Menjaga mental anda boleh memberikan manfaat kepada kesihatan dan memberikan pandangan yang baru untuk kehidupan. (Original article in English)
Kesihatan mental memberi kesan terhadap bagaimana kita berfikir dan bertindak di dalam hidup. Kita memerlukan kesihatan mental yang baik untuk menghadapi tekanan, cabaran dan pulih daripada cabaran di dalam hidup. Ia juga membolehkan hubungan yang sihat dengan orang lain dapat dibentuk.
Kesihatan mental sering dikaitkan dengan penyakit mental seperti tekanan, kegelisahan melampau dan pelbagai lagi. Walaupun mereka tidak menghadapi penyakit-penyakit tersebut, namun tidak bermakna kesihatan mental mereka berada pada tahap terbaik.
Tidak mustahil juga untuk seseorang mempunyai penyakit mental walaupun kehidupan mereka keiihatan sempurna dan bahagia. Mempunyai kesihatan mental yang baik membolehkan anda berasa sihat dan berpuas hati dengan keadaan semasa. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan mental anda. Membuat perubahan kecil tidak mahal atau mengambil masa yang lama.
Contents
#1. Tapis Perkara yang Dilihat dan Didengari
Teknologi seperti telefon bimbit membolehkan akses terhadap maklumat yang banyak, setiap minit dan setiap hari. Namun begitu, maklumat yang terlalu banyak boleh menjadi satu beban. Kita perlu menapis perkara yang dilihat dan didengari terutamanya di media sosial. Jangan berasa tidak baik untuk tidak mengikuti individua tau laman yang tidak sesuai dan membangkitkan perasaan negatif, samada tekanan yang tidak perlu atau perasaan bercampur.
Setiap individu bertindak terhadap maklumat dengan cara berlainan. Mesej yang memberi motivasi untuk orang lain mungkin tidak untuk anda. Fahami emosi diri dan ketahui cara untuk bertindak terhadap maklumat berbeza-beza.
#2. Kekal Aktif
Senaman mungkin bukan pilihan anda seharian. Namun, senaman yang kerap boleh meningkatkan keyakinan diri dan membantu anda untuk fokus, makan dan tidur. Senaman juga menyihatkan otak anda dan baik untuk kesihatan mental. Tidak bermakna anda perlu pergi ke gim atau bersukan yang berat. Untuk permulaan, anda boleh berjalan di taman, bercucuk-tanam atau bermain dengan anak-anak. Lakukan aktiviti fizikal yang menyeronokkan.
#3. Hentikan Kerja Lebih Masa dan Dapatkan Rehat yang Cukup
Kita semua mempunyai perkara untuk dilakukan, matlamat yang perlu dicapai dan lokasi yang ingin dituju. Tetapi tanpa tidur yang cukup, kesihatan mental akan terjejas dan fokus semakin teruk. Lebih bahaya lagi apabila anda mula berfikiran dan beremosi negatif. Tidur yang baik bukan bermaksud tidur yang terlalu lama, namun tidur itu perlu berkualiti.
Terdapat beberapa perkara yang boleh mempengaruhi kualiti tidur anda. Gajet dan barangan elektronik seperti komputer, telefon bimbit, tablet dan televisyen mengeluarkan ‘blue light’ yang menganggu rembesan hormone melatonin- hormone yang membantu anda untuk tidur. Walaupun jumlah tidur untuk setiap orang berlainan, orang dewasa digalakkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 7 jam untuk tidur.
Rehat yang baik mungkin hanya 5 minit sahaja namun ia mencukupi untuk mengurangkan tekanan sedia ada. Ambil nafas panjang, relaks dan biarkan fikiran anda mengalir dengan tenang.
