Pengurusan portfolio boleh menjadi satu perkara yang melecehkan tetapi dengan ilmu dan fikiran yang tepat, anda boleh membuat tindakan yang betul setiap masa. (Original article in English)

Terdapat pepatah yang berkata “perubahan adalah sama dalam hidup” dan ia tidak dapat dinafikan pada era pandemik ini. Kita perlu menukar sasaran pengurusan kewangan untuk melindungi kewangan diri daripada sebarang pergolakan atau faktor inflasi pada masa depan, seperti bagaimana kita melaraskan tabiat diri untuk mencegah penularan virus Covid-19.

Faedah yang paling cepat anda peroleh apabila merancang kewangan adalah ketenangan fikiran, tetapi faedah lain akan muncul apabila anda perlu menyelesaikan krisis kewangan – tanpa perlu meminjam dengan faedah tinggi atau menjual pelaburan jika rugi.

Walaupun proses menguruskan potfolio ini terasa menyusahkan, tetapi ada beberapa peraturan yang boleh digunakan. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk menguruskan portfolio pelaburan dan mengubah situasi kewangan diri.

Membentuk rutin yang berkesan adalah penting untuk membina portfolio yang teguh apabila melabur untuk masa depan kewangan anda. Tidak dinafikan, pengurusan wang adalah sukar dalam pelaburan.

Oleh sebab itu, mempunyai tabiat pelaburan yang baik boleh membantu anda untuk membuat keputusan dan lebih yakin untuk menguruskan portfolio itu. Berikut adalah 7 tabiat semasa membuat keputusan untuk melabur dalam situasi pasaran yang sentiasa berubah.

#1. Semak Pelan Pelaburan Anda Secara Berkala

Bangunkan penyata polisi pelaburan berdasarkan sasaran kewangan anda. Pelan pelaburan ini dibentuk oleh pengurus portfolio dan klien mereka yang mengandungi objektif pelaburan dan sasaran untuk pelabur tertentu. Ia boleh menjadi alat yang berguna untuk pengurus portfolio yang cuba mengenal pasti bagaimana membentuk dan dan mengekalkan modal klien.

Pakar menggalakkan klien untuk mengekalkan pela nasal mereka walaupun keadaan pasaran yang berubah secara mendadak; walau bagaimanpun, beberapa penanda arasa perlu dipantau dengan kerap. Setiap 6 bulan, semak toleransi risiko dan pelan pelaburan anda untuk memastikan berada dalam landasan yang tepat sekiranya berlaku sebarang malapetaka kewangan.

Perubahan perlu dilakukan dengan mengikut pelan yang difikirkan dengan teliti sebelum langkah pertama diambil.

#2. Berbelanja Kurang Daripada yang Anda Peroleh

Memandangkan terdapat kemungkinan pulangan pasaran saham masa depan mampu menjadi kurang memberansangkan, adalah penting untuk mengesan kos untuk akaun-akaun dan aset anda.

Banyak produk kewangan yang murah bercambah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya untuk dana indeks dan dana dagangan pertukaran, tetapi satu bidang yang mungkin pelabur terlepas pandang adalah pelan simpanan persaraan mereka.

Nisbah kos untuk dana indeks pasif lazimnnya jauh lebih rendah berbanding portfolio yang diuruskan secara aktif dengan jenis pelaburan yang sama, dan kebanyakkan pelan adalah sesuai untuk dana aktif dan pasif.

Cara yang paling kos-efektif adalah dengan memilih pelaburan yang ringkas dan melabur dalam dana indeks kos rendah.

#3. Melabur Hanya dalam Instrumen yang Anda Tahu Sahaja

Walaupun pelabur berpengalaman mampu meneliti kualiti sesebuah syarikat, mentakrifkan keseluruhan nilai dan aliran adalah sukar. Jangan mempertaruh wang anda dalam sesuatu yang tidak pernah didengari hanya kerana terdapat jaminan anda boleh menjadi jutawan dalam talian.

