Belajar tentang perlindungan dari insurans hayat dan penyakit kritikal. (English version)
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=dFstDghySbQ[/embedyt]
Insurans Hayat (“Life Insurance”) dan Kecacatan Kekal (“Total Permanent Disability”)
Insurans ini menyediakan perlindungan untuk kematian dan kecacatan kekal. Jumlah perlindungan dinyatakan di dalam terma jumlah yang dijamin. Rider lain seperti insurans perubatan, penyakit kritikal, kemalangan peribadi juga boleh disertakan sekali dengan polisi insurans hayat dan kecacatan kekal tersebut.
Insurans Hayat Bertempoh (“Term Life Insurance“)
Insurans ini menyediakan perlindungan untuk tempoh masa tertentu seperti 5, 10, 15 ataupun 20 tahun dan kebiasaannya sehingga umur 70.
Jenis
- Level Term: jumlah dijamin kekal sama sepanjang tempoh perlindungan
- Reducing/Increasing Term: Jumlah dijamin berkurang/meningkat sepanjang tempoh perlindungan
- Renewable Term: perlindungan yang boleh disambung ke tempoh berikutnya selepas tempoh luput
- Convertible: perlindungan boleh diubah kepada insurans sepanjang hayat (“Whole Life“) selepas tempoh luput
Pros
- Kos yang murah
- Tambahan kos premium hanya apabila umur meningkat
Cons
- Tiada pulangan
- Tiada nilai wang
- Polisi boleh ditamatkan jika tidak dibayar dalam tempoh tertentu (“grace period“), selalunya selepas 30 hari
Keseluruhan: Insurans hayat bertempoh sesuai untuk perlindungan jangka masa pendek – contohnya; jika terdapat hutang atau bayaran yang belum dilunaskan i.e kereta, rumah
Insurans Sepanjang Hayat (“Whole Life Insurance“)
Insurans ini menyediakan perlindungan untuk tempoh masa yang lama dan di masa yang sama mengumpul nilai sepanjang tempoh bayaran.
Jenis
- Premium berterusan: Premium dibayar sepanjang hayat
- Premium terhad: Premium dibayar selama jumlah tahun tertentu atau sehingga mencapai umur tertentu
Pros
- Perlindungan sepanjang hayat
- Jumlah premium yang tetap setiap tahun
- Pengumpulan nilai wang
Cons
- Tidak popular di Malaysia
Keseluruhan: Insurans sepanjang hayat amat berguna jika anda memerlukan perlindungan untuk jangka masa yang lama untuk jumlah bayaran yang tetap dan pada masa yang sama, ingin membina nilai wang pada polisi tersebut tanpa memerlukan fleksibiliti untuk mengubah alih perlindungan.
Insurans Hayat Universal
Insurans ini melindungi anda sepanjang hayat dan pada masa yang sama, menyediakan fleksibiliti untuk mengubah bayaran premium.
Pros
- Perlindungan dan premium yang fleksibel
- Nilai wang yang dijamin dan lebih tinggi
- Pulangan yang dipuratakan di tempoh ekonomi kurang baik
Cons
- Premium tidak tetap
- Tidak popular di Malaysia
Keseluruhan: Kebiasaannya di Malaysia, insurans hayat universal tidak disediakan jadi anda perlu mendapatkan perlindungan ini di syarikat luar Malaysia dan hanya jika anda perlukan fleksibiliti tambahan.
Insurans Berkait Pelaburan (“Investment-Linked Insurance”)
Premium yang dibayar akan diletakkan di akaun berkaitan pelaburan di dalam bentuk unit. Pada tempoh awal, bukan semua bayaran akan diagihkan ke akaun pelaburan di mana selebihnya akan disalurkan ke bayaran insurans dan juga caj lain.
Jenis
- Premium tetap
- Objektif: Perlindungan
- Nilai jaminan: ~100X premium tahunan
- Manfaat: nilai jaminan + nilai pelaburan
- Peruntukan premium: rendah pada tahun awal (40% – 90%)
- Premium tunggal
- Objektif: Pelaburan
- Nilai jaminan: ~25% lebih daripada nilai pelaburan
- Manfaat: Nilai jaminan ATAU jumlah nilai pelaburan (mana-mana yang lebih tinggi)
- Peruntukan premium: tinggi (95% ke atas)
Pros
- Fleksibiliti untuk mengubahsuai jumlah nilai jaminan dan rider (yang memberi kesan kepada premium)
- Perlindungan sehingga umur 100
- Fleksibiliti untuk memilih/menukar dana pelaburan
- Dapat menambah nilai di dalam dana pelaburan
- Popular di Malaysia
Cons
- Caj tambahan seperti caj perkhidmatan, pengurusan dana, caj polisi
- Premium mungkin meningkat jika nilai pelaburan tidak dapat menampung kos insurans
Keseluruhan: Insurans berkait pelaburan menyediakan fleksibiliti berkaitan dengan premium dan perlindungan namun kedua-dua premium dan pulangan tidak dijamin.
