Adakah anda mengalami kesukaran untuk tinggal sendiri? Mempertimbangkan untuk tinggal bersama-sama ibu bapa atau ahli keluarga yang lain? (Original article in English)

Semakin ramai rakyat Malaysia menghadapi kesukaran sepanjang tempoh pandemik dan tinggal di rumah dalam jangka masa panjang. Ada antaranya yang tinggal sendiri dan mengalami kesukaran kewangan kerana sumber pendapatan yang terjejas.

Tidak menjadi perkara yang janggal untuk mendapatkan bantuan dari ahli keluarga dengan menetap bersama mereka kerana mereka adalah darah daging anda. Berikut merupakan beberapa perkara yang anda boleh jimatkan jika menetap bersama ibu bapa atau ahli keluarga.

#1. Sewa rumah

Bayaran sewa adalah antara perbelanjaan terbesar yang anda boleh jimatkan apabila tinggal bersama keluarga dengan berkongsi bayaran sewa. Walaupun tinggal bersama keluarga adalah satu perkara yang agak asing di negara barat namun di Timur, ia adalah perkara yang normal untuk anak-anak dewasa tinggal bersama keluarga.

Menetap sendiri memerlukan kos yang besar terutamanya apabila baru mula bekerja.

Menurut data daripada I-Property, purata bayaran sewa di Malaysia bermula dari RM1,690 hingga RM1,900, bergantung kepada jenis rumah dan data terbaru dari Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan purata isi rumah Malaysia memperoleh RM5,209 sebulan pada tahun 2020. Ini bermakna bahawa anda mungkin membelanjakan sebanyak 32% hingga 36% daripada keseluruhan pendapatan anda.

Jika anda menetap di negeri yang besar seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang, berikut merupakan jumlah yang boleh disimpan setelah membayar sewa:

  1. Kuala Lumpur: 25% – 30%
  2. Selangor: 21% – 23%
  3. Penang: 25% – 26%
  4. Johor: 23% – 26%

Simpanan yang boleh dibuat semasa tinggal bersama keluarga adalah besar, terutamanya jika anda bergelut dengan kesan daripada pandemik. Apabila anda pindah untuk tinggal bersama mereka, anda mungkin mengorbankan ruang peribadi untuk diri tetapi ia mampu membantu untuk menyimpan lebih wang bagi masa depan.

#2. Makanan dan Minuman

Jika anda tinggal sendiri sebelum ini, anda mungkin perlu memasak atau memesan makanan. Untuk memasak, anda perlu keluar untuk membeli bahan masakan manakala jika memesan makanan, anda harus menanggung kos penghantaran yang agak tinggi.

Dengan tinggal bersama kelurga, anda boleh menjimatkan kos dan masa untuk menyediakan makanan. Kos bahan makanan juga boleh dikongsi bersama keluarga dan masa serta tenaga untuk menyediakan makanan boleh dibahagikan samada memasak bersama-sama ataupun bergilir untuk memasak. Jika anda memilih untuk memesan makanan, anda boleh berkongsi antara satu sama lain.

Terdapat juga kos lain yang boleh dikongsi seperti peralatan memasak dan pinggan untuk hidangan. Hanya gunakan yang sudah sedia ada di rumah keluarga.

Selain daripada itu, anda boleh menghabiskan masa bersama keluarga dengan makan bersama-sama. Ibu bapa sudah semakin berusia dan adalah lebih baik untuk menghabiskan masa bersama mereka.

#3. Bil Internet

Dalam dunia hari ini, internet sudah menjadi satu keperluan kepada setiap orang. Terutamanya semasa pandemic, adalah digalakkan untuk bekerja dari rumah dan berhubung secara virtual. Dengan kekangan untuk melakukan aktiviti di luar, aktiviti anda kini beralih kepada menonton televisyen, video di Youtube atau bermain permainan video.

Membayar untuk perkhidmatan internet bagi diri sendiri adalah mahal – RM100 hingga RM300 sebulan bergantung kepada kelajuan internet tersebut. Anda juga memerlukan modem dan router Wifi yang agak mahal.

