Kos membesarkan anak-anak di Malaysia sering dibicarakan tetapi tahukah anda berapakah yang perlu diperuntukkan untuk ibu bapa setiap bulan bagi memastikan keperluan anak-anak mereka mencukupi?

Tahukah anda kos membesarkan seorang anak ketika lahir untuk ibu bapa bekerja di Lembah Klang secara puratanya mencecah hampir RM800 sebulan?

Waima, kenaikan gaji tahunan secara purata bagi individu berjawatan eksekutif di Lembah Klang adalah sebanyak RM300 setahun. Hal ini daripada pengalaman penulis dengan klien sebagai seorang Perancang Kewangan Bertauliah. Tujuan artikel ini ditulis untuk memberikan panduan kepada ibu bapa muda bekerja dalam membuat perancangan kewangan bulanan mereka. Sejurus mendapat khabar gembira bahawa mereka akan menimang cahaya mata, mereka juga disarankan telah bersedia daripada segi kewangan untuk menampung kos di luar jangka sebaik bayi mereka lahir.

Kos yang perlu diketahui untuk ibubapa baru

Untuk ibu bapa muda ataupun sudah lama tidak mendapat cahaya mata baru, berdasarkan tinjauan, antara kos yang diperlukan adalah kereta sorong bayi atau stroller, kerusi keselamatan kanak-kanak, pam susu elektrik, baju dan botol susu bayi. Kos ini secara puratanya bergantung kepada jenama dan kemampuan pasangan, mencakupi antara RM1,500 hingga RM2,500. Boleh dikatakan kos ini antara kos yang perlu diambil perhatian untuk pasangan yang mempunyai dilema untuk melahirkan anak di hospital swasta atau kerajaan.

Sementara itu, pakej bersalin yang ditawarkan di hospital swasta adalah bermula dari RM3,000 untuk kelahiran biasa, belum lagi dengan kos tambahan jika kelahiran di luar jangkaan seperti pembedahan yang juga menjadi pilihan popular disebabkan pelbagai faktor. Menurut beberapa ibu bapa muda, mereka juga turut membuat tinjauan kos penjagaan ibu dan anak selepas berpantang selama 30 hari, atau postnatal care yang bermula sekitar RM5,000 dan ke atas. Justeru, tidak mustahil kos jangkaan secara one-off boleh bermula dengan angka RM10,000.

Penulis telah membuat satu tinjauan ringkas di laman sosial Twitter untuk memperoleh data untuk artikel ini.

Kos Bulanan untuk Ibu Bapa Muda

Lampiran kos untuk ibubapa mudaLampiran kos untuk ibubapa muda
PerkaraIbubapa 1Ibubapa 2Ibubapa 3Ibubapa 4Ibubapa 5Ibubapa 6Ibubapa 7Ibubapa 8Ibubapa 9Ibubapa 10Ibubapa 11Ibubapa 12Ibubapa 13Ibubapa 14Ibubapa 15Ibubapa 16Purata
Kerusi keselamatan bayiRM300RM600RM600RM350RM450RM549RM400RM200RM299RM1,299tiadaRM1,800RM600RM1,500RM600RM2,0000
Pam susuRM600RM700RM300RM301RM250RM800RM200RM600RM370RM1,300tiadaRM1,800RM700RM700RM260RM5000
BuaiantiadaRM80tiadatiadaRM230RM400tiadatiadatiadatiadatiadatiadatiadatiadatiadatiada0
Lampin pakai buangRM120RM120RM60RM60RM50RM250RM70RM60RM60RM138RM80RM120RM110RM30tiadaRM100RM95.20Pampers
Susu FormulaRM200tiadaRM370RM20tiadatiadaRM50RM30tiadaRM285tiadaRM270RM50n/aRM96RM100RM147.10Susu Formula
Kos pengasuh anak (bulanan)RM500tiadatiadaRM650RM500RM350RM400RM400RM300RM500RM600RM800RM650RM500RM400RM500RM503.57Kos pengasuh
Yuran tahunan taskatiadatiadatiadaRM350tiadatiadatiadatiadatiadatiadaRM1,000RM200tiadatiadatiadatiadaRM-
Jumlah sebulanRM745.87Jumlah sebulan
Tinjauan berdasarkan 16 responden yang terdiri daripada ibu bapa di Malaysia

Kos Bulanan Menghantar Bayi ke Pusat Jagaan

Kos (RM)Keperluan / Barang
95.20Pampers
147.10Susu formula
503.57Kos Pengasuh
-
745.87Jumlah sebulan

Berdasarkan data di atas, sekiranya ditambah purata kos pengasuh berjumlah RM500, kos susu formula dan lampin pakai buang, kos ini boleh mencecah sehingga RM746 sebulan. Angka ini bukan sedikit. Justeru itu, tidak menghairankan jika ada ibu bapa muda yang sanggup mengambil langkah berhenti kerja atau sedaya upaya memberikan susu ibu untuk menjimatkan kos.

Kos Pendidikan anak di Prasekolah

Selepas anak mula menjejakkan kaki ke alam pra-persekolahan antara umur 4 hingga 6 tahun, kos bulanan dijangka masih kekal sama.

