Mengalami masalah mendapatkan pinjaman perniagaan? Tips berikut mungkin dapat membantu anda untuk menambah baik proses dan kadar pinjaman perniagaan anda. Artikel asal disediakan oleh pihak FundingSocieties.com.my. (Original article in English)

Mendapatkan pinjaman untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS), ataupun Small and Medium Enterprises (SME), merupakan salah satu cabaran biasa yang dihadapi oleh bisnes di luar sana. Pihak bank selalunya tegas dalam mengimplementasikan pinjaman kepada bisnes apatah lagi kepada individu. Namun, bisnes secara kasarnya perlukan pinjaman untuk kekal dalam perniagaan supaya aliran tunai kekal stabil. Walaupun proses pinjaman perniagaan nampak membebankan, apabila anda menetapkan matlamat anda sendiri yang realistik, anda dapat meningkatkan peluang anda.

Berikut adalah tips yang anda boleh praktikkan untuk memastikan proses mendapatkan pinjaman perniagaan berjalan dengan lancar.

Dapatkan Pemeriksaan Kredit Untuk Anda dan Bisnes Anda

#1. Berapa tempoh anda terlibat dalam bisnes?

Untuk melayakkan diri untuk pinjaman perniagaan dengan bank, anda perlu beroperasi sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun. Syarikat pembiaya, peminjam dan platform Peer-to-peer (P2P) mempunyai syarat yang lebih kurang sama di mana anda perlu beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun.

Borang permohonan pinjaman selalunya akan bertanya tentang status kewangan untuk tempoh 6 bulan jadi anda perlu memastikan bahawa aliran tunai dalam akaun bank anda stabil dan konsisten supaya dapat meningkatkan peluang anda mendapat pembiayaan.

#2. Apakah skor kredit anda?

Skor kredit anda secara keseluruhannya memainkan peranan penting dalam menentukan jenis pinjaman yang anda layak. Ini bermaksud bank atau pembiaya dapat memberikan pandangan mereka dalam struktur pinjaman yang lebih sesuai untuk anda.

Jika anda tidak tahu apa-apa tentang skor kredit, anda boleh membuka akaun dengan agensi laporan kredit bersama CTOS untuk mendapatkan laporan terkini yang berserta caj perkhidmatan. Syarikat kredit kad anda juga mempunyai informasi ini.

#3. Mampukah anda membayar balik pinjaman?

Ianya berdasarkan rekod kredit anda dan kedua-dua komitmen individu dan juga bisnes. Kira berapa yang anda perlukan untuk titik pulang modal di mana perbelanjaan sebulan dapat ditampung dengan keuntungan sebulan. Pastikan juga anda tidak mempunyai pinjaman lain yang tertunggak seperti kredit kad dan pinjaman perniagaan.

Mempunyai rekod yang tidak baik seperti tidak membayar balik pinjaman atau pembayaran lewat dapat menjejaskan peluang anda memperoleh pinjaman perniagaan.

#4. Mengapa anda memerlukan pinjaman/pembiayaan?

Anda perlu betul-betul pasti dan jujur tentang mengapa anda memerlukan pinjaman. Ianya juga soalan lazim yang ditanya oleh bank dan peminjam. Antara sebab-sebab yang biasa didengari adalah untuk pengurusan aliran tunai, perbelanjaan seharian ataupun untuk mengembangkan perniagaan.

Walau apapun sebabnya, sebagai pemilik syarikat, anda perlu memberi sebab yang kukuh untuk memperoleh pinjaman.

Memahami Sistem Peminjaman/Pembiayaan

Antara fakta menarik mengenai bank adalah mereka kebiasaannya memberi pinjaman yang tidak melebihi 30% daripada komitmen kewangan semasa anda. Pastikan anda membuat pengiraan menyeluruh sebelum menghantar borang kepada pihak peminjam. Cuba untuk membuat pengiraan dalam aspek perbelanjaan dan pembayaran balik supaya anda tidak terbeban dengan komitmen tersebut.

Ambil kira juga mengenai kadar pinjaman dan juga tempoh pinjaman. Sasarkan matlamat di mana anda struktur pembayaran anda dapat ditampung dengan keuntungan daripada bisnes anda. Kadar untuk berjaya dapat ditingkatkan apabila anda dapat meyakinkan peminjam bahawa anda mampu membayar balik pinjaman dengan tepat.

Kami berharap anda dapat menggunakan tips yang diberi dengan sebaiknya dan jika anda ingin mendapatkan pembiayaan untuk perniagaan anda:

Daftar Bersama Funding Societies

Link pembukaan akaun: FundingSocieties.com.my

Jika anda merancang untuk mengembangkan portfolio pelaburan anda di samping membantu perniagaan di Malaysia, buka akaun bersama Funding Societies Malaysia sekarang.

Referral code: jghl0uiv

 

 

You May Also Like

 

Apakah cadangan anda untuk meningkatkan peluang perniagaan mendapat pinjaman perniagaan?