Adakah anda terkesan dengan kenaikan harga barang? Berapa banyak peningkatan yang telah berlaku? (Original article in English)

Kenaikan harga barang atau inflasi mendominasi tajuk-tajuk berita pada masa ini semasa rakyat sedang bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.

Daripada perbelanjaan makanan dan melancong, berapa banyak barangan menjadi lebih mahal jika dibandingkan dengan dua tahun yang lalu? Berapa banyak kos sara hidup sudah meningkat untuk anda? Kenal pasti beberapa jenis perbelanjaan yang sudah meningkat sejak tahun 1993.

Sumber Data yang Digunakan

Kami akan menggunakan data yang diperoleh daripada Tinjauan Perbelanjaan Isi Rumah yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). DOSM meninjau isi rumah di Malaysia sekali dalam masa 2 hingga 3 tahun dengan tinjauan lalu telah dilakukan pada 2016, 2014, 2010, 2005, 1999 dan 1994.

DOSM menerbitkan pecahan terperinci jumlah yang dibelanjakan oleh isi rumah termasuklah:

  1. Makanan dan minuman
  2. Minuman beralkohol dan tembakau
  3. Pakaian dan kasut
  4. Kediaman, air, elektrik, gas dan bahan api lain
  5. Penjagaan kesihatan
  6. Pengangkutan
  7. Komunikasi
  8. Servis rekreasi dan budaya
  9. Pendidikan
  10. Restoran dan hotel
  11. Barangan dan perkhidmatan lain-lain

Kami akan menumpukan kepada kategori komunikasi, kediaman, restoran dan hotel, penjagaan kesihatan, dan makanan kerana ia dikategorikan sebagai perbelanjaan utama oleh rakyat Malaysia bermula dari tahun 1993 hingga 2019 (menurut data terkini yang tersedia)

#1. Komunikasi (Internet dan Telefon)

Perbelanjaan gaya hidup yang mencatatkan peningkatan paling tinggi untuk rakyat adalah komunikasi, untuk internet dan bil telefon anda. Pada tahun 1993, rakyat Malaysia hanya membelanjakan RM24 sebulan atau 2.1% daripada perbelanjaan untuk bil telefon. Talian internet masih kurang dikenali di negara ini pada dan kebanyakkan daripada mereka masih menggunakan talian tetap.

Kini, pada tahun 2019, kos tersebut sudah meningkat sebanyak 9.5 kali ganda kepada RM229 sebulan, atau 5% daripada jumlah perbelanjaan bulanan kerana perkembangan talian internet dan telefon pintar.

Rakyat Malaysia membelanjakan sekurang-kurangnya RM89 sebulan untuk kelajuan internet serendah 30Mbps dan maksimun RM349 sebulan untuk kelajuan internet rumah sebanyak 800 Mbps. Menurut Numbeo, Malaysia berada pada kedudukan ke-60 untuk capaian internet paling mahal di dunia dari 105 negara yang tersenarai.

Kos penggunaan internet data dan talian tetap juga turut meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk ini, internet data dikategorikan sebagai berpatutan di negara ini, dalam kedudukan ke-46 untuk senarai talian internet paling murah bagi data bersaiz 1GB.

#2. Kediaman, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain

Segmen ini meliputi jumlah yang dibelanjakan orang Malaysia untuk kediaman, air, elektrik dan gas, dan ia tidak termasuk jumlah yang dibelanjakan bagi pengangkutan. Jumlah rakyat Malaysian yang berbelanja untuk perkara di atas telah meningkat sebanyak 4.4 kali ganda dari RM245 sebulan pada 1993 kepada RM1,068 sebulan pada 2019.

Peratusan jumlah perbelanjaan tidak banyak berubah, dengan peningkatan sebanyak 21.1% pada 1993 kepada 23.6% pada 2019.

Dengan peningkatan harga rumah di Malaysia yang agak mendadak pada awal tahun 2010, jumlah sewa yang perlu dibayar turut meningkat. Bekalan elektrik pula bergantung kepada harga gas asli, minyak mentah dan arang batu.