Anda digalakkan untuk menumpukan perhatian kepada firma yang mempunyai produk yang dikenali ramai, kerana ini menjadikan proses untuk memahami pasang surut syarikat itu lebih mudah, dan yang paling penting, mampu membantu anda dalam menguruskan portfolio pelaburan.

Jika ada sebarang jenama yang anda minati dan percayai, anda boleh melabur di dalamnya. Setiap kali anda membeli barangan mereka, ia seperti anda melabur untuk diri sendiri.
#4. Jauhkan Diri Daripada Trend Terbaru

Dalam persekitaran kadar faedah renda, pelabur yang mahukan pulangan perlu mengelakkan trend. Fenomena jangka pendek ini adalah perkara lazim semasa tempoh pasaran yang kurang baik dan boleh menjadi lebih bahaya. Apabila pelabur mula bertaruh terhadap aliran baharu (seperti syarikat teknologi, NFT) dan mendapat ganjarannya, adalah sukar untuk kekal yakin dengan baik.

Daripada anda mempertaruhkan wang untuk mengejar trend, terdapat strategi lain untuk mempelbagaikan pelaburan. Untuk berjaya, seseorang tidak perlu mengikut trend terkini. Sebaliknya, mengejar trend pelaburan boleh merisikokan wang anda.

#5. Jujur dengan Toleransi Risiko Anda

Penting untuk tahu samada anda pelabur konservatif atau agresif dalam karier pelaburan anda. Menentukan toleransi risiko anda adalah tabiat yang seiring dengan objektif kewangan diri. Walau bagaimanapun, menentukan di mana spektrum anda boleh menjadi sukar pada masa tertentu.

Ramai pelabur yang melebihkan toleransi risiko mereka, menyebabkan mereka perlu menjual pada masa yang teruk. Penjualan saham memberi peluang kepada pelabur untuk menganalisa emosi diri apabila nilai saham mereka jatuh.

#6. Sentiasa Mendidik Diri Sendiri

Teruskan mengkaji bagaimana pasaran saham berubah, menurut pakar. Pertimbangkan tabiat dan tingkah laku yang akan mempengaruhi jangka masa pendek, kesan dalam jangka masa panjang dan trend masa depan yang mungkin berubah akibat epidemik. “Apa yang akan kekal dalam kehidupan profesional dan peribadi anda? Adakah anda mahu menjadi individu yang melabur dalam filem Kodak atau kamera digital?

 #7. Menyimpan untuk Persaraan

Dollar-cost averaging membolehkan anda menyimpan untuk masa depan dengan membuat caruman bulanan dalam akaun simpanan persaraan diri. Walaupun beberapa bulan adalah lebih sibuk dari biasa, meletakkan wang gaji secara berdedikasi di dalam simpanan persaraan membolehkan pelabur mencapai sasaran kewangan mereka.

Memantau skor persaraan anda yang merupakan anggaran ‘gaji’ bersara adalah berdasarkan usaha anda yang mula menyimpan sekarang.

Pengiraan ini akan menentukan samada anda berada dalam landasan yang betul atau anda perlu meningkatkan jumlah simpanan. Ia juga membantu anda mengetahui jumlah wang yang diperlukan semasa bersara dan apa perubahan yang perlu dilakukan untuk mencapainya.

Kesimpulan

Ringkasnya, keupayaan untuk menyediakan diri bagi kejayaan portfolio bukanlah rahsia lagi. Dengan menggunakan taktik dan amalan yang berkesan adalah penting untuk keselamatan dan pertumbuhan pelaburan anda, terutamanya semasa krisis.

  • Semak strategi pelaburan anda dengan kerap
  • Letakkan pertaruhan anda dengan apa yang anda tahu
  • Elakkan trend terkini
  • Bersikap terbuka dan jujur dengan diri sendiri tentang toleransi risiko diri
  • Teruskan menambahkan pengetahuan diri
  • Mengetepikan wang untuk persaraan
  • Ketahui bila untuk meminta bantuan

Adakah taktik ini berguna untuk anda? Komen dalam ruangan komen di bawah.

You May Also Like