Faktor yang Mempengaruhi Premium Insurans Hayat
- Kos lebih tinggi untuk tempoh perlindungan yang lebih panjang (tahunan)
- Kos lebih tinggi untuk umur yang lebih lanjut
- Kos lebih tinggi untuk lelaki berbanding wanita
- Kos lebih tinggi untuk perokok
- Kos lebih tinggi untuk sakit sedia ada
- Kos lebih tinggi untuk pekerjaan risiko tinggi
Rider
Rider adalah manfaat tambahan yang boleh digabungkan dengan polisi insurans hayat.
Manfaat perubatan
- Hospitalisasi dan Pembedahan: pulangan balik kos bilik dan penginapan hospital (“Room and Board”), pembedahan, rawatan, perbelanjaan lain, perbelanjaan sebelum dan selepas hospitalisasi, rawatan pesakit luar kanser, dialisis buah pinggang
- Penyakit Kritikal: pampasan pemegang polisi secara lump sum apabila di-diagnos salah satu daripada 36 penyakit kritikal. Pilihan tambahan termasuk pampasan awal penyakit kritikal dan pendapatan penyakit kritikal
Manfaat Pembayar
- Pelepasan premium (“Premium waiver“): pelepasan dari bayaran premium pada tahun-tahun seterusnya apabila berlaku kecacatan kekal atau penyakit kritikal untuk orang yang dijamin
- Manfaat pembayar polisi (“Payor benefit“): pelepasan dari bayaran premium pada tahun-tahun seterusnya jika terjadinya kecacatan kekal atau penyakit kritikal kepada pembayar i.e suami/isteri, ibu bapa.
Manfaat Perlindungan Kemalangan
- Kematian atau kecacatan disebabkan kemalangan : bayaran pampasan apabila berlakunya kematian atau kecacatan kekal. Untuk kes yang melibatkan pengangkutan awam, bayaran pampasan selalunya dua kali ganda daripada jumlah asal.
- Perubatan kemalangan: bayaran untuk perbelanjaan rawatan dan hospitalisasi disebabkan oleh kemalangan.
- Pendapatan kemalangan: bayaran pendapatan apabila hilang upaya atau hospitalisasi disebabkan oleh kemalangan
Terminologi Insurans Hayat
- “Accelerated Benefit“: Pampasan penyakit kritikal yang apabila dibayar akan mengurangkan jumlah pampasan hayat
- “Automatic Premium Loan (APL)“: polisi insurans hayat yang mempunyai nilai wang akan diguna secara automatik untuk membayar premium untuk mengelakkan polisi tersebut luput
- “Assignment“: pemindahan hak milik polisi secara sah
- Pemindahan mutlak (“Absolute“) – tidak boleh dikembalikan
- Pemindahan Bersyarat – dengan syarat T&C
- “Conversion Privilege“: keistimewaan pertukaran dari satu polisi ke polisi yang lain i.e insurans bertempoh kepada insurans sepanjang hayat
- “Free-look period“: tempoh 15 hari di mana pemegang polisi boleh memeriksa polisi dan bayaran balik penuh jika tidak berpuas hati (ditolak dengan kos pengunderaitan seperti pemeriksaan kesihatan). Untuk insurans berkait pelaburan, ia bergantung kepada nilai pelaburan ketika pembatalan polisi.
- “Guaranteed insurability“: syarikat insurans mesti membaharui polisi dengan tidak mengambil kira keadaan kesihatan pemegang polisi.
- “Incontestability“: polisi insurans hayat sah selepas 2 tahun walaupun terdapat maklumat yang tidak dimasukkan kecuali jika terdapat maklumat yang disembunyikan atau berlaku ketidakjujuran dalam menyediakan maklumat.
- “Non-forfeiture“: klaus yang melindungi pemegang polisi untuk menerima semua/sebahagian daripada manfaat asalkan polisi tersebut mempunyai nilai wang
- “Non-participating“: pemegang polisi tidak menerima sebarang nilai wang, bonus atau dividen dari polisi
- “Rated policy“: polisi untuk orang dilindungi yang mempunyai risiko lebih tinggi (i.e sakit sedia ada) dan oleh itu, tertakluk kepada pengecualiaan dan/atau kos premium yang lebih tinggi
- “Reduced paid-up insurance“: polisi sedia ada dengan nilai wang ditukarkan kepada polisi “non-participating” dengan nilai jaminan yang lebih rendah dan tiada rider.
Adakah anda lebih faham tentang insurans hayat dan penyakit kritikal? Komen di bawah untuk soalan lanjut tentang topik berkenaan.
Leave A Comment