Perlu atau tidak untuk anda mendapatkan khidmat perancang kewangan? Baca untuk ketahui dengan lebih lanjut! 

Sesiapa saja boleh mendapat manfaat daripada nasihat dan panduan oleh perancang kewangan profesional namun ramai yang berasa terbeban apabila memikirkan kos yang perlu dikeluarkan. Namun, jika anda memerlukan khidmat nasihat kewangan pada saat yang sangat genting, membayar untuk khidmat perancang kewangan adalah satu pelaburan yang padu sebagai persediaan untuk menghadapi masa depan. Berbalik kepada persoalan tadi, bilakah masa yang sesuai untuk mengambil khidmat perancang kewangan?

Dengan peredaran zaman, isu kewangan juga menjadi semakin kompleks dan berubah menjadi lebih canggih dengan teknologi terkini dan semakin rumit. Urusan mengendalikan kewangan tidak lagi semudah zaman sebelumnya kerana keperluan kewangan akan berubah berdasarkan situasi semasa.

Sekiranya anda mulai sedar kepentingan merancang kewangan dan masih mencari untuk mendapatkan khidmat nasihat perancang kewangan, mungkin sudah tiba masanya untuk mengetahui apakah pilihan yang ada berdasarkan keperluan kewangan anda.

Bilakah Waktu yang Sesuai untuk Mendapatkan Khidmat Perancang Kewangan?

Terdapat 3 faktor yang mendorong individu untuk mendapatkan khidmat perancangan kewangan:

  1. Anda masih belum pasti samada mahu merancang kewangan untuk masa depan dan memerlukan seseorang untuk memberikan panduan dan menunjukkan ke destinasi yang tepat
  2. Anda tidak boleh mengendalikannya sendiri atau secara DIY (do-it-yourself) dan lebih suka mendapatkan khidmat daripada profesional yang pakar atau mahir dalam bidang kewangan
  3. Anda suka mengendalikan kewangan namun masih memerlukan khidmat profesional agar perancangan tidak berlandaskan emosi anda atau hanya berdasarkan pandangan pihak yang kurang mahir contohnya ahli keluarga dan rakan-rakan.

Jika anda menjawab ya untuk hampir kesemua faktor ini, anda mungkin termasuk dalam kategori mereka yang memerlukan khidmat perancangan kewangan profesional. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu dinilai untuk memastikan masa yang sesuai mendapatkan khidmat perancang kewangan.

#1. Anda Memerlukan Panduan untuk Merancang Kewangan bagi Masa Depan

Sebagai permulaan, ramai individu yang memiliki impian atau matlamat hidup untuk dicapai yang hampir sama tapi berbeza berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing. Misalnya:

  • Merancang untuk berkahwin
  • Persediaan untuk membeli rumah
  • Merancang untuk tabung pendidikan
  • Mengerjakan ibadah haji
  • Merancang untuk bersara
  • Merancang untuk menguruskan harga dsb

Dengan pelbagai sasaran kewangan, tidak hairanlah kita berusaha untuk menambahkan simpanan dan sumber kewangan selama bertahun lamanya sehingga memakan selama 20-30 tahun dan mungkin lebih lagi!

Jelasnya, walaupun ianya akan melibatkan kos untuk mendapatkan khidmat perancang kewangan professional, sekiranya ini dapat membantu anda untuk jangka masa panjang, harga dibayar akan dirasakan berbaloi. Malah, jika perancang kewangan dapat membantu anda membuat keputusan lebih baik secara tidak langsung kos terlibat terbayar dengan sendirinya samada penjimatan akibat terhindar dari kesilapan kewangan mahupun lebih efisien dalam rancang kewangan dan pelaburan.

#2. Apabila Anda Tidak Mahir untuk Mengendalikan Kewangan Sendiri

Sebahagian individu tidak mahir untuk menguruskan kewangan sendiri. Namun, perkara ini bukanlah satu kelemahan kerana yang paling penting adalah anda sedar akan kedudukan kewangan diri dan mahu mencari jalan untuk memastikan ia tidak menjadi lebih teruk.

Oleh sebab itu, adalah amat penting untuk anda mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar untuk mengendalikannya. Salah satu kaedah yang boleh diambil adalah mendapatkan nasihat perancang kewangan berlesen.

Perancang kewangan yang mandiri boleh memberikan khidmat kewangan secara menyeluruh atau holistik daripada segi perlindungan insuran, simpanan dan pelaburan malah persaraan dan juga pengurusan harta.

