Mengikut bajet mampu membantu untuk memastikan keselamatan kewangan anda dan insan tersayang, dan membolehkan anda tidur lebih lena. (Original article in English)

Merangka bajet amat penting semasa membuat sebarang keputusan berkaitan kewangan. Rakyat Malaysia kini semakin cakna berkaitan kewangan, terutamanya apabila kemelesetan ekonomi semakin hangat dibincangkan pada masa ini.

Mereka yang sukar tidur kerana wang lebih mudah membiarkan wang mengawal mereka (dan bukan sebaliknya). Cuba untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi mengawal semula keadaan tersebut.

Apabila anda merangka bajet dengan baik, rancangan anda akan berjalan mengikut apa yang dirangka berbanding hanya membuta tuli sahaja mengikut keadaan semasa.

Bajet yang baik juga menyumbang kepada kestabilan kewangan. Stabil dan konsisten adalah lebih tersusun dan menyenangkan. Bajet juga membuatkan ia lebih mudah untuk membayar bil tepat pada masanya, mempunyai tabung kecemasan dan menyimpan untuk belanja besar seperti kereta atau rumah dengan menjejak kos dan mematuhi pelan.

Secara keseluruhannya, bajet boleh membantu individu untuk mempunyai kedudukan kewangan yang lebih baik dalan jangka masa pendek dan panjang.

Buat Bajet yang Realistik

Pendapatan bersih anda adalah asas bajet yang berjaya. Gaji yang anda bawa pulang , tolak cukai dan faedah yang majikan sediakan seperti pelan persaraan dan insuran kesihatan.

Memberikan tumpuan terhadap jumlah gaji kasar dan bukan gaji bersih bleh mendorong untuk berbelanja lebih kerana anda percaya anda mempunyai lebih banyak wang daripada sepatutnya.

Jika anda beroperasi sebagai pekerja bebas, pekerja gig, kontraktor atau bekerja sendiri, simpan rekod kontrak dan bayaran untuk membantu mengendalikan pendapatan tidak menentu.

Buat senarai matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang sebelum menganalisa data yang terkumpul. Sasaran jangka pendek perlu diselesaikan dalam masa setahun hingga tiga tahun termasuklah tabung kecemasan dan membayar hutang kad kredit.

Objektif jangka panjang seperti menyimpan untuk persaraan atau pendidikan anak-anak mungkin akan mengambil masa yang lebih lama. Perlu diingati bahawa tidak semestinya ia perlu direkodkan tetapi ia mampu bantu mendorong untuk mematuhi bajet anda. Contohnya, jika anda mahu menyimpan untuk bercuti, mungkin lebih mudah untuk mengurangkan perbelanjaan.

Gunakan rekod perbelanjaan berubah dan tetap yang terkumpul untuk menganggarkan berapa banyak yang perlu anda belanjakan pada bulan seterusnya. Selepas itu, bandingkan ia dengan pendapatan dan kepentingan diri. Tetapkan juga had perbelanjaan yang jelas (serta munasabah) untuk setiap kategori perbelanjaan.

Anda mungkin perlu membahagikan perbelanjaan untuk perkara yang perlu dan apa yang diiginkan.

Contohnya:

  • Jika anda memandu ke tempat kerja setiap hari, minyak petrol adalah satu keutamaan.
  • Keahlian penstriman lagu bulanan, pula dianggap sebagai keperluan.

Perbezaan ini penting untuk anda mencari cara menyalurkan wang kepada matlamat kewangan anda.

Jejaki Perbelanjaan anda

Jejak dan klasifikasikan perbelanjaan untuk membantu anda mengenalpasti di manakah wang anda dibelanja dan apakah yang boleh anda jimatkan.

Mulakan dengan membuat senarai perbelanjaan tetap seperti bil bulanan termasuklah bayaran sewa atau rumah, utiliti dan kereta.

Seterusnya, hitung kos yang mungkin berubah dari bulan ke bulan, seperti makanan, pengangkutan dan hiburan.

Ini adalah antara perkara yang boleh dilakukan untuk berjimat. Anda boleh bermula dengan penyata kad kredit dan bank untuk mengenalpasti perbelanjaan bulanan anda.

