Menyediakan diri anda daripada keluarga berdua kepada tiga menjadi lebih mudah dengan 8 tip ringkas ini. (Original article in English)

Untuk individu sudah tentu mahu memastikan kehidupan kewangan mereka stabil dan mempunyai strategi pengurusan wang yang baik untuk membebaskan mereka daripada belenggu masalah kewangan. Namun, anda akan mengalami kesukaran jika tidak mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengatur dan mengawal kewangan. Seperti perkara lain, pengurusan wang memakan masa untuk dipelajari dan memahami bagaimana untuk menguruskannya. Ia memerlukan dedikasi dan pemahaman terhadap situasi kewangan anda. Ini adalah langkah pertama untuk menguruskan kewangan peribadi dengan baik

Ia adalah satu pengalaman yang berharga dalam hidup seseorang untuk mendirikan rumah tangga. Namun, persiapan untuk perkahwinan dan hidup dengan insan lain boleh menjadi satu tekanan. Dengan mengamalkan tip-tip ini, anda boleh mengelakkan daripada perselisihan faham dan tekanan.

Melaburkan wang, menyimpan, melabur dalam instrumen yang baik dan merangka bajet secara harian boleh membuatkan diri menjadi tertekan. Tetapi setiap orang boleh mencapai sasaran kewangan mereka dengan perancangan kewangan yang baik. Adalah amat penting untuk menyimpan bagi masa kecemasan dan bukan sekadar untuk perbelanjaan harian sahaja.

Tip #1. Gunakan Kad Kredit Hanya Jika Anda Mampu Membayarnya Pada Setiap Bulan

Kad kredit bukan jalan singkat untuk mengurangkan beban kewangan. Ia hanya cara mudah untuk berbelanja dan anda boleh memperoleh pulangan wang tunai bagi perbelanjaan.

Anda boleh menggunakan kad kredit jika anda yakin mampu untuk membayarnya pada setiap hujung bulan. Anda tidak akan dikenakan kadar faedah jika boleh membayar hutang kad kredit pada setiap bulan kerana ia sama seperti membayar dengan tunai.

Namun jika anda tidak membayar baki hutang setiap bulan, faedah terkumpul akan meningkat dengan pantas.

Tip #2. Buat Senarai Sasaran Kewangan

Berbincang tentang sasaran masa depan terutamanya keutamaan anda berdua dalam aspek kewangan. Jika anda boleh berbincang dan sama-sama mengambil tindakan yang diperlukan, ia akan menjadi lebih mudah untuk mencapai sasaran yang diinginkan. Jika sasaran anda berdua telah dipersetujui dan tiada sebarang ketidaksefahaman, ia akan membantu dalam proses membuat keputusan dan mengelakkan ketegangan.

Tip #3. Buka Akaun Bank Bersama

Ia bermaksud menggabungkan akaun anda berdua selepas berkahwin. Ia lebih mudah jika anda berkongsi perbelanjaan isi rumah seperti  sewa kediaman dan barangan dapur.

Kaedah ini juga membolehkan anda berdua menyimpan bersama dan boleh berkongsi bayaran untuk perbelanjaan seisi rumah. Jika perlu, anda juga boleh mengaktifkan pemindahan automatik ke akaun masing-masing berdasarkan jumlah bayaran perbelanjaan rumahtangga yang dilakukan oleh pasangan dan anda.

Jumlah yang dipindahkan boleh dianggap seperti elaun. Ia memberikan kebebasan untuk mereka menyelesaikan komitmen masing-masing tanpa perlu campur tangan masing-masing. Dengan setiap pasangan mempunyai dana sendiri, lebih mudah untuk mereka keluar bersama rakan atau membuat perbelanjaan kecil tanpa perlu mendapatkan kebenaran pasangan kerana gusar akan menyekat perbelanjaan penting yang lain. Anda juga boleh membelikan sesuatu yang istimewa untuk pasangan kerana lebih mudah untuk memberi kejutan.