Pada 2019, gas asli adalah sumber tenaga terbesar sebanyak 42.9% daripada jumlah keseluruhan bekalan tenaga, diikuti oleh minyak mentah (29.2%) dan arang batu (24.4%).

#3. Restoran dan Hotel

Makan di luar sudah menjadi rutin normal untuk rakyat Malaysia kini. Melancong juga menjadi pilihan mereka yang mahu lari daripada kesibukan bekerja. Berbelanja untuk makan di luar dan hotel meningkat sebanyak 4.4 kali ganda dari RM145 sebulan pada 1993 kepada RM631 sebulan pada 2019.

Peratusan belanja untuk makan di luar dan hotel meningkat dari 12.5% pada 1993 kepada 13.9% pada 2019. Menurut Oppotus. hampir satu pertiga rakyat Malaysia makan di luar sekurang-kurangnya 2 hari dalam seminggu, dengan purata sebanyak 15 kali sebulan.

Perbelanjaan untuk hotel adalah bergantung kepada berapa banyak rakyat Malaysia yang melancong di dalam dan luar negara. Pada tahun 2019 sebelum pandemik, secara purata mereka melancong sekurang-kurangnya 1.4 kali setahun, dan rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak RM103.2 bilion atau RM3,225 setahun. Dengan pembukaan sempadan antarabangsa pada 2022, anda akan terdorong untuk melancong, samada di dalam atau luar negara.

#4. Kesihatan

Rakyat Malaysia kini bekerja lebih kuat dan lama dan belanja perubatan juga menjadi kebimbangan utama untuk ramai pihak. Malaysia juga antara salah satu negara yang mempunyai peratusan pesakit diabetes yang tinggi di dunia, dengan komplikasi penyakit jantung sebagai pembunuh utama di negara ini. Belanja untuk kesihatan telah meningkat sebanyak 4.4 kali ganda, dari RM21 sebulan pada 1993 kepada RM95 sebulan pada 2019.

Jumlah tersebut kelihatan rendah kerana kos perubatan yang murah di hospital kerajaan untuk rakyat. Namun begitu, banyak majikan yang menyediakan perlindungan insuran di pusat perubatan swasta, walaupun ia mungkin hanya meliputi kos rutin yang berkaitan dengan penyakit umum seperti demam, batuk, dan lain-lain.

#5. Bahan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol

Perkara ini mungkin agak mengejutkan tetapi makanan dan minuman bukan alkohol adalah barangan yang mencatatkan kenaikan paling rendah sejak 1993. Belanja untuk makanan meningkat sebanyak 2.8 kali ganda, dari RM276 sebulan pada 1993 kepada RM783 sebulan pada 2019. Kebanyakkan rakyat Malaysia lebih banyak berbelanja untuk makanan laut sebanyak RM169 sebulan, diikuti oleh daging pada RM109 sebulan dan roti serta bijiran sebanyak RM108 sebulan.

Walaupun harga makanan, terutamanya ayam dan telur semakin mahal, secara peratusan, rakyat Malaysia sebenarnya tidak berbelanja banyak untuk makanan dan minuman bukan alkohol. Peratusan belanja untuk makanan sudah berkurang dari 23.8% pada 1992 kepada 17.3% pada 2019.

Walau bagaimanapun, peratusan yang rendah mungkin disebabkan lebih ramai yang makan di luar. Walaupun belanja untuk makanan dan makan di luar, peratusan tersebut masih berkurang dari 35.6% pada 1993 kepada 30.6% pada 2019.

Kesimpulan

Perbelanjaan rakyat Malaysia sudah meningkat tiga kali ganda, dari RM1,161 sebulan pada 1993 kepada RM4,534 pada 2019. Antara perbelanjaan utama adalah komunikasi, kediaman, air dan elektrik yang mencatatkan peningkatan paling besar, dan belanja untuk bahan makanan mempunyai kenaikan paling rendah.

Kongsi dengan kami dalam ruangan komen, apakah perbelanjaan terbesar anda daripada kategori-kategori di atas! 

You May Also Like