Bagaimanakah cara untuk membezakan antara “trading” dan “pelaburan”? Adakah anda seorang trader atau pelabur, atau kedua-duanya? Versi asli artikel ini diambil daripada StashAway.my. (Original version in English)

Musim pandemik telah membuatkan orang ramai mula memasuki arena pelaburan. Lebih banyak masa tersedia di rumah. Akaun brokerage saham semakin murah. Pasaran juga sudah mula pulih. Kini, lebih ramai orang yang baru melabur atau trade buat pertama kali –  ramai juga yang berasa FOMO dan merasakan mereka telah terlepas hype dalam kripto dan saham meme.

Di sinilah di mana kami sedar bahawa terma “pelaburan” dan “trading” dianggap sama. Tetapi, ada perbezaan ketara antara trading dan pelaburan. Ketahui lebih lanjut perbezaan ini dan buat keputusan yang lebih bijak untuk pelan jangka masa panjang anda.

Falsafah Trading dan Pelaburan Berbeza

Kedua-dua aktiviti trading dan pelaburan memerlukan modal untuk diletakkan ke dalam aset seperti bon, ETF atau matawang kripto untuk menjana keuntungan. Trading sebenarnya suatu bentuk pelaburan tetapi apa yang perbezaan utama dengan pelaburan lain adalah bagaimana seorang trader cuba untuk mendapatkan keuntungan dengan beli dan jual sesebuah aset secara aktif.

Jika anda trade, ini bermaksud anda melabur. Tetapi, jika anda melabur, tidak semestinya anda trade. Sebagai contoh, anda boleh beli dan pegang sesuatu saham untuk 30 tahun dan mendapatkan keuntungan dalam jangka masa panjang. Atau anda boleh beli sahaja Bitcoin dan jual apabila untung tiga, empat hari kemudian. Walaupun strategi beli-dan-simpan dan beli-murah-jual-mahal adalah taktik pelaburan, aktiviti trading lebih kepada jangka masa pendek.

Asasnya, sasaran seorang trader adalah untuk mengatasi prestasi pasaran. Untuk mencapai objektif ini, trader akan contohnya beli dan pegang untuk beberapa jam, hari atau bulan di samping membuat analisis ke mana arah harga akan pergi. Jika ada kerugian dalam sesuatu pelaburan, kebiasaannya trader akan jual aset tersebut dan beralih kepada aset lain untuk mengurangkan bakal kerugian.

Tetapi, pelabur jangka masa panjang pula tidak berminat untuk mengatasi pasaran dengan “memilih” jenis aset yang mungkin akan menang. Sasaran utama pelabur adalah untuk membina kekayaan jangka masa panjang dengan selamat melalui pasaran.

Mentaliti ini akan membuatkan pelabur untuk beli dan pegang pelaburan mereka bertahun-tahun malah berdekad. Pulangan (i.e dividen) pula akan dilaburkan kembali dan pelabur akan kekal melabur walaupun ketika kegawatan ekonomi. Memiliki portfolio yang pelbagai juga akan membantu pelabur untuk mengawal risiko mereka daripada hanya satu jenis aset.

Tahap Risiko Trading dan Pelaburan Berbeza

Semua bentuk pelaburan mempunyai risiko. Jadi, anda perlu pilih sebanyak manakah risiko yang anda sanggup ambil dalam melabur. Ini bergantung kepada gaya hidup, sasaran kewangan dan profil risiko anda.

Secara am, melabur secara berterusan ke dalam portfolio dengan pelbagai aset untuk jangka masa panjang lebih kurang risikonya berbanding meletakkan semua simpanan anda dalam beberapa saham spekulatif untuk keuntungan jangka masa pendek. Jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku dan menyebabkan saham ini jatuh harga, anda boleh kehilangan semua wang simpanan anda.

