Kita semua tidak terlepas daripada membuat kesalahan. Apa yang penting adalah bagaimana kita belajar daripadanya. Untuk lebih hebat lagi, perbaiki diri daripada kesalahan yang anda lihat daripada orang lain untuk mengelakkan daripada terjerumus dalam perangkap yang sama. (Original article in English)

Golongan milenial (Pew Research mengklasifikasikan mereka sebagai lahir antara 1981 hingga 1996) dan sering dikritik kerana dikatakan kekurangan personality dir, dipuji kerana kerajinan dan keazaman, dan sering dibandingkan dengan kumpulan umur yang lain. Tetapi, walaupun dengan streotaip tersebut, milenial adalah individu seperti anda – yang terdiri daripada golongan muda di seluruh dunia.

Golongan muda pada usia ini lebih terdorong untuk bertukar pekerjaan, dengan kesetiaan kepada syarikat semakin menurun dan ekonomi gig menjadi pilihan mereka. Ada antaranya yang lebih fokus untuk membina kerjaya yang lebih menarik dengan menubuhkan syarikat dan perniagaan yang lebih berisiko tinggi.

Dengan peningkatan kos sara hidup, golongan muda kini mempunyai sebab yang lebih kukuh untuk mengelakkan kesilapan kewangan. Baca untuk tahu lebih lanjut tentang kesalahan yang boleh dielakkan.

#1. Melengahkan untuk Menyimpan

Individu yang mempunyai baki wang sedikit selepas selesai membayar komitmen dan bil akan terdorong untuk melengahkan untuk mula menyimpan. Pemikiran sebegini adalah bahaya kerana hidup kita menjadi semakin mahal apabila semakin meningkat usia.

Anda tidak perlu merendahkan gaya hidup hanya untuk bertahan daripada segi kewangan. Ambil kira sebarang wang lebihan yang diperoleh dalam bentuk bonus, kenaikan gaji atau pangkat dengan meningkatkan simpanan, dan bukan sekadar gaya hidup. Mencari inspirasi untuk menyimpan setiap bulan boleh mendekatkan anda dengan sasaran kewangan yang diingini.

#2. Mengabaikan Kesan Kewangan daripada Majlis Perkahwinan yang Mahal

Ya, ia adalah hari yang paling bermakna dalam hidup anda, tetapi penting juga untuk memastikan anda tidak terjerumus dalam  masalah kewangan yang tidak dijangka.

Kek, bunga, jurugambar, perancang majlis dan lokasi adalah mahal apabila melibatkan majlis perkahwinan. Ramai golongan milenial yang merasakan terbeban kerana merasakan perlu mempunyai majlis besar-besaran namun ramai yang tidak menyedari bahawa perkahwinan adalah pelaburan sepanjang hidup dan bukan sekadar perbelanjaan besar dalam sehari.

#3. Mempunyai Terlalu Banyak Kad Kredit

Bayangkan situasi ini: Anda sedang membeli-belah di pasaraya dan anda boleh menjimatkan sebanyak RM25 atau 10% daripada belanja anda dengan hanya menggunakan kad kredit. Adakah ini sering didengari oleh anda? Perkara sebegini selalu berlaku dengan tawaran penjimatan yang diperoleh dengan berbelanja menggunakan kad kredit, tetapi anda perlu belajar untuk selalu mengatakan tidak!

Membeli menggunakan kredit adalah kaedah yang baik untuk mendapatkan ganjaran dan hadiah dan mempunyai lebih banyak perlindungan daripada disalahgunakan berbanding kad debit. Namun, kad kredit memerlukan displin yang tinggi dan pembayaran bulanan yang berterusan bagi memastikan ia digunakan dengan baik.

Cari beberapa kad kredit yang bagus dan gunakan mereka dengan sebaiknya untuk mendapatkan manfaat yang diperlukan bagi menambah baik skor kredit anda tetapi elakkan godaan untuk menggunakannya setiap kali berbelanja.

#4. Membeli Kereta Idaman di Luar Kemampuan

Walaupun anda sudah membuat kajian dan tahu berapa banyak yang boleh anda belanjakan untuk kereta, adalah sangat mudah untuk jatuh cinta dengan model terbaru yang mempunyai enjin yang bagus serta sistem pembesar suara yang menarik setelah membawanya untuk pandu laju.

Namun, sebesar mana godaan tersebut, jangan mengikut nafsu dan hanya beli yang anda mampu!

Tidak dinafikan bahawa ia kelihatan mewah dan menarik, namun anda boleh menjimatkan lebih banyak wang jika membeli kereta dengan harga yang lebih berpatutan (dengan fungsi yang hampir sama) dan wang tersebut dapat disimpan untuk waktu kecemasan atau meningkatkan simpanan persaraan anda.

Selain itu, kenderaan adalah aset yang berkurang nilainya bermula dari masa ia keluar daripada ruang pameran kereta.

#5. Membeli Rumah

Membeli rumah sebelum anda bersedia untuknya boleh membebankan kewangan sendiri. Bagi golongan milenial, pembelian rumah seharusnya memenuhi keperluan tempat berteduh selain membantu pengumpulan aset, daripada sekadar mempunyai rumah idaman semata-mata.

Pembayaran bulanan, kos penyelenggaraan, utility dan cukai hartanah, ia boleh menambahkan beban kepada pemilik rumah kali pertama.

Semasa menghias rumah, adalah penting untuk menyedari bajet dan kemampuan diri. Membeli perabot dan hiasan yang mewah boleh mengurangkan simpanan sedia ada atau menambahkan hutang kad kredit. Rumah baru tidak bermaksud perlu sempurna dalam sehari, namun mempunyai keperluan yang penting untuk berteduh.

#6. Sukar untuk Mengatakan Tidak

Mungkin rakan-rakan anda menyatakan anda terlalu berjimat. Mungkin anda merasakan ‘ saya layak’ tanpa menyedari pilihan lain yang lebih baik.

Walau apapun, adalah amat penting untuk anda melihat semula kesan daripada tindakan anda. Berikut merupakan beberapa artikel yang boleh menjadi panduan untuk anda:

#7. Mengabaikan Nombor Anda

Amat penting untuk mengetahui nombor anda. Ramai golongan muda yang merasakan perkara ini memenatkan dan menjengkelkan. Namun, inilah hakikat sebagai orang dewasa!

And mungkin merasakan ‘Hey, saya masih boleh bertahan; kenapa perlu risau?” . Namun, anda tidak menyedari kuasa faedah terkumpul (compounding interest). Dalam masa yang sama, anda lebih terdedah dengan risiko masalah kewangan pada masa depan.

Antara perkara yang perlu diambil kira untuk memastikan masa depan kewangan yang lebih cerah:

Kesimpulan

Menjadi golongan dewasa bukan mudah namun bukan bermakna anda tidak boleh menyenangkan proses tersebut! Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga untuk memahami dengan lebih lanjut tentang perkara yang penting dalam hidup supaya anda boleh membuat keputusan kewangan yang bijak.

Apakah antara kesalahan kewangan lain yang sering dilakukan oleh golongan muda?

You May Also Like