Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang karier di dalam bidang perancangan kewangan? Ketahui bagaimana anda boleh melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi perancang kewangan (Original article in English)

Perancangan kewangan adalah proses yang menentukan matlamat, peraturan, proses, program dan juga bajet yang diperlukan untuk aktiviti kewangan klien. Apabila anda berurusan dengan entiti korporat, perancangan kewangan boleh membantu mengurangkan risiko yang mampu menghalang pertumbuhan syarikat tersebut. Ia menyumbang kepada kestabilan dan keuntungan.

Perancang kewangan menawarkan peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan klien individu dan syarikat  sambil mengenal pasti konsep asas kewangan peribadi. Perancang kewangan juga menawarkan nasihat untuk mencapai matlamat kewangan mereka. Walaupun sesetengah perancang kewangan menawarkan perkhidmatan yang penuh, ada juga menawarkan servis perancangan dan transaksi.

Walaupun beberapa perancang kewangan di Malaysia bekerja makan gaji, kebanyakkan daripadanya merupakan rakan kongsi kepada firma penasihat kewangan. Walaupun mereka berkongsi jawatan yang sama, skop servis dan sokongan yang diberikan mungkin berbeza bergantung kepada di mana mereka bekerja.

Jika anda mahu memulakan kerjaya sebagai perancang kewangan, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil kira.

Perancangan Kewangan Secara Ringkas

Apabila klien meminta nasihat kewangan, perancang akan menjalankan siasatan teliti terhadap latar belakang kewang klien. Mereka akan meneliti pengurusan kewangan klien sebelum ini yang boleh memberi kesan situasi semasa. Perancang kewangan juga akan mengenalpasti strategi pengurusan kewangan yang mampu membantu klien untuk mencapai objektif diingini, seperti membuat pelaburan yang bijak dalam ekuiti, hartanah atau produk kewangan seperti insuran hayat atau akaun persaraan. Dengan akses terhadap tren kewangan terkini, perancang kewangan mampu memahami produk kewangan terkini untuk disyorkan kepada klien mereka.

Perancang kewangan akan menasihati klien mereka berkaitan cara menguruskan wang melalui pemahaman menyeluruh tentang cara membina dan mengekalkan harta. Antaranya adalah pengurusan harta, yang mana perancang memahami jenis pelaburan yang boleh menghasilkan pulangan tinggi dan kesediaannya dalam pasaran. Selain mengesyorkan produk kewangan, mereka juga mahir untuk mengadaptasi pelaburan yang sesuai berdasarkan sumber sedia ada klien dan harta yang mereka mahu kumpulkan.

Kelayakan Asas dan Kelayakan Lain yang Diperlukan

Sebagai permulaan, setiap calon biasanya perlu memiliki ijazah sarjana muda untuk melayakkan diri memiliki tauliah Perancang Kewangan (CFP Cert TM). Ijazah dalam bidang perakaunan, perniagaan, undang-undang atau ekonomi turut menjadi pilihan sesetengah majikan.

Graduan yang memiliki ijazah sarjana muda boleh mencari jawatan peringkat permulaan seperti perancang kewangan bersekutu (Associate Financial Planner). Sesetengah firma turut menyediakan bimbingan dengan memberi peluang kepada perancang baharu untuk bekerja bersama perancang kewangan berpengalaman selama setahun untuk belajar sambil bekerja.

Langkah seterusnya adalah mendapatkan kelayakan CFP anda. Setiap calon perlu mempunyai ijazah sarjana muda, dengan minimun tiga tahun pengalaman bekerja, lulus ujian CFP, dan mematuhi kod profesional etika untuk melayakkan diri dengan status perancang kewangan.

Ijazah Sarjana dalam kewangan, perakaunan, atau pengurusan perniagaan tidak wajib tetapi boleh membantu perancang kewangan untuk lebih maju dan mengembangkan kerjaya mereka, dan juga layak sebagai calon CFP untuk status cabaran peperiksaan.