Sebab itu jugalah anda tidak boleh berharap hanya pada trading untuk bina kewangan anda. Sebelum trading, pastikan anda telah letakkan wang terhadap keperluan dahulu seperti wang kecemasan dan persaraan. Jika anda telahpun selesai dengan komitmen anda, barulah anda boleh letakkan sebahagian daripada simpanan untuk tujuan trading.

Sama ada melabur atau trading, pastikan anda arif akan risiko terhadap simpanan anda. Dalam kata mudah, risiko adalah berapa banyak modal yang anda sanggup hilang. Risiko boleh dikira sebagai Nilai dalam Risiko (Value-at-Risk), yang akan memberikan gambaran jelas jumlah yang anda mampu hilang dalam setahun dengan kadar peratusan tertentu. Teknik ini lebih mudah digunakan untuk portfolio jangka masa panjang dan mempunyai pelbagai jenis aset.

Dengan trading, ianya lebih susah untuk membuat kiraan berapa yang anda mampu hilang jadi cara paling selamat adalah dengan menganggap anda boleh hilang segalanya dalam trading.

Usaha Yang Diletakkan Dalam Aktiviti Trading dan Pelaburan Berbeza

Apabila dibandingkan dengan pelaburan jangka masa panjang, trading memerlukan lebih banyak usaha untuk efektif. Anda perlu analisa setiap aset sebelum trading, buat kajian dan mungkin tekaan. Walaupun dengan semua usaha ini, trading masih datang dengan risiko tersendiri yang lebih tinggi berbanding pelaburan lain. Ini adalah kerana dalam jangka masa pendek, hampir mustahil untuk tahu sama harga sesuatu aset akan naik atau turun. Jadi, adakah trading berbaloi?

Tahukah anda bahawa golongan professional pun tidak dapat capai sasaran ini? Mengikut laporan Indeks S&P500 VS Dana Aktif, pada Disember 2020, hanya 25% daripada pengurus dana aktif professional di Amerika Syarikat dapat mengatasi prestasi pasaran sejak 5 tahun lepas. Ini bermakna untuk pelabur amatur, melabur dengan berterusan dalam indeks lebih baik untuk mendapatkan pulangan jangka masa panjang yang konsisten.

Jika anda ingin trade dengan kerap, anda perlu faham tentang perihal cukai dan caj trading yang akan dikenakan terhadap anda. Berapa banyak yang anda sanggup hilang dan berapa peratusan keuntungan yang akan diambil (0.1% atau 10%).

Sebelum anda trading, pastikan juga anda tahu berapa banyak usaha dan masa yang perlu diletakkan dalam aktiviti ini. Untuk yang masih bekerja sepenuh masa dan bukan daripada kalangan professional, trading bukanlah cara yang sesuai untuk membina kekayaan.

Trading dan Pelaburan Tidak Semestinya Perlu Diasingkan

Dalam pelan kewangan, tidak semestinya kedua-dua pelaburan dan trading perlu diasingkan kerana kedua-dua teknik ini mempunyai bahagian tersendiri dalam portfolio anda. Pelaburan sesuai untuk bina kekayaan jangka masa panjang dan trading adalah aktiviti yang mungkin menjana keuntungan jangka masa pendek.

Jika anda mempunyai wang lebihan selepas anda melabur dan simpan, anda boleh cuba trading untuk memahami pasaran dengan lebih lanjut. Ianya juga dapat membantu anda kekal arif akan apa yang berlaku dalam perniagaan, pasaran dan trend ekonomi. Cuma jangan gunakan wang persaraan anda.

Tawaran ekslusif pendaftaran StashAway x MyPF

  • StashAway Malaysia menawarkan kod promosi untuk pelaburan RM100k ke bawah dengan caj percuma untuk 6 bulan. Untuk daftar, klik di sini.
  • StashAway Singapura menawarkan kod promosi untuk pelaburan SG$50k ke bawah dengan caj percuma untuk 6 bulan. Untuk daftar, klik di sini.

 

You May Also Like