Merancang dan memahami risiko selepas bersara boleh meningkatkan peluang anda untuk mencapai kehidupan yang diinginkan dalam usia yang lanjut. (Original article in English)
Persaraan bukanlah pengakhiran hidup tetapi permulaan kepada fasa baru dalam hidup. Ia adalah satu kejayaan apabila berjaya sampai di fasa ini. Hargai diri dan sambut kejayaan ini bersama keluarga dan rakan-rakan. Setelah itu, rancang perjalanan untuk fasa seterusnya dalam hidup.
Ramai yang membayangkan persaraan adalah kehidupan yang lebih tenang dengan kerisauan yang berkurangan. Tetapi realitinya, terdapat pelbagai risiko yang boleh dihadapi selepas bersara. Walaupun risiko yang adalah lebih kurang sama sebelum persaraan, kesannya mungkin lebih ketara dan kekurangan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan semasa.
Berikut adalah beberapa risiko yang boleh dihadapi dan menganggu kehidupan selepas bersara.
Contents
Risiko 1: Risiko Pelaburan
“Kemungkinan yang tinggi untuk hilang kesemuanya atau sebahagian daripada pelaburan asal.”
Corak dahulu menunjukkan bahawa melabur dalam pasaran saham menyediakan peluang yang terbaik untuk pulangan kewangan berbanding aset lain. Oleh sebab itu, pelaburan saham sering dicadangkan sebagai sebahagian daripada aset pelaburan untuk pesara.
Namun, strategi campuran aset yang salah mampu memberikan kesan buruk kepada pendapatan semasa bersara. Jika anda terlalu berhati-hati, anda boleh memperoleh kekurangan wang dan jika terlalu santai, ia akan meningkatkan pendedahan kepada pasaran yang berubah-ubah. Adalah sukar untuk merancang dan menguruskan sasaran hidup dengan sendiri dan oleh sebab itu, adalah digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada profesional.
Risiko 2: Hidup Lebih Lama (simpanan persaraan berkurangan)
“Hidup lebih lama dan mengurangkan simpanan persaraan sedia ada.”
Dengan kemajuan dalam bidang perubatan dan teknologi telah memanjangkan umur generasi kini. Ramai yang hidup lebih lama dalam fasa persaraan. Dana persaraan perlu menitikberatkan pandangan yang optimis untuk menjalani kehidupan. Kebanyakkannya memilih jalan konservatif semasa menentukan kehidupan dan berisiko untuk mengurangkan simpanan persaraan.
Semakin berusia, anda seharusnya gembira kerana mampu menikmati kehidupan yang lebih lama dan tidak merisaukan jika dana persaraan cukup atau tidak.
Apabila berbicara tentang umur lanjut, terdapat beberapa isu yang perlu dipertimbangkan. Misalnya, jika pasangan meninggal dunia, apakah yang akan berlaku terhadap pasangan yang masih hidup? Bagaimana dirinya akan mengubah gaya hidup sedia ada dan adakah sumber yang ada mencukupi? Polisi pendapatan, insuran dan pembahagian aset adalah antara cara untuk melindungi daripada risiko berkenaan.
Risiko 3: Kehilangan pasangan hidup
“Kesedihan kerana kehilangan pasangan hidup boleh menyebabkan tekanan dan keinginan untuk bunuh diri. Tidak lagi menyentuh impaknya terhadap kewangan…..“
Kematian pasangan mampu memberikan impak yang besar terhadap mereka yang masih hidup. Kebiasaannya, pasangan yang masih hidup mengalami pengurangan dalam sumber pendapatan. Kehilangan insan tercinta menyebabkan:
- Kekurangan faedah persaraan
- Menambahkan kos seperti perubatan, majlis kematian dan pinjaman bank
Jika pasangan yang meninggal dunia yang bertanggungjawab menguruskan kewangan keluarga, pasangannya mungkin tidak bersedia atau tidak mampu untuk mengambil tugas tersebut. Jangan tunggu sehingga perkara sebegini berlaku dan mula mengambil minat terhadap kewangan anda. Bina kefahaman dan biasakan diri jika perkara tersebut berlaku.
