Berminat untuk kenali apa itu bon? Jangan risau jika anda tidak tahu hendak mula dari mana. (Original article in English)

Pernahkah anda terbaca di mana-mana tentang bon?

Mungkin anda pernah dengar di keratan akhbar atau media massa sebagai suatu bentuk pelaburan atau pelindung risiko. Jika anda inginkan kepelbagaian dalam pelaburan anda, bon boleh digunakan.

Mari kita mula dari awal.

Apa Itu Bon?

Pertama, anggap bon sebagai suatu bentuk hutang yang anda beli daripada kerajaan atau syarikat.

Cara yang sama apabila bank meminjamkan wang mereka untuk anda beli kereta, rumah. Anda pula meminjamkan wang anda kepada kerajaan atau syarikat. Instrumen ini dipanggil bon untuk pembiayaan projek atau pelaburan yang akan digunakan untuk membayar balik pembeli bon ini.

Jadi, apa bezanya dengan melabur untuk saham syarikat? Kedua-duanya adalah pilihan pelaburan tetapi berbeza cara aset ini kaut keuntungan.

Bon adalah pinjaman. Apabila anda beli bon, anda sebenarnya meminjamkan wang anda kepada pengisu bon. Sebagai ganjaran, pengisu bon wajib membayar dari segi undang-undang, kadar yang telah ditetapkan (juga dikenali sebagai kupon) dalam tempoh masa tertentu. Apabila bon tersebut tamat tempoh, Pengisu bon akan membayar balik duit asal pinjaman tersebut. Jumlah pulangan adalah jumlah kupon yang anda terima dalam tempoh bon.

Sebagai perbandingan, saham pula adalah sebahagian daripada syarikat. Apabila anda beli saham (juga dikenali sebagai ekuiti), anda memiliki sebahagian daripada syarikat tersebut. Apabila perniagaan berjalan lancar dan harga saham berkembang, modal anda juga meningkat manakala apabila perniagaan teruk, modal anda akan berkurang. Tiada jaminan terhadap pulangan. Oleh itu, pasaran ekuiti dianggap lebih berisiko daripada pasaran bon. Jika sesebuah syarikat bankrap, anda berpotensi kehilangan semua modal anda.

Bon selalunya dijual dalam nilai minimum USD200,000 ke atas. CapBridge, yang didaftarkan di Singapura sebagai platform urus kewangan digital, telah melancarkan kelas aset terbaru – Capbridge Preferred Access Bonds dengan pelaburan minimum sebanyak USD1,000 dalam bon.

Terma Penting Untuk Ketahui Bon

Apabila berkenaan bon, terdapat beberapa terma yang anda perlu faham.

Nilai Pokok/Asal: Nilai pokok adalah nilai yang anda terima selepas bon tamat tempoh.

Kupon: Anggap kupon sebagai faedah yang anda terima. Sama seperti akaun bank bayar faedah/hibah, bon memberi pulangan dengan kadar tetap (setiap suku, dua kali setahun, setiap tahun).

Pulangan Bon: Pulangan bon dicatat dalam bentuk peratusan. Pulangan kupon tahunan dibahagikan dengan nilai pokok bon. Sebagai contoh; jika bon tersebut mempunyai nilai pokok USD1,000 dan memberi pulangan USD50 setiap tahun, pulangan bon adalah 5% (USD50/USD1,000 X 100% = 5%).

Tamat tempoh: Dicatat dalam bentuk tarikh. Ini adalah di mana bon tamat tempoh dan tarikh nilai pokok dipulangkan kembali kepada anda.

Besar Manakah Pasaran Bon?

Bon bukannya perkara baru tetapi telah digunakan oleh masyarakat selama ribuan tahun dan kini merupakan kelas aset paling kukuh di dunia.

Menurut data oleh International Capital Market Association, pasaran bon dunia dianggarkan berjumlah hampir USD128.3 trillion pada bulan Ogos 2020. Berbanding dengan pasaran ekuiti dunia yang bernilai USD86 trillion menurut data hujung tahun 2020 oleh Securities Industry and Financial Markets Association.

