pula apabila anda mampu bayar semua perbelanjaan sendiri sahaja. Lebih mudah kan? Sebenarnya, tidak mudah juga.

Membahagikan kos persendirian anda dan perniagaan, sama ada bisnes kecil atau syarikat besar, dapat membantu anda dari pelbagai sudut – walaupun awalnya kelihatan remeh. Anda juga dapat jimatkan masa daripada masalah yang akan datang kelak.

Akaun perniagaan membuatkan segala urusan rekod jual beli mudah dijaga dan memberikan anda gambaran sebenar terhadap aliran tunai. Ia juga memberikan perspektif professional kepada klien, pembekal dan rakan kongsi. Akaun perniagaan membolehkan anda menguruskan hal pembayaran dengan lebih mudah.

Apabila anda ingin mendapatkan pinjaman, perniagaan dengan profil kredit yang professional tidak perlu mengharapkan rekod kredit pemiliknya. Ini akan membuatkan permohonan pinjaman oleh perniagaan anda lebih mudah untuk diluluskan.

Tidak mahal pun untuk mula dapatkan akaun perniagaan (terima kasih kepada sistem kewangan yang luas di Malaysia). Anda dapat elakkan krisis dan masalah yang akan datang melibatkan kewangan kelak.

Berikut merupakan beberapa sebab yang membuatkan akaun perniagaan sendiri adalah perkara yang perlu dibuat segera:

Terlalu Banyak Transaksi Dibuat Menggunakan Akaun Persendirian

Mungkin boleh diterima jika anda baru memulakan bisnes dan hanya ingin menggunakan akaun peribadi. Namun, apabila perniagaan anda berkembang, anda perlu ada akaun lain. Jika transaksi melibatkan perniagaan lebih banyak daripada transaksi peribadi, inilah masa yang sesuai untuk mula dapatkan akaun perniagaan.

Hal kewangan perniagaan akan lebih mudah untuk diuruskan. Anda boleh simpan segala resit dan tulis cek untuk dibelanjakan melalui akaun perniagaan. Jenis akaun perniagaan pula mempunyai pelbagai fungsi dan lebih mesra bisnes. Dengan cara ini, anda dapat asingkan hal kewangan peribadi dan perniagaan.

Memelihara Imej Anda

Anda perlulah memastikan imej syarikat bersih untuk masa depan syarikat anda,. Sama seperti apabila anda pakai dengan kemas untuk hadir temu duga.

Tulis cek melalui akaun persendirian, tak kira sebesar mana syarikat, tidak bagus untuk imej anda sebagai bisnes. Orang lain mungkin hanya akan lihat perniagaan anda sebagai perniagaan part-time atau sambil lewa. Jenama syarikat anda akan tercalar dan berpotensi mengurangkan keyakinan klien/prospek.

Jika anda mempunyai akaun perniagaan sendiri, nama syarikat anda akan sentiasa tertera dalam cek atau sebarang bentuk pembayaran. Dengan ini, pelanggan dan pembekal akan lebih percayakan anda dan tahu perniagaan anda dibuat dengan betul. Jika syarikat anda masih baru, perkara ini penting untuk dapatkan kepercayaan. Anda perlu telus dan mempunyai rekod bersih supaya klien dan pelanggan lebih percaya akan jenama syarikat yang anda bawa.

credit-card-swipe-with-drink

Perniagaan Anda Mula Menerima Kad Kredit Sebagai Pembayaran

Ini adalah sebab paling utama bagi para usahawan untuk mendapatkan akaun bank bagi perniagaan. Anda tidak boleh dapatkan khidmat pembayaran kad kredit dengan akaun peribadi jadi satu-satunya cara adalah dapatkan akaun perniagaan.

Mungkin ada perniagaan di luar sana yang masih majoritinya menggunakan tunai tetapi jika anda ingin beroperasi secara digital, atau mahu kembangkan perniagaan, faktor penggunaan kad kredit adalah hal yang patut dibincangkan.

Pembayaran melalui kad menggambarkan kapasiti anda sebagai sebuah perniagaan yang dapat berubah mengikut arus zaman. Tambahan pula, akaun semasa perniagaan dapat memudahkan hidup anda dalam hal permohonan pembayaran kad kredit. Kan lebih senang begitu?

Melindungi Identiti Anda

Anda akan menerima dan membuat banyak transaksi dengan akaun peribadi. Jadi, risiko penipuan dibuat menggunakan nama anda akan meningkat. Anda boleh hadkan kecurian identiti dengan menggunakan akaun khas untuk perniagaan.

Tambahan pula negara Malaysia di mana terdapat rekod kecurian identiti peribadi. Dengan akaun perniagaan, perkara ini sekurang-kurangnya dapat dielakkan dan nama baik anda juga tidak tercalar.

Apabila Anda Ingin Mempunyai Rakan Kongsi atau Daftar Syarikat

Apabila anda kerjasama dengan rakan kongsi, sekurang-kurangnya seorang daripada anda akan menguruskan hal kewanga. Jadi, anda perlukan akaun perniagaan daripada bank. Anda tidak boleh uruskan hal perniagaan bersama melalui akaun peribadi sahaja.

Sama juga apabila anda ingin mendaftar nama syarikat anda. Anda tidak boleh gunakan sahaja akaun peribadi dan mungkin juga akan ada masalah di masa depan jika anda didapati berkongsi maklumat akaun bank peribadi dengan orang lain.

Sesebuah syarikat perlu mempunyai akaun berasingan kerana syarikat dianggap sebagai sebuah entiti berlainan dengan pemiliknya. Semua transaksi perniagaan yang anda lakukan akan dianggap aktiviti lain. Oleh itu, hal cukai juga lebih selamat apabila anda mempunyai akaun berasingan untuk peribadi dan perniagaan.

Rumusan

Sudah tentu, akaun perniagaan bukan sahaja memberi kelebihan kepada perniagaan atau syarikat tetapi penting untuk mengelakkan masalah yang mungkin akan datang di masa depan. Lagipun, anda tidak rugi apa-apa pun jika anda buat akaun syarikat dan sebenarnya, mendatangkan lebih banyak manfaat untuk anda.

 

Adakah anda mempunyai sebab utama untuk mula memiliki akaun perniagaan?

 

You May Also Like