Persaraan; ngeri atau seri? Tentukan masa depan anda dengan perancangan yang betul.
Contents
Konsep Persaraan
Ada dua benda yang pasti dalam hidup kita; ajal dan cukai. Kini, memandangkan ramai yang hidup berkerjaya, kita boleh tambah perkara yang ketiga iait: persaraan.
Berapa lamakah sebenarnya kita akan bersifat produktif? Jawapannya; dari mula bekerja hinggalah kita bersara. Ataupun selama kita mampu memerah keringat tulang empat kerat ini. Jadi, persaraan adalah saat untuk kita menikmati usaha keras sendiri.
Mulakan Perancangan Awal
Secara umumnya, kita bekerja seawal umur 21 tahun dan mungkin setelah tamat pelajaran pada umur 25. Tapi pada permulaan pekerjaan, pendapatan masih belum stabil. Setelah beberapa tahun bekerja, pendapatan bertambah stabil dan pekerjaan juga dijamin apabila kita makin berpengalaman.
Maka, jika kita bermula bekerja pada umur 25 tahun, terdapat lebih kurang 30 tahun waktu produktif iaitu tempoh masa untuk kita menjana pendapatan (“wealth accumulation period“). Selepas itu, apakah yang akan terjadi semasa tempoh kita mula untuk tidak bekerja? (“retirement period“)
Dengan mengambil kira jangka hayat purata rakyat Malaysia iaitu 75 tahun, waktu produktif selama 30 tahun itu haruslah mampu untuk membiayai kehidupan kita selama bekerja dan selepas persaraan (20 tahun jika bersara pada umur 55 tahun).
Jaga Aliran Tunai (“Cashflow“) Anda
Jika aliran tunai kita masih konsisten di dalam zon negatif ditambah pula dengan hutang dan komitmen yang bertimbun, mampukah kita untuk membiayai tempoh persaraan? Oleh itu, jagalah aliran tunai dan sentiasa beringat untuk hari tua.
Jika kita masih dikurniakan umur yang muda, badan yang sihat dan akal yang cerdas, kita masih mampu untuk bersifat produktif dan terus bekerja. Bagaimana pula apabila kita sudah tidak mampu bekerja disebabkan oleh umur yang lanjut?
Jadi, renung-renungkanlah. Bersara itu pasti. Perancangan yang akan menentukan segala-galanya dan jika semuanya diatur dengan baik, nikmat persaraan yang sejahtera tanpa kerunsingan boleh dikecapi oleh semua orang.
Komen di bawah jika anda ingin lebih tahu ataupun ingin berkongsi pendapat tentang rancangan persaraan.
Leave A Comment