#3. Anda Memerlukan Pendapat yang Tidak Berat Sebelah/Neutral

Ramai orang yang lebih selesa untuk DIY dan tidak akan meminta nasihat perancang kewangan  kerana mereka merasakan ia lebih jimat.

Contohnya, anda ingin melabur dan walaupun anda telah menjalankan kajian dan membaca terlebih dahulu, ia tidak akan dapat menandingi kepakaran mereka yang berada dalam bidang pelaburan. Sebagai manusia, adakalanya keputusan yang diambil mengikut emosi dan tidak rasional atau tidak sesuai dalam situasi semasa.

Mendapatkan khidmat perancang kewangan akan dapat menyelamatkan anda daripada membuat keputusan yang salah atau tidak sesuai dan pada masa yang sama tidak melepaskan peluang yang hadir – ia bukan sahaja boleh memberi ruang untuk meningkatkan pulangan pelaburan, malah terhindar daripada risiko kerugian yang besar.

Berapa Kos untuk Mendapatkan Perancang Kewangan?

Mereka yang melantik perancang kewangan perlu sentiasa berhubung atau bertanya kepada perancang kewangan sebelum membuat sebarang keputusan kewangan atau pelaburan yang besar.

Walaupun terdapat segelintir yang beranggapan kos membayar penasihat kewangan adalah sangat mahal,namun masih ramai yang belum mengetahui pelbagai pakej yang dapat ditawarkan oleh perancang kewangan. Daripada itu, anda boleh menilai dan melihat sendiri daripada sudut ‘cost benefit analysis’ dalam membuat keputusan anda.

Khidmat yang boleh ditawarkan oleh perancang kewangan adalah berbalik semula kepada situasi kewangan anda. Contohnya, berikut merupakan khidmat yang ditawarkan oleh firma penasihat kewangan Wealth Vantage Advisory:

Financial Health Check

Modular Financial Planning

atau secara holistik dengan Full Financial Planning

Bagaimana Anda Mahu Memilih Perancang Kewangan yang Tepat?

Semasa memilih perancang kewangan, sudah tentu anda mahukan perancang kewangan yang dapat memahami matlamat atau ‘financial goals’ anda serta berpengalaman mengendalikan situasi individu yang hampir sama dengan keadaan anda dan paling penting untuk anda berasa selesa semasa berurusan dengannya. Jadi, anda mendapat kebebasan untuk membuat keputusan berdasarkan penilaian yang diberikan dan tidak berasa tertekan atau terburu-buru dalam memutuskan hal kewangan.

Kenali Perancang Kewangan Bertauliah

Jangan mengadaikan urusan kewangan anda kepada orang yang tidak mengendahkan keadaan kewangan anda, tapi sebaliknya mendapatkan nasihat daripada profesional yang boleh dipercayai.

Untuk mengenali lebih lanjut para perancang kewangan yang sedia berkhidmat untuk membantu anda mencapai matlamat kewangan, boleh merujuk di sini 

Untuk pihak majikan pula, pelbagai inisiatif boleh dilaksanakan di tempat kerja bagi memperkasakan pembangunan kakitangan. Salah satunya dengan menjalankan Program Sejahtera Kewangan atau Financial Wellness Program (FWP). Kos yuran boleh dituntut dengan HRDCorp dan terdapat pelbagai topik berkaitan pengurusan kewangan peribadi dan yang berkaitan dengannya. Setiap sesi FWP menawarkan sesi Nadi Kewangan (Financial Pulse) untuk pekerja mengetahui keadaan kewangan mereka tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh melaksanakan FWP di tempat kerja, sila tekan link ini

Kesimpulan

Melantik perancang kewangan bagi memantau dan memberi nasihat secara profesional masih melibatkan kos tertentu. Namun, apabila anda memilih perancang kewangan yang betul, semua kos yang perlu dibayar adalah sangat bermanfaat dan berbaloi bagi merancang kewangan anda.

Tidak dapat disangkal, ramai yang sering tersasar atau terkeluar daripada perancangan mereka sendiri samada sedar atau tidak. Dengan adanya pendapat kedua daripada mereka yang arif dalam perancangan kewangan, anda akan lebih tenang, tidak terbeban dan rasa hidup lebih aman. Mulakan langkah dan inisiatif awal dengan perubahan sikap kewangan yang baik!

Apakah langkah yang anda buat untuk mula merancang kewangan?

You May Also Like