Kos untuk 3 prasekolah di Malaysia

Jenis PrasekolahPrasekolah APrasekolah BPrasekolah C
Yuran setahunRM2550RM1850RM550
UniformRM110RM195RM250
Yuran Bulanan
Pagi hingga TengahariRM400RM360RM220
Pagi hingga PetangRM600RM660RM380
Bergantung kepada aliran pra-sekolah yang menjadi pilihan, penulis telah membuat kompilasi tiga pra-sekolah yang dikenali dengan cawangannya di seluruh negara.

Ibu bapa yang memilih prasekolah untuk anak mereka mempunyai pelbagai kriteria, samada kos, jenama, atau kaedah pembelajaran yang diterapkan. Tambahan lagi, ibu bapa bekerja lebih memilih untuk menghantar anak mereka dari pagi sehingga petang.

Kos Pendidikan anak di Sekolah Rendah

Kebanyakan ibu bapa berasa lega apabila anak mula bersekolah di sekolah rendah. Mereka mendapati yuran bulanan tidak begitu membebankan.

Kos Persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan

Bulan pertamaBulan seterusnya
Sekolah rendah kebangsaanTahun 1Tahun 2Tahun 1Tahun 2
Sekolah sesi pagi : Set buku tulis, lencana, dan lain-lainRM40RM7000
Tambang sekolahRM100RM100RM100RM100
Sekolah sesi petang : Set buku tulis, baju t-shirtRM99RM9300
Wang saku sekolah sesi pagi RM5/sehari:RM110RM110RM110RM110
Wang saku sekolah sesi petang RM3/sehari:RM66RM66RM66RM66
Tambang sekolah sesi petangRM100RM100RM100RM100
JumlahRM415RM538RM376RM376

Merujuk kepada gambar di atas, sekiranya ibu bapa memilih untuk menghantar dan mengambil anak daripada sekolah, kos sebenar bulanan boleh dijimatkan lagi. Ia kerana, kos pendidikan sekolah kebangsaan hampir kesemuanya percuma, secara bulanan. Justeru, kos yang dipamerkan di jadual di atas setelah melibatkan wang saku atau tambang bas ke sekolah.

Walaubagaimanapun, ada juga ibu bapa yang memilih sekolah swasta kerana faktor kaedah pembelajaran yang berfokus, tidak memeningkan kepala dengan isu transit, dan jarak yang dekat. Secara perbandingan, ibu bapa boleh melihat kemampuan kewangan antara sekolah kebangsaan dan sekolah swasta.

Kos sekolah rendah swasta pada tahun pertama

Sekolah Swasta 1Sekolah Swasta 2Sekolah Swasta 3
Sekolah rendah kebangsaanBulan 1Bulan kedua dan seterusnyaBulan 1Bulan kedua dan seterusnyaBulan 1Bulan kedua dan seterusnya
Sekolah sesi pagi : Set buku tulis, lencana, dan lain-lainRM3010RM5800RM9800
Yuran sekolah tahunanRM8000RM1,5800RM1,350RM0
Lain-lain (Yuran Peperiksaan Khas)0000RM1900
Yuran bulananRM430RM430RM495RM495RM980RM980
Transit00RM85RM85RM12RM12
Sesi pembelajaran Iqra'00RM50RM50RM80RM80
JumlahRM1,531RM430RM2,210RM630RM2,612RM1,072

Jelas perbezaan yang agak ketara dalam membuat keputusan samada untuk anak meneruskan pembelajaran di sekolah jenis kebangsaan atau swasta. Persekolahan swasta seakan menyambung dan menambah lagi kos selanjutnya sejak dari alam pra-persekolahan lagi.

Pelbagai pilihan untuk untuk ibu bapa bekerjaya, ditambah lagi dengan kos sara hidup dan inflasi gaya hidup yang sentiasa meningkat, ibu bapa disarankan untuk membuat keputusan setelah mengambil kira tahap kemampuan kewangan sepanjang tahun.

Antara kesan literasi kewangan seperti dipetik daripada Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan Malaysia 2019-2023:

  • Menjalani kehidupan yang bermakna, selesa dan stabil
  • Kesedaran ilmu, kemahiran dan tabiat yang diperlukan
  • Meningkatkan keyakinan dan kemahiran membuat pilihan yang bijak

Kesimpulan

Karakter dan matlamat setiap individu adalah berlainan. Walaubagaimanapun, keselesaan hari ini mungkin tidak berpanjangan sekiranya membuat keputusan kewangan yang salah. Buatlah keputusan yang berasaskan pandangan yang holistik, supaya mempunyai keseimbangan antara keperluan simpanan kecemasan, dana pendidikan tinggi anak-anak serta perlindungan pendapatan yang mencukupi. Berjumpalah dengan Perancang Kewangan Bertauliah atau Licensed Financial Planner yang boleh memberikan satu pelan tindakan menyeluruh daripada analisa kewangan bersama supaya setiap keputusan yang diambil tidak berat sebelah dengan faktor emosi, favourite atau penyelidikan seorang diri yang boleh menjadi bias dalam membuat  sebarang keputusan kewangan.

Apakah antara kos yang anda rasakan sangat penting untuk membesarkan anak-anak di Malaysia?

You May Also Like