Tidak sabar untuk menghabiskan percutian bersama keluarga dan rakan-rakan? Pastikan kewangan anda bersedia untuknya! (Original article in English)

Musim bercuti semakin hampir dengan cuti sekolah, Krismas dan Tahun Baru. Perancangan perlu dibuat untuk untuk memastikan anda boleh bercuti dengan selesa namun anda masih menghadapi kesukaran untuk mengusukan kewangan anda untuknya.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu anda untuk merancang kewangan bagi bercuti. Duduk, relaks dan ketahui apa yang anda boleh lakukan untuk merancang kewangan dengan lebih baik.

Langkah #1: Fahami Simpanan dan Pelaburan Sedia Ada Anda

Langkah pertama bersedia untuk bercuti adalah memahami kedudukan kewangan anda. Ini bermaksud anda perlu mengetahui berapa banyak tunai dan simpanan yang anda ada kini, dan beberapa portfolio pelaburan yang masih tersimpan rapi. Anda akan terkejut melihat berapa jumlah yang anda ada jika anda duduk dan melihat dengan lebih teliti.

Kumpulkan kesemua akaun bank termasuk yang dibuat semasa anda masih muda. Untuk pelaburan, hubungi pegawai khidmat pelanggan untuk bank terlibat untuk mengetahui berapa banyak pelaburan yang ada dengan mereka. Apabila semua maklumat sudah dikumpulkan, letakkan dalam senarai dan simpan salinan penyata pelaburan di dalam senarai yang sama.

Seperti kata-kata oleh Sun Tzu, ketahui diri anda dan musuh anda, dan anda tidak perlu takut untuk menghadapi walau seratus pertempuran. Ketahui berapa banyak yang anda ada jadi anda boleh merancang dengan lebih awal untuk bercuti.

Langkah #2: Bayar Hutang dan Pinjaman Anda

Setelah mengenal pasti simpanan dan pelaburan anda, fokus kepada untuk membayar hutang. Hidup secara bebas hutang bukan mudah tetapi hidup dengan mengetahui bahawa anda tidak mempunyai sebarang hutang untuk dibayar adalah perkara yang paling bahagia. Anda juga tidak mahu mendapat panggilan daripada bank tentang bayaran tertunggak semasa bercuti.

Jika boleh, cuba untuk menetapkan tetapan pembayaran automatik untuk hutang dan pinjaman. Ia membolehkan anda sentiasa menepati masa untuk membayar hutang tertunggak. Langkah ini adalah penting untuk membantu anda mengenal pasti berapa banyak yang berbaki selepas membayar hutang, dan membolehkan anda tahu berapa banyak yang boleh dibelanjakan semasa bercuti.

Jika anda mempunyai masalah aliran tunai dan tidak mempunyai wang sekarang, anda boleh bergantung kepada kad kredit untuk bayaran semasa bercuti terlebih dahulu. Tetapi, anda tidak boleh bergantung sepenuhnya kerana anda mungkin akan kurang berdisiplin untuk berbelanja semasa bercuti.

Langkah #3:  Sediakan Senarai Membeli-Belah

Membeli-belah sering menjadi keutamaan sesiapa sahaja semasa musim percutian. Di dalam budaya tertentu, setiap perayaan disambut dengan penuh tradisi dan warna, terutamanya daripada segi pakaian baharu dan cantik.

Perkara lain dalam senarai beli-belah anda adalah hiasan rumah. Ini adalah masanya untuk menghias rumah anda dengan perhiasan yang menarik dan perabot yang baharu untuk merasai semangat perayaan itu.

Akhir sekali, jangan mengabaikan tradisi membelikan hadiah. Tidak kira perayaan apapun, semangat untuk memberi hadiah sentiasa ada antara keluarga dan sahabat. Anda tidak perlu membeli barangan yang maha, tetapi ia menambahkan jumlah belanja anda. Fikirkan apa yang boleh dimasukkan dalam senarai membeli-belah dan cari dalam bentuk borong untuk mendapatkan nilai yang lebih jimat.