Kenapa Bon Kurang Dipandang Pelabur?

Sebenarnya, pelabur bertaraf dunia selalu memiliki bon dalam portfolio mereka untuk mempelbagaikan atau mengurangkan risiko dalam portfolio mereka. Anda mungkin pernah terdengar strategi 60/40 di mana 60% adalah ekuiti dan 40% adalah bon.

Portfolio klasik ini telah bertahan pengaruh zaman dan telah membantu pelabur mengehadkan risiko mereka, Namun, bon masih lagi hanya digunakan oleh pelabur besar. Kenapa?

Sebab sebenar yang membuatkan bon mungkin terlepas pandang daripada pelabur biasa adalah tahap akses terhadap produk ini. Kebanyakan bon dijual dalam bentuk had minimum sebanyak USD200,000 setiap unit dan membuatkannya tidak dimampu dimiliki pelabur kecil. Jika anda mahu gunakan strategi 60/40, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya USD500,000! Baru satu bon sahaja.

Tambahan pula, tidak seperti ekuiti yang dijual beli dalam pasaran saham yang jelas, bon dijual secara over-the-counter (OTC) di mana broker menjadi orang tengah antara penjual atau pembeli dan tidak jelas dalam harga bon tersebut. Selain itu, anda juga akan dikenakan kos tambahan seperti caj akses, caj pengurusan, caj belian malah caj pengeluaran. Ini menambahkan lagi kos untuk pemilik bon.

Semua ini membuatkan bon tidak dapat diakses oleh pelabur biasa. Apakah cara yang lebih mudah untuk akses bon sebagai pelabur biasa?

Capbridge, platform pengurusan kewangan digital berpangkalan di Singapur, ingin mengubah cara pelabur beli dan jual bon. Dengan nilai minimum sebanyak USD1,000, pelabur boleh akses kelas aset ini dengan harga yang lebih rendah berbanding dahulu.

Untuk kelas aset seperti bon, ini adalah cara dengan kos paling rendah di pasaran. Ini meningkatkan keupayaan pelabur biasa untuk mempelbagaikan portfolio mereka.

CapBridge Preferred Access Funds

Capbridge bekerjasama dengan nama lain dalam industri kewangan untuk membina bon bertaraf institusi. Antaranya adalah bon yang diisu oleh syarikat tersenarai yang sudah lama bertapak seperti Standard Chartered, HSBC, Keppel REIT, Greenland Group, UBS, Credit Suisse. Setakat rekod Julai 2021, pulangan bon yang ditawarkan oleh CapBridge adalah daripada 2.5% hingga 9% untuk bon dalam US Dollar dan 3% hingga 5% untuk bon dalam Dollar Singapura.

Platform bon Capbridge juga adalah 100% dalam bentuk digital dengan sasaran pasaran pengguna lebih mesra IT. Transaksi akan dibuat terus antara penjual/pembeli. Ini membuatkan pasaran bon lebih mesra pengguna dan jelas. Caj yang dikenakan pula lebih murah berbanding broker tradisional. Akses terhadap platform Capbridge adalah percuma dan pelabur hanya perlu menjalani proses pendaftaran mudah.

Berminat untuk mula melabur? Ketahui lebih lanjut tentang CapBridge Preffered Access Bonds di laman web rasmi mereka

Daripada sekarang hingga 31 Disember 2021, pelabur akan menikmati tawaran rebat 50% apabila labur ke dalam bon melalui Capbridge. Pelaburan serendah USD1,000.

Capbridge dilesenkan di bawah pihak berkuasa Singapura (Monetary Authority of Singapore) dan memegang lesen Servis Pasaran Kewangan. Pemegang saham termasuklah Singapore Exchange, SGInnovate dan CyberPort Macro Fund yang berpangkalan di Hong Kong.

 

You May Also Like