Adakah anda mahu menderma semula kepada komuniti anda semasa musim perayaan ini? Sukar untuk memilih tabung kebajikan yang sesuai? (Original article in English 

Musim perayaan dan berbakti kepada masyarakat semakin berakhir. Setelah menyediakan kewangan anda untuk musim perayaan, anda mungkin mahu berbakti semula kepada komuniti. Tidak semestinya semasa Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas atau Gawai, memberi semula adalah kewajipan untuk mereka yang mampu.

Namun, ia mungkin sukar jika anda tidak tahu di mana anda boleh mula menderma dan samada ia akan sampai ke pihak yang memerlukan atau digunakan dengan sebaiknya. Usah risau kerana kami menyediakan enam cara untuk mula menderma pada musim perayaan ini.

Cara 1: Kenal Pasti Jumlah Wang yang Mahu Didermakan

Pertama sekali, perkara yang penting semasa mahu menderma adalah berapa jumlah yang anda boleh berikan. Beri yang anda mampu, dan tidak melebihi kemampuan diri – mantra yang sama digunakan semasa berbelanja untuk keperluan diri sendiri.

Anda boleh mulakan dengan mengetahui pendapatan semasa, simpanan dan pelaburan, dan ketepikan berapa banyak yang anda boleh dermakan. Peratusan yang selamat adalah 5% daripada jumlah simpanan atau pendapatan, tetapi jika anda mahu memberi lebih banyak, 10% adalah jumlah yang paling banyak boleh anda keluarkan.

Jika lebih daripada 10%, ia mungkin membebankan kewangan diri. Anda juga perlu berbelanja untuk keperluan lain seperti rumah, kereta, makanan dan barangan keperluan harian. Menderma dan berbakti adalah penting tetapi lebih utama adalah menjaga diri anda terlebih dahulu.

Cara 2: Ketahui Badan Kebajikan yang Ingin Dibantu

Pergi ke mana hati anda mahu. Dalam hal ini, kenal pasti dan sokong badan kebajikan yang paling dekat dengan diri anda. Pengalaman hidup semestinya membentuk minat anda. Biar ia menjadi panduan dalam perjalanan diri untuk mengenali badan kebajikan yang mahu anda bantu.

Mulakan dengan berfikir tentang perkara yang penting dalam hidup anda. Mungkin ia adalah lawatan ke muzium, mendaki gunung atau kerja kesukarelawan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. Apakah pengalaman yang memberi impak kepada anda? Apakah jenis perasaan yang anda peroleh daripadanya?

Perasaan yang anda mahukan adalah bersyukur dan merasakan ia memenuhi jiwa anda. Selain itu, jika anda mahu bangun dari tidur dan menyertai kerja sukarelawan atau menyumbang wang kepadanya, ia adalah badan kebajikan yang terbaik untuk anda.

Cara 3: Cari dan Fahami Badan dan Organisasi Kebajikan yang Terlibat

Setelah anda sudah mengenal pasti badan kebajikan yang terbaik, mulakan dengan mengkaji pelbagai badan dan organisasi kebajikan. Dalam dunia hari ini, terdapat banyak pilihan badan kebajikan dan anda mungkin menghadapi kesukaran untuk memilih yang terbaik untuk anda.

Terdapat beberapa faktor penting semasa mencari badan kebajikan yang sesuai antaranya keberkesanan program mereka, penggunaan wang yang didermakan secara efisien dan mengenal pasti ke mana wang disalurkan. Ambil sedikit masa untuk membaca laporan dan mencari data berkaitan jumlah individu yang telah mendapat manfaat daripada wang yang didermakan serta perkembangan program mereka.

Ketahui juga samada wang yang didermakan digunakan untuk menjalankan organisasi atau syarikat mereka. Jika ya, ini agak membimbangkan kerana mereka tidak begitu efisien untuk menjalankan program-program dan wang yang diberikan tidak sampai kepada golongan yang sepatutnya. Badan atau organisasi kebajikan yang baik akan telus dalam mempersembahkan perkembangan program mereka dengan tepat.

Cara 4: Hubungi Wakil Badan Kebajikan Berkaitan

Tiada cara yang lebih baik untuk mengetahui tentang sesebuah badan kebajikan daripada menghubungi wakil mereka. Ya, anda boleh mendapatkan maklumat seperti laporan kewangan atau projek yang dijalankan tetapi perkara yang lebih utama adalah berhubung dengan mereka melalui cara yang lebih peribadi bagi mengetahui budaya yang diamalkan dalam organisasi tersebut.

Cara ini lebih kurang sama dengan kaedah anda mengkaji syarikat yang anda ingin masuk bekerja atau mahu melabur. Anda tahu individu di sebaliknya, apakah minat dan perkara yang mendorong aktiviti mereka, layanan terhadap individu lain dan samada nilai mereka selari dengan anda.

Hadiri program yang dianjurkan mereka untuk mengetahui individu di sebalik badan atau organisasi tersebut. Jika boleh, berbual dengan pengasas atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Perkara yang terbaik adalah menghubungi organisasi untuk bercakap dengan wakil mereka atau menghantar emel jika perlu.

Cara 5: Jadi sukarelawan untuk Membantu

Ambil peluang ini untuk menjadi sukarelawan dalam program yang dianjurkan mereka. Anda mahu melihat sendiri bagaimana wang yang didermakan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Selain mengenali individu dalam organisasi , anda dapat merasai sendiri perkara yang merka lakukan dan apa yang anda mampu sumbangkan. Lebih penting lagi, anda juga boleh memahami kesukaran yang perlu dihadapi mereka dan bukan sekadar mahu tahu bagaimana mereka membelanjakan wang yang disumbangkan tanpa membuat perkara lain.

Anda mungkin hanya boleh menyertai sukarelawan di dalam negara sahaja kerana untuk di luar negara, ia menelan belanja yang lebih besar. Anda perlu praktikal dan mempraktikan aktiviti kesukarelawan mengikut kemampuan diri.

Cara 6: Bina Sistem Penjejak yang Ringkas

Setelah mengetahui badan kebajikan yang sesuai, ambil sedikit masa untuk membina sistem penjejak bagi menjejak perkembangan aktiviti mereka. Ia tidak perlu terlalu sukar dan memakan masa yang lama untuk dikemas kini.

Perkara yang paling efektif adalah membuat fail excel yang mempunyai masa, program dan metrik mudah untuk menjejak berapa ramai yang mendapat manfaat daripada aktiviti yang dijalankan. Setiap badan kebajikan mempunyai metrik berbeza. Baca berita atau emel yang dihantar oleh badan kebajikan setiap 6 bulan dan gunakannya untuk mengemas kini fail tersebut. Jika ia mengambil lebih 3 jam, hanya fokus kepada program utama yang dijalankan. Jika anda mempunyai masa lebih, baca laporan tahunan yang dibuat untuk mendapatkan maklumat penting.

Kesimpulan

Amat penting untuk memilih badan dan organisasi kebajikan yang membolehkan anda memberi semula kepada masyarakat dan memberikan hidup yang lebih baik untuk mereka. Ambil masa anda untuk menentukan samada ia adalah organisasi yang baik untuk didermakan. Memberi bukan sekadar niat semata-mata, tetapi bagaimana anda boleh membuat perubahan untuk perkara yang penting bagi anda.

You May Also Like