#4. Diet Sihat dan Kurangkan Gula yang Diproses
Terdapat kaitan yang kuat antara apa yang anda makan dan emosi. Contohnya, kopi dan gula memberikan kesan segera terhadap fokus. Otak kita memerlukan pelbagai nutrient untuk kekal sihat dan berfungsi dengan baik. Diet yang memberikan anda kesihatan fizikal adalah baik untuk otak. Pengambilan gula yang tinggi mampu memberikan perasaan yang aktif namun jika ia menurun, perasaan anda juga terjejas. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi. Minum air yang cukup mengelakkan otak anda daripada dehidrasi dan membolehkan kita berfikir fengan baik.
#5. Cari Sisi Kreatif Anda
Setiap orang mempunyai sisi kreatif mereka. Apakah yang anda suka lakukan? Apa aktiviti yang gemari? Terdapat pelbagai cara kreatif seperti berkebun, menulis, menjahit, menari, menyanyi, menulis lirik dan bermain alat muzik.
Melakukan aktiviti kreatif boleh membantu minda dan merembeskan hormone dopamine, hormone anti tekanan semulajadi. Lebih penting lagi, ia membantu anda mengurangkan tekanan, melupakan masalah untuk seketika dan mengubah perasaan . Selain itu, melakukan aktiviti yang anda sukai bermaksud anda mahir dan ia boleh meningkatkan keyakinan diri.
#6. Berhubung dengan Insan Tersayang
Mempunyai hubungan keluarga yang rapat dan rakan yang baik boleh membantu anda untuk menghadapi tekanan hidup. Berbicara dengan orang lain boleh memberikan pandangan baru terhadap perkara yang bermain di minda. Tumpukan kepada hubungan yang membuatkan anda merasa dihargai. Kualiti hubungan adalah lebih penting berbanding jumlah rakan yang anda ada. Dan ia memerlukan komunikasi terbuka, baik dan kerap.
Namun, jika berhubung dengan seseorang adalah tidak baik untuk kesihatan mental anda, adalah lebih baik untuk menjauhkan diri darinya. Penting juga bersosial dan mengurangkan masa di depan komputer atau gajet. Mulakan dengan senyuman dan menegur mereka di sekeliling.
#7. Jaga Kewangan Peribadi Anda
Terdapat hubungan yang rapat antara kewangan peribadi dan kesihatan mental. Senario ini dikenali sebagai “ayam dan telur”. Jika anda sentiasa risau tentang bagaimana untuk bertahan, menyelesaikan hutang kad kredit, atau bagaimana mahu menyara keluarga, ia boleh mendatangkan pemikiran yang negatif. Apabila anda merasakan seperti sudah tidak mampu mengawal kewangan, emosi dan perasaan anda juga akan terganggu.
Kita sering mendengar “ wang tidak boleh membeli kebahagiaan”. Ada kebenaran disebaliknya. Tetapi, jika anda perlu memikirkan masalah kewangan, beban tersebut tidak dirasakan.
Hadapi masalah kewangan dengan cara yang matang dan baik, anda akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk mencapai kebahagiaan dan keselamatan yang baik untuk mental anda. Dengan kebanyakkan perkara di dalam hidup, pendekatan yang baik adalah menguruskan wang secara seimbang dan bijak.
Dapatkan nasihat perancang kewangan berlesen untuk mendapatkan pandangan holistik tentang situasi kewangan anda dan bagaimana untuk capai matlamat hidup. Pengurusan kewangan peribadi lebih mudah dan tidak tertekan jika ada pelan yang berstruktur.
Kesimpulan
Mengekalkan kesihatan mental yang baik memberikan anda ketahanan untuk menguruskan tekanan. Anda akan mempunyai kekuatan untuk menghadapi segala perubahan dan cabaran yang tidak dijangka. Ia juga bermaksud peluang anda untuk berdepan dengan kemurungan atau penyakit mental lain adalah rendah. Tidak banyak yang diperlukan untuk hidup yang lebih gembira. Bersemangat untuk perkara yang anda mahukan dan berpuas hati dengan apa yang anda ada!
Apa yang anda lakukan untuk mental yang baik, terutamanya dalam situasi semasa? Kongsi dengan kami dalam ruangan komen di bawah.
Leave A Comment