Mahal Tidak Semestinya Lebih Baik – Cari Alternatif yang Lebih Murah

Apabila anda membuat sebarang pembelian, harga memainkan peranan yang penting. Barangan yang diingini juga mungkin perlu dalam bajet yang ditetapkan, dan kita juga mungkin tidak mahu membelinya jika tidak perlu.

Walau bagaimanapun, menumpukan hanya pada harga dan memilih yang lebih murah mungkin memberikan hasil yang tidak diingini.

Memilih yang termurah setiap kali membeli bukan sahaja memerlukan wang dalam jangka masa panjang tetapi akan merendahkan kualiti produk atau perkhidmatan  dan mengurangkan nilainya.

Memberi perhatian terhadap kualiti (atau nilai yang anda perolehi) berbanding harga adalah lebih mapan kerana ia mengurangkan pembaziran, meningkatkan kecekapan dan menyokong perniagaan yang menghargai pelanggan mereka. Melabur dalam produk yang berkualiti menjimatkan wang kerana ia tidak perlu diganti dengan kerap dan memastikan kualiti turut menyokong tanggungjawab korporat sosial.

Harga memainkan peranan besar sebelum membeli, tetapi tidak semestinya perlu melihat harga semata-mata.

Harga dan berapa lama sesuatu perkara bertahan adalah berkait rapat dan mempunyai kesan yang ketara.

Membayar dengan Wang Tunai

Konsep ini dikenali sebagai “sakit semasa membayar” dalam ekonomi tingkah laku – kerana manusia tidak suka rugi dan membelanjakan wang adalah menyakitkan. Namun, apabila and mula membayar dengan kad kredit, derita itu ditangguhkan ke masa depan. Tetapi apabila anda membayar dengan wang tunai, keperitan untuk berpisah dengan wang dirasakan serta-merta.

Berurusan dengan wang juga memerlukan taktik belanja yang lebih tinggi berbanding kad kredit yang mempunyai penyata.

Wang juga lebih sukar untuk dibelanjakan kerana komitmen emosi yang bergantung terhadap wang kita. Jika anda tidak bekerja dalam bidang yang melibatkan kewangan atau wang, anda perlu pergi ke mesian ATM untuk membuat pengeluaran wang.

Walau bagaimanapun, dalam kes ini, kesulitan adalah lebih baik daripada tiada sebarang kesulitan. Ia juga menambah elemen pengorbanan sebenar semasa berbelanja kerana anda perlu bekerja keras untuk mendapatkannya dan anda tidak terdorong untuk membazir.

Jaga Apa yang Anda Makan

Selepas seharian bekerja, mungkin sukar mencari tenaga untuk menyediakan makanan. Mulakan dengan memasak sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dan jika anda kerap makan di luar, cuba untuk mengurangkannya secara berkala.

Jika ia tidak sesuai, peruntukkan masa pada hari Ahad untuk menyediakan beberapa hidangan makan malam selama seminggu. Dengan car aini, apabila anda pulang ke rumah, anda sudah mempunyai makanan.

Perkara yang sama juga untuk kopi. Membeli kopi setiap hari mungkin tidak kelihatan mahal, tetapi ia boleh membahayakan akaun bank anda. Memotong belanja kecil ini boleh menjimatkan anda sebanyak ratusan atau ribuan dollar setahun.

Memasak di rumah juga tidak semahal makan di luar. Dalam kebanyakkan situasi, kos memberi makan kepada empat ahli keluarga adalah lebih kurang daripada makan diluar untuk seorang atau 2 orang.

Ada sesetengah individu yang memilih untuk memasak bagi tempoh seminggu, dan ada juga yang memasak secara harian. Kelebihan memasak di rumah adalah anda mempunyai kawalan terhadap bahan masakan anda.

Kesimpulan

Bajet yang ketat adakalanya boleh mengubah individu dalam pelbagai cara, bukan sahaja secara kewangan. Berada dalam keadaan mental yang baik dan sentiasa bersedia akan membantu dalam jangka masa panjang, membuatkan situasi tertekan menjadi lebih mudah untuk dilalui.

Adakah anda pernah berada dalam situasi bajet yang terhad? Kongsi dengan kami dalam ruangan komen di bawah.  

You May Also Like