Satu jenis pendapatan sahaja tidak cukup jika anda ingin hidup selesa di Malaysia. Sekarang adalah masa untuk pelbagaikan jenis sumber pendapatan anda jika anda masih bergantung kepada satu pendapatan sahaja. (Original article in English)

Mengejar kebebasan kewangan memerlukan perancangan dan usaha setimpal. Namun, formula asas untuk mendapatkan kebebasan kewangan adalah mudah – pendapatan lebih daripada perbelanjaan.

Apakah maksud perkataan pendapatan bagi anda? Untuk kebanyakan orang, pendapatan bermaksud gaji bulanan melalui kerja anda. Jika anda merupakan salah seorang daripada majoriti, ini bermaksud anda perlu cari sumber pendapatan baru.

Pendapatan dibahagikan kepada dua kategori:

  • Pendapatan aktif adalah jenis pendapatan di mana anda terlibat secara aktif dari sei masa dan tenaga dalam sesuatu profesion atau perniagaan.
  • Pendapatan pasif adalah jenis pendapatan di mana ia dijana tanpa penglibatan anda dalam proses tersebut.

Ambil masa untuk menelaah kenyataan di atas dan fikirkan aktiviti yang boleh menjana wang yang boleh diletakkan dalam kategori tersebut – aktif atau pasif.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan dengan lebih lanjut kategori ini dan pecahkan kepada 4 jenis pendapatan (dengan contoh). Mungkin ada antara pilihan ini yang boleh diterapkan dalam kehidupan anda.

#1. Gaji

Contoh pertama agak jelas. Pendapatan bulanan daripada gaji anda sepenuh masa adalah suatu jenis pendapatan aktif. Sama ada bekerja sepenuh masa atau bekerja sendiri, ini adalah sumber pendapatan utama daripada karier anda.

Terdapat beberapa cara untuk naikkan gaji anda. Mula dengan bertanya diri anda soalan-soalan ini:

  • Apakah kelayakan nutuk dinaikkan pangkat/gaji?
  • Perlukah anda tingkatkan kemahiran untuk dapatkan peluang lebih baik?
  • Patutkah anda sentiasa menerapkan budaya sentiasa belajar perkara baru untuk diri anda sendiri?
  • Adakah anda memasarkan diri atau perniagaan anda?
  • Adakah pilihan lebih baik daripada keadaan sekarang?

Walaupun anda mahu meluangkan masa dan tenaga untuk cara ini, anda juga mempunyai pilihan dengan 3 lagi tenis sumber pendapatan lain.

#2. Kerja Sampingan

Juga dikenali sebagai kerja tambahan, part-time. Kerja tambahan di luar waktu pekerjaan anda juga boleh dianggap sebagai suatu bentuk pendapatan aktif. Terdapat banyak pilihan di luar sana untuk anda. Soalannya adalah sama ada anda sanggup untuk berdisiplin?

Bekerja lebih masa adalah sukar kerana terdapat perkara lain yang boleh menarik perhatian anda. Untuk elakkan anda menangguh, anda perlukan pelan terperinci tentang kerja anda. Bina pelan bersama tarikh dengan matlamat anda.

Apakah jenis kerja sampingan yang anda boleh lakukan? Ambil kira faktor-faktor seperti:

  • Apa yang anda mahir?
  • Apa yang anda sanggup lakukan?
  • Apa yang anda boleh luangkan masa?
  • Apakah kelebihan dan kelemahan pilihan lain?

Antara pilihan yang anda boleh guna:

  • Mula perniagaan dropship dalam talian
  • Jual sesuatu (e.g hasil masakan, bertukang, kraftangan, tumbuhan)
  • Kerja kedua seperti di kafe, kedai serbaneka
  • Hantar makanan (e.g FoodPanda, Grab)
  • Kerja bebas/freelancer (tutor, menulis)

Cuba salah satu daripada pilihan di atas. Mungkin anda akan suka kerja baru anda.

#3. Pendapatan Daripada Pelaburan

Pernahkah anda sedar bahawa kebanyakan orang kaya terlibat dalam pelaburan? Mengapa? Kerana pendapatan pasif yang datang daripada pelaburan yang mereka buat.

Apabila anda labur (tidak semestinya untuk yang mempunyai banyak wang), anda sebenarnya meletakkan wang supaya ia bekerja untuk anda. Apabila wang ini bertambah, anda juga akan menerima pulangannya.

Mengapakah aktiviti pelaburan dianggap sebagai pendapatan pasif? Walaupun anda perlu meletakkan usaha dalam mengkaji apa untuk labur, aktiviti ini tidak memerlukan anda untuk bergiat secara aktif setiap hari. Anda tidak perlu berpeluh atau masuk pejabat tepat pada waktu.

Ya, senang sahaja kan? Tetapi mengapa tidak ramai orang melabur? Pertama sekali, dunia pelaburan sebenarnya amat besar dan mungkin boleh menakutkan orang baru. Sebab lain adalah konsep pendapatan pasif yang mungkin agak janggal berbanding pemikiran tradisional. Mungkin ada yang menganggap pelaburan ini adalah aktiviti yang sama dengan berjudi atau ada unsur penipuan. Namun, anda boleh pastikan pelaburan dibuat dengan betul apabila dilakukan dengan ilmu.

Untuk permulaan, sebagai rakyat Malaysia, anda boleh teroka pilihan seperti:

Jika anda mempunyai selera yang lebih besar, anda boleh dapatkan khidmat professional seperti perancang kewangan bertauliah untuk membantu anda, tak kira jumlah wang untuk pelaburan anda.

#4. Pendapatan Aktif-Bertukar-Pasif

Jenis pendapatan ini lebih unik berbanding yang lain. Sudah tentu anda arif akan jenis pendapatan ini dan berminat.

Pendapatan aktif-bertukar-pasif adalah di mana anda meletakkan usaha, keringat, modal pada mulanya dan kemudian biarkan aktiviti tersebut bergerak sendiri dengan pengurusan minima.

Dengar menarik kan? Ianya adalah hasil usaha anda yang beroperasi sendiri dan membina kekayaan untuk anda.

Pilihan yang ada dalam kategori ini adalah:

  • Mempunyai laman web/blog dengan konten sendiri
  • Rancangan Youtube
  • Royalti daripada paten/karya (e.g buku, muzik, fotografi)
  • Perniagaan jenis MLM yang mempunyai beberapa downline
  • Perniagaan keluarga yang telah diwariskan generasi seterusnya

Ambil kira pilihan mana yang anda mahukan dan jumlah tahun yang diperlukan untuk sampai tempoh matang supaya anda tidak perlu bekerja lagi di masa depan.

Rumusan

Untuk meningkatkan tahap kewangan anda, anda perlu pastikan pendapatan anda melebihi perbelanjaan. Di dunia moden kini, kos perbelanjaan amat tinggi dan semakin ramai rakyat Malaysia memerlukan beberapa sumber pendapatan. Lebih ideal jika anda hanya luangkan tenaga anda untuk dua daripada jenis sumber pendapatan yang disebut di atas. Cari pilihan yang sesuai dengan anda.

Kita semua memiliki 24 jam sehari tetapi cara kita gunakan masa ini yang berbeza. Jadi, bagaimanakah cara anda ingin luangkan 24 jam anda?

 

Daftar bersama MyPF dan dapatkan khidmat perancang kewangan professional.

 

You May Also Like