Cakna kewangan bermula seawal yang mungkin dan setiap perjalanan pelaburan bermula dengan satu langkah. (Original article in English)

Anda mungkin tertanya-tanya “Benarkah simpanan aku yang sedikit ini mampu memberi kesan yang besar?” Perasaan ragu-ragu ini adalah normal. Dunia kewangan mungkin kelihatan menakutkan dan kompleks kerana hanya mereka yang melabur dengan banyak mendapat pulangan yang memuaskan.

Namun begitu, realitinya adalah jauh lebih baik daripada yang anda fikirkan.

Kisah seorang insan kaya boleh membuatkan anda percaya bahawa jumlah wang yang  banyak boleh mencipta kekayaan yang besar tetapi ia tidak benar.

Mulakan langkah pertama dengan jumlah serendah RM500. Ia bukan lagi tentang jumlah permulaan, tetapi strategi yang diamalkan, keputusan yang dibuat dan kekerapan anda melabur.

Mitos bahawa hanya jumlah yang besar boleh menjana pulangan yang banyak perlu disangkal. Sebaliknya, mantera pelabur moden kini adalah dengan mulakan dengan awal, melabur dengan bijak dan membiarkan keajaiban ‘compounding’ melakukannya.

Asas untuk Masa Depan Kewangan Anda

Semasa anda bersedia untuk mempelajari strategi pelaburan, mari kita teliti dan bayangkan untuk seketika.

Anda mempunyai sejumlah wang yang terkumpul. Mungkin ia bukanlah sebanyak yang diinginkan, tetapi ia adalah wang hasil titik peluh bekerja dan anda mahu laburkannya, sebagai asas kepada pelaburan.

Persoalan yang timbul adalah di mana anda perlu menanam asas ini? Pelaburan adalah bidang yang luas dan mempunyai ganjaran dalam bentuk berbeza. Daripada platform yang mematuhi akta ditetapkan kerajaan kepada pelaburan kripto yang sukar dijangka, setiap jalan memberikan peluang unik untuk menggandakan kekayaan anda.

Berikut adalah 10 peluang pelaburan di Malaysia.

#1. Memanfaatkan Kuasa Penggandaan: Amanah Saham Bumiputera (ASB)

“Jika ada keajaiban dalam kewangan, ia dipanggil penggandaan,” kata Warren Buffett, Oracle of Omaha. Untuk warga bumiputera Malaysia, ASB adalah seperti tongkat ajaib.

ASB mempunyai rekod menawarkan hasil yang kukuh untuk pelaburan jangka panjang apabila wang anda meningkat secara konsisten dari masa ke masa dan menjana lebih banyak pendapatan daripada sebelumnya.

Dengan risiko yang rendah dan tiada caj pembelian atau penebusan, ASB adalah platform yang baik untuk melaburkan RM1,000 pertama anda.

#2. Caruman Pekerjaan: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

KWSP berfungsi sebagai caruman persaraan untuk pekerja di Malaysia, dengan pulangan yang stabil dan lumayan.

Ia bukan sahaja bergantung kepada caruman wajib yang anda perlu ambil tetapi juga mempertimbangkan untuk meningkatkan caruman atau membuat caruman tambahan lain.

Caruman yang berterusan akan membina benteng kewangan yang mampu melindungi anda semasa kejatuhan ekonomi.

#3. Perancangan Persaraan Era Emas: Skim Persaraan Swasta (PRS)

PRS berfungsi sebagai asas kepada tabung persaraan anda. PRS mengambil pendekatan berdisiplin untuk simpanan dengan syarat pengeluaran yang menggalakkan pelaburan jangka masa panjang. Ia adalah satu pelaburan yang berbaloi dengan jumlah pelepasan cukai sehingga RM3,000 hingga tahun 2023.

Beringatlah bahawa masa emas untuk persaraan hanya menjadi realiti jika anda menanam asas pelaburan dengan awal.