Risiko 4: Inflasi
“Ancaman inflasi adalah ia mampu mengurangkan pulangan pelaburan kerana kuasa membeli yang semakin terhad.”
Inflasi mampu mengurangkan nilai harta anda. Tetapi kesan inflasi adalah lebih sukar semasa bersara berbanding semasa anda bekerja. Semasa bekerja, inflasi dapat dihadapi kerana anda mempunyai sumber pendapatan dan bayaran gaji adalah mengikut kadar inflasi semasa. Semasa bersara, anda tidak bekerja dan tiada sumber pendapatan. Kesemua perbelanjaan hadir daripada simpanan persaraan.
Untuk mengelakkan menjadi mangsa kepada inflasi, dapatkan nasihat profesional bagi memberikan anda pandangan yang lebih baik tentang jumlah yang diperlukan selepas bersara, setelah mengambil kira inflasi.
Risiko 5: Risiko Perubatan
“Jaga tubuh badan anda. Ia adalah satu-satunya tempat untuk anda hidup”
Untuk golongan berusia dan pesara, perkara ini perkara yang sangat penting terutamanya untuk kebolehan mereka menampung kos perubatan selepas bersara. Selain itu, perkiraan kos perubatan akan bertambah jika diperlukan dalam jangka masa panjang – yang menyukarkan mereka untuk menghadapinya.
Disebabkan perkembangan dalam rawatan kesihatan dan teknologi, umur manusia juga semakin bertambah. Walaupun ia adalah perkara yang baik, namun anda mungkin perlu menghadapi kos yang tinggi untuk perubatan.
Walaupun ia adalah salah satu aspek yang penting, kebanyakkan individu tidak memasukkan kos perubatan dalam pelan persaraan mereka. Bagi yang memasukkannya, masih ada kebimbangan akibat kekurangan tabung untuk kos tersebut.
Jika anda kurang pasti, adalah lebih baik untuk berbincang tentang kesan perbelanjaan perubatan dengan perancang kewangan anda.
Risiko 6: Ahli keluarga yang memerlukan bantuan kewangan
“Apabila masalah hadir, keluarga anda yang akan membantu menghadapinya”
Kebanyakkan pesara menampung ahli keluarga termasuk saudara-mara, anak-anak dan cucu mereka. Setiap perbelanjaan yang dikeluarkan untuk tujuan ini perlu dimasukkan dalam perancangan persaraan mereka. Jika terdapat perubahan terhadap kesihatan, kerja atau status perkahwinan, ia boleh menganggu proses ini dan memerlukan lebih banyak bantuan kewangan daripada pesara. Ahli keluarga yang lain akan bersara, tetapi mungkin anda akan memperoleh cucu juga. Selepas bersara, terdapat juga individu yang berkahwin semula dan pasangan baru mungkin membawa risiko kewangan yang lain juga.
Risiko 7: Risiko ditipu
“Siapa yang akan mempercayai si penipu? Semua orang, jika dia melakukannya dengan baik sekali.” ~ Andy Griffith
Apabila pesara semakin tua, tahap kepintaran mereka berkurang lalu boleh menyebabkan kekurangan kepintaran dan skil kewangan. Mereka boleh menjadi sasaran skim penipuan disebabkan kekurangan skil kognitif.
Broker mungkin mempromosikan produk yang kurang sesuai. Ahli keluarga atau penjaga boleh menjadi tidak bertanggungjawab. Mereka menipu untuk mempromosikan pelan pelaburan yang kedengaran terlalu menguntungkan.
Risiko 8: Perceraian selepas bersara
“Perceraian adalah mahal. Saya selalu bergurau dengan menyatakan ‘ia adalah duit,’ namun mereka menukarnya kepada ‘alimoni’. Ia melukakan hati dan dompet anda.”(Robin Williams)
Penceraian boleh menyebabkan kedua-dua belah pihak mengalami kesukaran kewangan. Pembahagian aset boleh menyebabkan kehilangan standard hidup untuk kedua-duanya, terutamanya apabila gaya hidup sebelum ini mampu dikekalkan hasil pendapatan berdua.