Jika anda berpindah untuk tinggal bersama keluarga, kos bil internet boleh dikongsi bersama keluarga. Bil internet yang berharga RM200 mungkin hanya berharga RM40 untuk anda, dan meninggalkan lebih ruang untuk anda berbelanja bagi keperluan lain.

Namun terdapat kekurangan apabila talian internet tersebut turut digunakan oleh ahli keluarga lain. Namun, ini tidak seharusnya menganggu kerja anda kerana kebanyakan syarikat internet menyediakan sekurang-kurangnya internet dengan kelajuan sebanyak 50mbps.

#4. Kos Penjagaan Anak

Kos ini perlu dipertimbangkan jika anda mempunyai anak dan anda serta pasangan bekerja. Jika anda bekerja jauh dari keluarga, kos yang besar perlu dikeluarkan untuk tujuan penjagaan anak-anak.

Kos asuhan kanak-kanak juga mampu mencecah dari RM800 hingga RM1,500 seorang. Jika tinggal bersama ahli keluarga yang boleh membantu menjaga anak anda, kos asuhan itu mampu dijimatkan.

Namun begitu, perkara ini perlu dibincangkan dengan baik dan mungkin mula dahulu dengan 2 hingga 3 hari seminggu. Jika boleh, berikan hadiah atau upah kerana menjaga anak anda untuk mengelakkan sebarang konflik atau perasaan cemburu daripada ahli keluarga yang lain.

Anak-anak anda akan memperoleh penjagaan daripada orang dewasa yang boleh dipercayai dan anda serta pasangan boleh memberi fokus kepada kerjaya. Ia adalah situasi yang baik untuk semua.

#5. Pengangkutan

Penjimatan untuk kos pengangkutan bukanlah semudah yang disangka. Apabila anda tinggal sendiri, anda perlu melabur untuk membeli motor atau kereta atau mengambil pengangkutan awam. Harga kenderaan di negara ini tidak murah dan boleh mengambil sebahagian besar daripada gaji bulanan anda.

Jika tinggal bersama keluarga, anda boleh berkongsi kenderaan untuk ke destinasi yang diingini. Jika tempat kerja anda berbeza dengan ahli keluarga lain, tidak perlu membeli kereta lain sebaliknya hanya perlu berkongsi kereta sahaja.

Kos petrol juga lebih rendah jika keluar bersama keluarga untuk membeli bahan masakan atau bersiar-siar. Anda juga mendapatkan bantuan mereka untuk menghantar anda ke lokasi yang diinginkan atau stesen LRT untuk ke tempat kerja. Anda juga boleh melakukan perkara yang sama untuk mereka.

#6. Mendobi

Akhir sekali, anda boleh menjimatkan kos untuk mendobi apabila tinggal bersama keluarga. Tinggal bersendirian bermaksud anda perlu mempunyai mesin basuh atau pengering atau pergi ke pusat dobi terdekat. Pilihan pertama memerlukan kos yang tinggi manakala pilihan kedua turut memerlukan peruntukan yang besar dan perlu pergi ke pusat dobi.

Dengan tinggal bersama keluarga, anda boleh berkongsi penggunaan dan kos bagi mesin basuh dan mesin pengering. Anda juga boleh mengeluarkan bayaran secara bulanan untuk membeli cecair basuhan dan kos membaik pulih jika rosak. Namun, kos-kos ini lebih murah jika dibandingkan dengan pergi ke pusat dobi setiap minggu.

Kesimpulan

Untuk menghadapi pandemik ini, kestabilan kewangan dan kerjaya adalah aspek yang utama. Jika anda menghadapi kesukaran untuk tinggal sendiri, anda boleh mempertimbangkan untuk tinggal bersama keluarga atau ibu bapa bagi menjimatkan perbelanjaan dengan berkongsi bersama mereka. Tidak perlu malu untuk meminta bantuan mereka dalam masa yang sukar ini.

Kongsi dengan kami dalam ruangan komen di bawah tentang aspek lain yang anda boleh jimatkan.

You May Also Like