Langkah #4: Bersedia untuk Sebarang Belanja Tambahan Jika Makan di Luar

Hal ini perlu dibincangkan kerana makan di luar sudah menjadi kebiasaan semasa musim perayaan. Walaupun anda masih memasak di rumah bagi hari pertama perayaan, tetapi sudah menjadi normal untuk mereka yang terutamanya berada di kawasan bandar untuk makan di luar. Memasak di rumah juga memerlukan tenaga dan masa yang banyak, dan bukan selesai dalam masa sehari sahaja.

Selepas sesi menjamu selera bersama keluarga, anda mungkin mahu berehat daripada memasak. Oleh sebab itu, ramai yang makan di luar untuk menjimatkan tenaga dan masa. Makanan juga tidak semestinya murah, dan anda perlu berbelanja untuk petrol dan kawasan letak kereta. Apabila ia dilakukan dengan kerap sepanjang musim perayaan, kesemua perbelanjaan ini akan meningkat.

Jika anda tidak berhati-hati, anda mungkin menghadapi masalah belanja terlebih dan aliran tunai negatif. Rancang tempat yang ingin dikunjungi terlebih dahulu. Ketahui harga di restoran tersebut dan yang lebih penting, makan dengan bersederhana. Elakkan berbelanja terlalu tinggi.

Langkah #5: Bersedia untuk Perbelanjaan Melancong

Walaupun pandemik masih ada, banyak lokasi di dalam dan luar negara sudah dibuka untuk pelancong. Laluan penerbangan juga sudah dibuka dan sekatan perjalanan dilonggarkan, membolehkan anda untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan bagi mencipta kenangan baharu.

Anda perlu menyediakan perbelanjaan untukmelancong seperti beg pakaian, tiket kapal terbang dan penginapan. Ambil kira juga tiket penerbangan kerana kekerapan penerbangan yang masih kurang, dan anda mungkin perlu membayar lebih. Anda masih boleh menggunakan semula beg pakaian sedia ada dan tempat penginapan juga banyak menawarkan harga istimewa bagi menarik pelancong.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara tambahan yang anda perlu keluarkan dan tidak termasuk dengan belanja biasa. Anda perlu membeli kit ujian Covid-19 yang mahal memandangkan perlu membuat ujian dengan kerap semasa bercuti. Pelitup muka, sarung tangan dan perisai yang boleh memakan kos yang tinggi. Ia adalah norma baharu yang perlu dihadapi semasa bercuti.

Langkah #6: Mula Merancang Kewangan Selepas Cuti Perayaan

Kenal pasti keseluruhan kewangan anda. Kebanyakkan masa, anda akan mula risau samada cukup atau tidak berbelanja untuk bercuti tetapi soalan yang lebih utama adalah adakah anda mempunyai wang yang cukup selepas bercuti. Ia akan memberikan perspektif yang lebih besar dan panjang semasa merancang kewangan bagi bercuti.

Ketahui apakah perbelanjaan yang diperlukan seperti makanan dan sewa rumah selepas bercuti kerana anda perlu membayarnya sebelum gaji bulanan seterusnya. Faedah pinjaman untuk kereta dan rumah juga perlu dibayar dengan penuh.

Mula awal dan rancang dengan baik. Dapatkan khidmat perancang kewangan berlesen untuk melihat apakah perbelanjaan yang diperlukan semasa dan selepas musim perayaan untuk memastikan anda masih kekal dalam rancangan kewangan sedia ada.

Kesimpulan

Rancang kewangan anda sebelum bercuti supaya anda boleh menikmatinya tanpa risau dan tertekan. Ambil langkah-langkah tersebut untuk memastikan perjalanan kewangan anda masih kekal stabil.

Apa rancangan anda untuk menyambut cuti musim perayaan? Kongsi dengan kami dalam ruang komen di bawah!

You May Also Like