Tip #4. Beli Insuran Kesihatan untuk Mengelakkan Kesukaran Kewangan

Antara salah satu situasi yang mencabar adalah apabila menghadapi isu kesihatan. Anda mahu mendapatkan rawatan terbaik untuk diri atau ahli keluarga namun ia boleh menjadi sangat mahal.

Jika anda mempunyai insuran kesihatan, anda mampu menguruskan isu sebegini dengan lebih baik dan mampu menjimatkan wang semasa mendapatkan rawatan. Melalui insuran, segala kos rawatan, ubat dan sebagainya akan diselesaikan tanpa perlu mengeluarkan jumlah wang yang besar. Pada masa ini, amat penting untuk anda mengambil pelan kontingensi bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini boleh berlaku jika tidak mampu membayar kos perubatan.

Tip #5. Bincang  Hal Kewangan Dengan Pasangan

Walaupun penting untuk memastikan anda dan pasangan serasi sebelum berkahwin dengan sasaran kewangan yang sama, kewangan perlu menjadi subjek yang kerap dibincangkan dalam hubungan. Berbincanglah samada secara mingguan, setiap 6 bulan atau setahun sekali untuk mengenal pasti situasi kewangan semasa anda.

Gunakan masa yang ada untuk berbincang sebagai keluarga. Adakah anda berada dalam laluan yang betul untuk mencapai objektif? Adakah bajet anda perlu dikemaskini? Adakah anda mempunyai sebarang isu kewangan yang mahu dibincangkan dengan pasangan?

Tidak dinafikan, lebih mudah untuk mengelakkan perbincangan tentang wang, dan tidak dinafikan ia adalah perbincangan yang tidak mudah namun amat penting dalam perhubungan. Anda akan mendapati lebih mudah untuk mencapai persetujuan dalam setiap keputusan yang dibuat jika berbincang dengan pasangan.

Tip #6. Buat dan Jejak Bajet Bersama

Bagi memastikan anda peka berapa banyak pendapatan yang dibuat dan kemana ia pergi, bajet memainkan peranan yang penting. Amat mudah untuk berbelanja tanpa had tanpa menyedari bahawa jika anda tidak mempunyai sebarang bajet, wang yang tinggal pada setiap bulan juga akan berkurangan.

Dengan berkahwin, pasangan mempunyai peluang untuk belajar membina bajet bersama. Apabila anda berkahwin, pendapatan dan perbelanjaan akan digabungkan bersama. Beberapa perbelanjaan seperti kos makanan akan bertambah manakala yang lain mungkin kekal atau berkurang seperti kos kediaman.

Untuk mengembangkan dan melatih diri menggunakan bajet yang dikongsi, ambil masa beberapa bulan untuk menjejak perbelanjaan dan menyesuaikan bajet berdasarkan keperluan perbelanjaan. Dengan ini, anda akan bersedia untuk mengawal kewangan dan memastikan bajet yang sedia ada mampu membantu selepas berkahwin.

Tip #7. Simpan 10% hingga 15% untuk persaraan

Ia mungkin kedengaran terlalu jauh di masa depan, tetapi lebih cepat anda merancang untuk persaraan, lebih mudah untuk anda menikmati masa persaraan yang selesa.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menetapkan sasaran simpanan yang membolehkan anda tahu berapa yang perlu diketepikan untuk mencapai sasaran persaraan yang diingini.

Katakan anda berumur 21 tahun dan tiada sebarang simpanan, tetapi anda baru sahaja mendapat tawaran pekerjaan dengan gaji sebanyak 40,000 dolar setahun. Jika anda menyimpan 10% daripada gaji tahunan itu, anda mampu memperoleh wang 2.5 juta dollar pada umur 67 tahun!

Tip #8. Berhenti Daripada Memuaskan Hati Orang Lain

Rata-rata individu membelanjakan wang yang banyak bagi menjaga imej mereka. Sebahagian besar daripadanya membeli kereta mewah dan pakaian berjenama hanya untuk menunjukkan kepada orang lain daripada semata-mata untuk kepuasan diri sendiri.

Adakah anda merasakan tip-tip ini berguna dalam perhubungan anda?

You May Also Like