Jangan biarkan 6 salah faham atau mitos tentang kewangan diri menghalang anda untuk mencapai kebebasan kewangan. (Original article in English)

Istilah “kewangan diri” merujuk kepada setiap sudut pengurusan wang peribadi, dengan fokus terhadap simpanan dan pelaburan. Membuat bajet, pembiayaan, insuran, pinjaman, pelaburan, pengurusan persaraan dan juga cukai serta pengurusan harta pusaka termasuk dalam bidang yang sama. Konsep tersebut selalu digunakan untuk menerangkan tentang industri yang menawarkan khidmat kewangan untuk individu dan keluarga, selain memberikan khidmat nasihat kewangan dan pelaburan.

Kepentingan pengurusan wang peribadi dan keluarga sentiasa ditekankan. Ia sudah diwar-warkan bertahun-tahun pihak berkaitan untuk memberi maklumat yang betul kepada orang awam. Namun, kebiasaannya, ia tidak mudah kerana terdapat banyak salah faham tentang kewangan peribadi yang sering dipaparkan di media sosial dan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan alasan mahu menolong orang lain mencapai kebebesan kewangan.

Kewangan peribadi melibatkan proses mencapai objektif kewangan menerusi pengurusan kewangan, misalnya mempunyai yang mencukupi untuk memenuhi komitmen kewangan, merancang untuk bersara atau melabur untuk pendidikan anak-anak. Semuanya bergantung kepada pendapatan, perbelanjaan, keperluan hidup dan objektif peribadi – serta strategi untuk mencapai keperluan tersebut di dalam kemampuan kewangan anda. Penting untuk celik kewangan dan mampu membezakan antara nasihat yang baik atau buruk untuk membuat keputusan yang bijak bagi wang dan simpanan anda.

Berikut adalah 6 contoh popular melibatkan salah faham dalam bidang kewangan peribadi.

Mitos#1. Pendapatan Anda Mempengaruhi Skor Kredit Anda

Skor kredit adalah penunjuk kemampuan pembayaran anda. Sebelum membuat sebarang pinjaman atau kreedit, peminjam mahu memastikan anda mempunyai aliran wang yang baik, dan oleh sebab itu, slip pendapatan akan disemak selain skor kredit anda.

Jumlah yang dipinjam, sejarah pembayaran, jenis akaun dan semua aktiviti kewangan memainkan peranan dalam skor kredit anda.

Mitos #2. Hanya Sekali Sahaja Seumur Hidup

Ramai yang merasakan bahawa jika mereka menghadiri sesi perancangan kewangan atau membaca buku berkaitannya, mereka sudah menamatkan sesi perancangan kewangan.

Tetapi, perancangan kewangan adalah sesuatu yang dilakukan sepanjang hayat. Ia perlu dibuats ecara sistematik dalam jangka masa yang panjang.

Sasaran kewangan peribadi perlu ditetapkan selalu. Objektif ini perly ditukar berkala apabila terdapat maklumat baru tentang pendapatan atau perbelanjaan yang bertambah. Sepanjang perjalanan tersebut, sasaran dan pendekatan yang digunakan untuk mencapainya.

Hasilnya, membaca buku atau menghadiri seminar hanyalah langkah pertama; dan hanya menjadi jelas setelah beberapa tindakan telah diambil.

Mitos #3. Saya boleh Mula Menyimpan Untuk Bersara Kemudian

Semasa usia anda 20 tahun dan mula bekerja secara sepenuh masa, mentyimpan untuk bersara mungkin ialah perkara terakhir dalam fikiran. Tetapi, ia tidak perlu begitu.

Faedah berganda bermaksud lebih banyak wang yang disimpan semasa berumur 20an, lebih kurang wang yang perlu disimpan nanti.

