Harga ayam meningkat? Sukar untuk mendapatkan bekalan ayam? (Original article in English)

Harga ayam menjadi isu yang hangat dibicarakan dalam media baru-baru ini, dengan larangan mengeksport ayam, dan harga siling ayam ditarik. Namun begitu, pada 15 Jun,  kerajaan bersetuju memberikan kebenaran khas untuk 3 jenis komoditi iaitu ayam daging, produk berasaskan ayam dan anak ayam berusia sehari.

Walaupun larangan mengeksport sudah dilonggarkan dan harga siling ayam diperkenal semula pada harga yang tinggi, kerisauan masih ada kerana ayam adalah antara diet utama untuk rakyat Malaysia.

Mengapa harga ayam meningkat? Apakah faktor utama yang menyebabkan isu ini? Ketahui bagaimana peningkatan harga ayam disebabkan oleh pandemik dan konflik Russia-Ukraine!

#1. Ia Bermula dari Pandemik

Semasa pandemik pada 2020 dan 2021, rakyat Malaysia perlu duduk di rumah. Banyak perniagaan dalam industri makanan turut terjejas kerana kekurangan pekerja apabila pengangkutan dan logistik tidak dapat dijalankan.

Apabila terdapat isu pekerja tidak dapat hadir bekerja untuk membekalkan ayam, ia akan menyebabkan kekurangan bekalan ayam di pasaran. Pembekal juga tidak dapat membekalkan ayam yang cukup untuk memenuhi permintaan pasaran.

Isu ini turut berlaku di seluruh dunia apabila pandemik menyebabkan kekurangan bekalan untuk beberapa barangan (contoh, tisu tandas) yang mendorong pengguna membuat pembelian panik kerana gusar mereka tidak mampu mendapatkannya pada masa depan. Tren pembelian ini memburukkan lagi situasi semasa dengan kekurangan bekalan barangan.

Pengangkutan antarabangsa juga memainkan peranan yang penting. Apabila seluruh dunia berada di dalam kuarantin semasa pandemik, pengeluaran bekalan ayam tempatan tidak dapat menampung permintaan di dalam negara kerana kekurangan ayam import dari luar. Semasa pandemik pada 2020, harga ayam meningkat secara mendadak di Selangor apabila pengeluaran ayam menurun kerana pengeluar ayam kurang yakin dengan pasaran. Harga pengangkutan kontena global juga turut meningkat secara mendadak hampir 6.5 kali ganda dari $1,592 pada Disember 2021 kepada $10,361 pada September 2021.

Kini, dengan kemungkinan untuk  pandemik untuk berakhir tidak lama lagi, bukankah harga ayam akan kembali seperti sebelumnya? Mengapa harga ayam masih meningkat? Kami akan menghuraikannya dengan lebih lanjut dalam artikel ini.

#2: Dan Perang di Ukraine Bermula

Rusia adalah negara pengeksport minyak mentah terbesar di dunia dan pengeksport kedua terbesar gas asli. Rusia menggunakkan kedua-dua faktor tersebut untuk mencetuskan konflik, dan oleh sebab itu, Kesatuan Eropah telah menyekat import untuk kedua-duanya.

Rusia dan Ukraine merupakan pengeluar utama gandum, dengan membekalkan hampir satu pertiga daripada pengeluaran gandum dunia manakala untuk jagung pula, Ukraine menghasilkan kira-kira 16%  daripada pengeluaran jagung dunia. Sememangnya, pengeluaran dan pengangkutan terjejas disebabkan perang yang sedang berlaku.

Jelas sekali konflik Rusia-Ukraine telah menyebabkan harga barangan komoditi meningkat kerana kekurangan bekalan di seluruh dunia.

Selain itu, ia juga mempunyai impak secara tidak langsung terhadap komoditi lain di seluruh dunia. Banyak syarikat yang bertukar kepada komoditi lain untuk menjimatkan kos seperti batu arang, minyak sawit, kacang soya dan barli dan sekaligus meningkatkan harga komoditi tersebut apabila permintaan untuknya meningkat.

#3. Kos Pengangkutan yang Semakin Bertambah

Pengangkutan dan logistik adalah tulang belakang dalam dunia masa ini. Kebanyakkan barangan yang anda beli memerlukan bahan yang diimport dari seluruh dunia. Ayam juga termasuk dalam kategori ini. Malaysia mengimport hampir semua makanan haiwan ternakan dari luar negara, dan oleh sebab itu, amat penting untuk memindahkannya kepada penternak.

Harga minyak mentah juga meningkat secara mendadak sebanyak 44% dari $77 setong pada December 2021 kepada $112 setong pada Julai 2022, manakala harga gas asli turut meningkat sebanyak 54% dari $3.7 pada Disember 2021 kepada 5.7 pada Julai 2022. Ia juga telah meningkatkan kos pengangkutan sebanyak sekurang-kurangnya 50% untuk pengangkutan antarabangsa dan syarikat logistik.

Semasa harga kontena pengangkutan global menurun sejak awal tahun ini, ia masih kekal pada kadar yang tinggi iaitu at $7,635 pada Mei 2022, dibandingkan dengan hanya $1,592 pada Disember 2019 sebelum pandemik.

Harga minyak mentah dan gas asli yang tinggi dijangka akan meningkatkan kos pengangkutan kontena, lalu meningkatkan juga harga makanan bagi ayam.

#4. Serta Harga Makanan Ayam

Kebanyakkan makanan ayam ternakan yang digunakan oleh penternak terdiri daripada jagung, gandum, barli dan kacang soya. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Rusia dan Ukraine adalah pengeluar utama jagung dan gandum, dan apabila terdapat gangguan bekalan, ia telah meningkatkan harga komoditi tersebut. Harga jagung meningkat sebanyak 28% daripada $591 pada Disember 2021 kepada $756 pad Julai 2022, manakala harga gandum pula meingkat sebanyak 41% daripada $771 pada Disember 2021 kepada $1,088 pada Mei 2022.

Harga kacang soya dan barli turut meningkat disebabkan konflik Rusia-Ukraine dan kos pengangkutan yang semakin meningkat. Harga kacang soya turut bertambah sebanyak 27%, manakala harga barli meningkat sebanyak 32% dari Disember 2021 kepada Mei 2022.

Dengan harga bahan mentah seperti dedak yang semakin meningkat, penternak ayam perlu menyalurkan sebahagian kos tersebut kepada pengguna untuk bertahan dalam industri makanan.

Kesimpulan

Apabila konflik Rusia-Ukraine berterusan, kemungkinan besar untuk kos pengangkutan dan makanan ayam akan kekal tinggi pada masa depan. Kerajaan baru-baru ini telah mengenalkan semula harga siling ayam untuk mengurangkan kebimbangan pengguna. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa ini boleh menyebabkan kerajaan menambah jumlah cukai pada masa depan.

Sebagai pengguna, anda boleh bertukar kepada alternatif protein yang lain seperti ikan dan tauhu. Sebagai penduduk dunia, kita perlu sentiasa menggalakkan keamanan dan kestabilan daripada sebarang jenis konflik yang boleh menjadi konflik kita juga.

Kongsi dengan kami dalam ruangan komen pendapat anda tentang harga ayam! 

You May Also Like