Lesen adalah perlu untuk menjadi perancang kewangan berlesen. Perancang kewangan yang berlainan mungkin memerlukan lesen yang berlainan. Profesional yang mahu membeli, menjual saham, bon, atau polisi insuran sebagai penasihat kewangan, mungkin memerlukan lesen berlainan.

Kemahiran yang Diperlukan Sebagai Perancang Kewangan

Gabungan skil matematik, interpersonal, dan empati perlu ada untuk menjadi seorang perancang kewangan.

Klien perlu berasa yakin bahawa perancang kewangan mereka berpengetahuan dan ikhlas untuk menjaga kepentingan mereka. Tunjukkan empati latih kemahiran mendengar anda.

Memacu ke arah pembelajaran berterusan adalah sebahagian daripada usaha menambah pengetahuan kewangan yang perlu berada di hujung jari anda. Contohnya, anda perlu bersedia untuk pelbagai kemungkinan berkaitan isu kewangan, dan gunakannya untuk merangka pelan kewangan yang sesuai untuk klien. Penasihat kewangan perlu mengambil kira pelbagai fakta, termasuk keadaan pasaran, perubahan kerajaan dan toleransi risiko sebelum mengesyorkan pelaburan yang sesuai untuk setiap klien.

Risiko adalah topik penting yang perlu diberi tumpuan. Sebelum memberi nasihat kepada klien, perancang kewangan perlu menilai dan menguruskan risiko. Penilaian risiko selalunya berlaku semasa fasa penyelidikan, apabila penasihat meramalkan potensi halangan yang mungkin dihadapi klien dalam usaha untuk mencapai kejayaan atau keseimbangan kewangan. Antara risikonya adalah pasaran yang tidak menentu dan boleh menjejaskan prestasi pelaburan, kekurangan peluang pekerjaan yang akan meningkatkan tekanan kewangan dan mengurangkan pendapatan masa depan.

Perancang kewangan perlu berupaya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah dan menghasilkan penyelesaian dengan pemikiran analitikal. Contohnya, objektif kewangan klien mungkin berbeza tetapi perubahan tidak dijangka boleh berlaku. Perancang kewangan yang tekun akan menilai keadaan kewangan klien dan menawarkan cadangan terbaik dan memberikan hasil yang memberansangkan. Apabila produk baharu memasuki pasaran, perancang kewangan perlu menggunakan pemikiran analitikal untuk menentukan produk terbaik bagi klien.

Teroka Kerjaya Baharu Anda dengan WVA

Wealth Vantage Advisory Sdn. Bhd. (WVA) adalah firma perancang kewangan yang dilesenkan dengan Suruhanjaya Sekuriti (eCMSL/A0349/2018), Bank Negara Malaysia (Financial Adviser), dan FIMM (CUTA & CPRA). Ia dibentuk sebagai firma pilihan klien dan penasihat kewangan di Malaysia, dengan menerajui perubahan dalam industri memberi fokus dengan melakukan perkara yang terbaik.

Di WVA, kami membantu klien untuk mencapai matlamat kewangan mereka dan memberikan khidmat kewangan yang menyeluruh. Perkhidmatan sokongan kami ditingkatkan dengan penggunaan teknologi dan implementasi proses terkini. Misi kami adalah untuk membentuk dan memupuk sistem nilai yang terbaik untuk penasihat dan pekerja, dan menunjukkan nilai tersebut kepada klien.

Ramai perancang kewangan memilih WVA sebagai firma pilihan mereka kerana mampu memilih untuk fokus kepada perancangan kewangan menyeluruh dalam firma yang memberikan  pasukan sokongan dan memberikan bimbingan dalam budaya kerja yang sejajar dengan nilai mereka.

 Berminat untuk meneroka kerjaya sebagai penasihat kewangan bersama kami? Ketahui lebih lanjut di https://www.wealthvantage.com.my/careers

You May Also Like