Walaupun kebarangkalian penceraian untuk pasangan yang berusia adalah kurang berbanding pasangan muda, namun ia tidak mustahil.
Risiko 9: Kehilangan pekerjaan semasa bersara
“Ketahui perkara yang anda lakukan dengan baik, dan dapatkan seseorang yang boleh membayar anda melakukannya.” – Katharine Whitehorn
Pesara juga mungkin mahu mendapatkan kerja sambilan atau sepenuh masa selepas bersara bagi menampung perbelanjaan. Disebabkan faktor usia dan pengalaman, majikan juga terdorong untuk menggajikan pekerja yang berusia tetapi mahir.
Pasaran kerja kini memerlukan lebih banyak kemahiran teknikal yang tidak mudah untuk diperoleh terutamanya untuk pesara. Prospek kerja untuk mereka juga berlainan kerana keperluan untuk kemahiran berlainan berbeza mengikut situasi kesihatan dan ekonomi semasa.
Belajar dan meningkatkan kemahiran adalah relevan untuk pesara yang mahu bekerja selepas bersara.
Risiko 10: Perubahan tempat tinggal
Pesara mungkin perlu bertukar daripada tinggal seorang diri kepada kediaman yang menyediakan bantuan untuk golongan berusia. Kos untuk kediaman sebegitu tidak murah. Anda juga mungkin mengalami kesukaran untuk mencari kediaman yang menepati situasi anda seperti lokasi yang sesuai atau perlu menunggu giliran untuk ditempatkan di situ.
Apabila anda semakin berusia, anda akan lebih memerlukan pertolongan individu lain untuk menjalani kehidupan harian. Bila anda memerlukannya? Ia bergantung kepada kesihatan mental dan fizikal yang berubah seiring dengan usia.
Perubahan boleh berlaku tanpa dijangka kerana penyakit atau kecederaan, ataupun secara perlahan disebabkan penyakit kronik.
Risiko 11: Tidak mampu untuk tinggal seorang diri
Perubahan yang ditunjukkan oleh pesara mungkin secara tiba-tiba, yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit, ataupun secara perlahan kerana penyakit kronik atau masalah mental.
Apabila kebolehan mental dan fizikal semakin lemah, beberapa masalah akan timbul, dan jika ahli keluarga berada jauh dan tidak dapat dihubungi, mereka memerlukan pertolongan daripada rakan-rakan, jiran atau orang awam.
Kesimpulan
Apabila berdepan dengan perkara yang tidak dijangka, pelan persaraan yang baik boleh terjejas. Namun, usah gusar kerana dengan pengetahuan yang cukup anda mampu melakukannya dengan baik. Gunakan perancangan teliti untuk mengurangkan seberapa banyak risiko. Tahu dan mengambil kira sebarang ancaman yang boleh berlaku selepas bersara untuk memastikan ia dilakukan dengan baik. Bersedia dengan Pelan B atau C untuk setiap risiko yang hadir.
Dapatkan nasihat daripada perancang kewangan berlesen bagi mengetahui sebanyak mungkin risiko dalam perancangan persaraan anda, Perancang kewangan anda mampu memberikan panduan untuk beberapa aspek termasuklah perancangan persaraan, pelaburan semasa bersara dan perancangan pusaka. Usah risau kerana mereka adalah golongan profesional yang mampu membantu anda untuk menjalani persaraan yang lebih baik.
Elakkan menggunakan ketidakpastian sebagai alasan untuk tidak melakukan apa-apa. Risiko nombor 1 adalah ketiadaan sebarang pelan persaraan. Jadi adakah anda sudah memulakan perancangan untuk bersara? Dapatkan nasihat perancang kewangan jika masih tidak pasti.
Leave A Comment