Mengasuh kanak-kanak menjadi bijak kewangan untuk memelihara masa depan kewangan mereka. (Original article in English)

Kebanyakkan perancang kewangan di Malaysia telah menyaksikan kesan cakna kewangan terhadap kehidupan individu. Bayangkan jika pendidikan kewangan diberikan pada tahap umur yang lebih awal.

Ibu bapa memainkan peranan kritikal dalam membentuk masa depan kewangan anak-anak mereka. Antara cara yang paling berkesan adalah dengan memimpin melalui tauladan dan menunjukkan tabiat pengurusan wang yang bertanggungjawab dan boleh dipelajari dan digunakan dalam kehidupan seharian mereka.

1. Menetapkan belanjawan

Belanjawan adalah aspek yang penting dalam pengurusan kewangan. Ia melibatkan menjejak pendapatan dan belanja, menetapkan matlamat kewangan, dan memperuntukkan dana dengan sewajarnya.

Dengan mencipta bajet, ibu bapa boleh mendidik anak mereka nilai hidup mengikut kemampuan dan membuat keputusan kewangan yang bermakna.

Contoh 1: Reka visual atau carta yang memaparkan bajet isi rumah, seperti carta atau hamparan excel, dan menerangkan setiap kategori ( perumahan, utiliti, barangan runcit dan sebagainya kepada anak-anak anda. Contohnya, jika bajet barangan dapur anda berjumlah RM800, bincang bagaimana anda sampai kepada jumlah ini dan barangan yang diperlukan. Berbincang dengan mereka mengapa matlamat kewangan penting dan beri peluang untuk mereka mencadangkan kaedah untuk menjiwatkan wang atau mengurangkan perbelanjaan.

Contoh 2: Galakkan anak-anak untuk mencipta bajet mereka bagi wang belanja atau hasil daripada kerja sambilan. Bantu untuk mereka menetapkan sasaran berbelanja setiap bulan. Jika mereka mendapat elaun RM50 sebulan, gunakan RM30 untuk belanja dan RM20 untuk simpanan.

2. Menabung untuk Kecemasan

Kecemasan boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja dan persediaan kewangan amat penting untuk menghadapinya. Ibu bapa di Malaysia perlu menyediakan dana kecemasan sebanyak 3-6 bulan perbelanjaan. Ia boleh menjadi jaring keselamatan jika berlaku masalah kewangan yang tidak dijangka seperti kehilangan pekerjaan atau masalah kesihatan.

Contoh 1: Buka akaun simpanan untuk anak anda dan bincangkan tujuan tabung tersebut. Galakkan mereka menyimpan sebahagian daripada elaun atau gaji daripada kerja sambilan dengan menetapkan sasaran simpan bulanan. Jika anak anda mahu menyimpan sebanyak RM100, terangkan bagaiamana ia boleh membantu menampung belanja yang pada masa depan.

Contoh 2: Kongsi pengalaman sendiri bagaimana anda mampu membantu keluarga dengan wang simpanan RM15,000 yang anda simpan selama ini. Ia membantu untuk menggambarkan betapa pentingnya bersedia daripada segi kewangan untuk sebarang kejadian yang tidak dijangka dan faedah menabung.

3.  Melabur untuk Masa Depan

Pelaburan adalah komponen penting dalam perancangan kewangan kerana ia membolehkan individu mengembangkan kekayaan mereka dari masa ke masa.

Ibu bapa perlu mempertimbangkan pelbagai pilihan pelaburan seperti saham, bon atau hartanah, untuk menjamin masa depan kewangan mereka dan menggunakan pengalaman ini untuk mengajar anak-anak tentang nilai pelaburan.

Contoh 1: Bincangkan matlamat dan strategi pelaburan anda dengan anak-anak. Terangkan perbezaan pelbagai pilihan pelaburan seperti saham, bon, dan hartanah serta bincangkan kepentingan kepelbagaian dalam pelaburan. Jika anda melabur RM10,000 dalam pelbagai portfolio 5 tahun lalu, ia kini berkembang kepada RM15,000, terangkan konsep kepelbagaian dan pelaburan jangka masa panjang yang menyumbang kepada pertumbuhan ini

Contoh 2: Pertimbangkan untuk membuka akaun pelaburan jagaan untuk anak anda dan benarkan mereka mengambil bahagian dalam melabur. Mulakan dengan jumlah kecil seperti RM500 dan bimbing mereka melalui proses belajar dan memilih pelaburan yang sesuai. Pengalaman seperti ini akan membantu untuk belajar asas pelaburan dan memberikan mereka rasa pemilikan untuk masa depan kewangan.

Kesimpulan

Celik kewangan adalah penting untuk semua, dan ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membentuk masa depan kewangan anak-anak. Sebagai ibu bapa, peranan anda adalah mengamalkan dan berkongsi tabiat kewangan yang baik dan boleh menjadi ikutan anak. Apabila anda melibatkan anak-anak dalam membuat keputusan kewangan, ia membantu mereka untuk membesar menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab daripada segi kewangan. Kemahiran ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kanak-kanak tetapi turut menyumbang terhadap kestabilan Malaysia secara keseluruhannya.

Apakah kaedah lain yang boleh dilakukan untuk mendidik kanak-kanak menjadi bijak kewangan?

You May Also Like