Walaupun anda merasakan masa masih panjang dan peluang untuk mendapat gaji yang tinggi lebih cerah, perlu diingat bahawa dengan pendapatan yang meningkat, perbelanjaan juga akan meningkat. Dan, anda mungkin tidak mempunyai wang yang cukup untuk masa depan. Anda boleh mempertimbang untuk menyimpan dalam akaun lain selain akaun persaraan, terutamanya jika anda mahu bersara awal atau mempunyai objektif lain. Anda juga perlu menjadikan simpanan bersara sebagai keutamaan dan kurangkan alasan untuk mengelakkan membuat perancangan itu.

Mitos #4. Melabur itu Berisiko

Idea yang menyatakan bahawa melabur itu bahaya tidak semestinya sepenuhnya benar. Ya, sesetengah pelaburan boleh menyebabkan anda kehilangan lebih banyak berbanding apa yang dilaburkan, tetapi tidak semestinya ia mempunyai sistem tersebut sepanjang masa.

Deposit tetap adalah satu bentuk pelaburan berisiko rendah yang membolehkan anda memperoleh hingga 4% faedah jika memilih sistem yang tepat. Ramai yang memilih untuk melabur dalam unit amanah dan membeli hartanah untuk mendapatkan faedah sewa atau jualan semula, tetapi adalah idea yang baik untuk menjalankan kajian sebelum membuat sebarang bentuk pelaburan.

Jika anda berminat untuk belajar dengan lebih lanjut tentang melabur, internet boleh menjadi tempat yang baik untuk bermula (tetapi berhati-hati apabila membuat sebarang keputusan kewangan yang besar berdasarkan sumber dalam talian).

Mendapatkan khidmat penasihat kewangan jika mampu adalah satu pilihan pelaburan yang bijak untuk memastikan anda tahu tentang risiko yang perlu diambil apabila melabur. Kebiasaannya, penasihat kewangan akan mengambil kira personality pelaburan dan membuat cadangan produk untuk anda.

Disebabkan kuasa membeli semakin berkurang kerana inflasi, melabur adalah antara cara untuk mengelakkan anda kehilangan wang dengan mendadak dan banyak.

Mitos #5. Kad Kredit adalah Bahaya dan Menyebabkan Hutang

Kad kredit boleh memudaratkan, tetapi ia juga boleh memberi manfaat. Ia bergantung sepenuhnya kepada cara penggunaan anda.

Jika anda berhati-hati dan membayar mengikut tarikh akhir, anda boleh memperoleh mata atau pulangan wang untuk membantu anda menjimatkan wang dengan mengelakkan caj bayaran lambat.

Jika anda mempunyai pembayaran yang besar dan tidak dijangka, kad kredit adalah satu cara pengurusan kewangan. Punya bil hospital untuk dibayar? Gunakan kad anda, dan kemudian pilihan bayaran secara ansuran selama 6 bulan. Bukan sahaja anda tidak perlu membayar faedah – berguna jika wang anda tidak banyak di dalam akaun – tetapi anda juga tidak perlu membayar sebarang caj tambahan.

Ia juga berguna jika anda mahu menggunakan wang sedia ada untuk sebarang bayaran kecemasan yang tidak dapat dijangka.

Mitos #6. Tiada Hutang Bermakna Hutang Baik

Walaupun terdapat sesetengah individu yang tidak mahu terlibat dengan hutang, amat penting untuk tahu bahawa jika anda menggunakan sistem kewangan, anda perlu menjadi sebahagian daripadanya. Ia tidak bermakna anda perlu berhutang dengan banyak, tetapi anda perlu membuktikan bahawa anda boleh mengawal diri untuk mempunyai skor kredit yang baik dan mengakses sistem kewangan yang berguna.

Kesimpulan

Buang segala salah faham yang anda ada tentang kewangan peribadi.

Lebih baik lagi, dapatkan nasihat kewangan peribadi daripada sumber yang sah, seperti penasihat kewangan berlesen. Pada mulanya mungkin agak sukar, tetapi jika anda sudah mendapat rentak menjadikan kewangan peribadi sebagai sasaran utama, ia akan menjadi lebih mudah untuk berdisiplin dalam kewangan diri.

Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada artikel ini? Komen di dalam ruangan di bawah.

You May Also Like