#4. Batu Asas Membina Kekayaan: Tabung Amanah Pelaburan Hartanah (REITs)

Adakah anda tertarik untuk melabur dalam hartanah tetapi tertangguh kerana ia memerlukan modal yang besar? Perkenalkan REITs.

Melalui akses kepada pelbagai jenis hartanah dan pembayaran dividen yang tinggi, REITs menawarkan cadangan yang amat menarik. Ya, ia adalah pelaburan jangka masa panjang, tetapi seperti kata pepatah, “ Rom tidak dibina dalam masa sehari”.

#5. Kekuatan dalam Bilangan: Dana Unit Amanah

Bergabung tenaga dengan pelaburan yang berfikiran sama, kumpulkan sumber anda dan melangkah ke dunia pelaburan yang diuruskan secara profesional melalui dana unit amanah.

Ia menjadi sebahagian daripada pelaburan yang berkuasa apabila anda menggabungkan tenaga untuk memberikan lebih banyak kuasa dalam medan perang pelaburan.

#6. Terbaik di Kedua-dua Dunia: Dana Dagangan Bursa (ETFs)

Inginkan unit amanah yang pelbagai tetapi kebolehdagangan yang fleksibel? ETF adalah jawapan yang anda cari!

Dengan yuran yang rendah, ETF adalah pilihan terbaik terutamanya untuk pelabur baharu.

#7. Melayari Pasaran Saham: Saham Cip Biru

Cip biru adalah seperti ‘bangsawan’ dalam pasaran saham, menawarkan kestabilan dan pendapatan tetap dalam bentuk dividen.

Perlu ingat bahawa saham bukanlah skim ‘cepat kaya’ ; tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen jangka masa panjang.

#8. Membiayai Masa Depan:‘Equity Crowdfunding’

Equity crowdfunding adalah untuk mereka yang mahu menjadi sebahagian daripada perkara besar seterusnya. Ia membolehkan anda melaburkan dalam syarikat pemula (startup) dan syarikat yang berada dalam peringkat permulaan, yang sebelum ini hanya untuk individu bernilai tinggi.

Walaupun pelaburan ini membawa risiko yang besar, potensi pulangan juga tinggi.

#9. Meminjam untuk Untung: ‘P2P Lending’

Pinjaman rakan sebaya atau pendanaan ramai berdasarkan Peer-to-peer lending (P2P) atau pendanaan ramai berasaskan hutang membolehkan anda menjadi pembiaya mikro. Ia adalah senatio yang berisiko tinggi di mana anda perlu meminjamkan wang kepada perniagaan sebagai tukaran untuk pulangan faedah yang tinggi.

#10. Menunggang Gelombang Kripto: Mata Wang Kripto

Mata wang kripto menawarkan perjalanan yang penuh warna. Dengan turun naik yang tinggi, ia mempunyai potensi untuk memberikan keuntungan yang luar biasa, tetapi anda juga berisiko untuk menghadapi kerugian yang besar.

Jika anda berupaya untuk menanggung risiko tinggi dan pemahaman yang mendalam tentang pasaran kripto, ia boleh menjadi pilihan yang baik sebagai salah satu portfolio pelaburan anda.

Kesimpulan

Seperti yang anda lihat, dunia pelaburan bukan sahaja untuk jutawan. Ia menuntut kesabaran, pengetahuan, dan disiplin, bukan sekadar mempunyai wang yang banyak. Jadi, tunggu apa lagi? Masuk ke arena pelaburan dengan RM1,000 anda dan mulakan perjalanan anda terhadap kebebasan kewangan hari ini! ‘

*Sesetengah produk dan perkhidmatan kewangan mungkin tidak mematuhi shariah. Sila selidik dengan sepenuhnya sebelum membuat sebarang keputusan kewangan.

 Apakah kaedah kegemaran anda untuk menggandakan wang sedia ada? Komen dalam ruangan di bawah.

You May Also Like