Apakah itu penjarakkan sosial? Kenapa perlu dipraktikkan? Dan, bagaimana cara yang betul untuk mempraktikkan penjarakkan sosial? (Original article in English)

Apa itu Penjarakkan Sosial?

Penjarakkan sosial, ataupun social distancing adalah terma yang bermaksud penghindaran hubungan antara masyarakat seperti berjabat tangan, duduk berdekatan atau perhimpunan.

Ini bermaksud penjagaan jarak fizikal antara satu sama lain dan menghindari dari berkunjung ke tempat awam yang boleh meningkatkan risiko anda dijangkiti seperti pasaraya, masjid atau perhimpunan ramai.

Di kala krisis pandemik ini, amatlah penting untuk mengamalkan tabiat penjarakkan sosial dengan segera. Kerajaan Malaysia sudah pun mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus mengaktifkan penjarakkan sosial di skala nasional.

Kenapa Kita Perlu Mengamalkan Penjarakkan Sosial?

Untuk memahami mengapa kita semua perlu mengamalkan penjarakkan sosial, kita perlu mekanisme wabak COVID-19.

Kajian masih lagi sedang dilakukan untuk memahami wabak ini dengan lebih mendalam. Kini, maklumat yang telah diperolehi adalah:

Ini bermakna orang yang membawa penyakit ini boleh berada di sekeliling tanpa dia atau kita sedari!

Perkara terbaik yang mampu kita lakukan adalah sentiasa membasuh tangan secara menyeluruh dan elakkan dari menyentuh muka apabila keluar rumah. Selain mengawal wabak COVID-19 dari merebak melalui permukaan tercemar, kita juga tahu bahawa penyebaran sesama manusia dapat dielakkan secara efektif apabila kita mengelakkan dari terdedah dengan persekitaran sekeliling pesakit yang tercemar.

Jadi, pelindung terbaik adalah dengan menghindari persekitaran sosial, ataupun sekurang-kurangnya menjaga jarak fizikal. Itulah yang dimaksudkan dengan penjarakkan sosial.

Bagaimanakah Cara Untuk Mengamalkan Penjarakkan Sosial

Rumusan:

  • Elakkan dari keluar rumah kecuali untuk hal penting
  • Elakkan pengunjung datang ke rumah
  • Elakkan tempat di mana anda akan berjumpa dengan seseorang
  • Menjaga jarak sekurang-kurangnya *6 kaki (~2 meter) dengan orang lain

*Maklumat tambahan tentang jarak. Sesetengah pihak perubatan mengatakan bahawa anda perlu berada sekurang-kurangnya 1 meter, 1.5 meter, 1.8 meter atau 2 meter. Untuk tujuan artikel ini, kami memilih jarak yang dicadangkan oleh US Center for Disease Control and Prevention (CDC), yang merumuskan jarak 2 meter sebagai jarak yang sesuai untuk penjarakkan sosial. Oleh itu, kami mencadangkan jarak ini sebagai ukuran paling konservatif dan sesuai untuk dipraktikkan.

Jika perkara di atas kurang jelas dan anda mempunyai soalan lanjut, jangan bimbang. Anda hanya perlu mengikut perintah pihak atasan dan membuat keputusan yang bijak.

Soalan Yang Kerap Ditanya (FAQ)

Q1: Bagaimanakah cara yang sesuai untuk mengucapkan salam, lebih-lebih lagi dengan rakan bisnes? Bolehkah saya berjabat tangan ataupun saya perlu menjaga jarak?

A1: Tolong jangan berjabat tangan. Jaga jarak anda dari awal hingga ke penghujung perjumpaan tersebut. Berikan salam dari jauh. Sama ada hendak lambai, tunduk atau meletakkan tangan di dada (seperti krew penerbangan MAS) itu terpulang kepada anda.

Q2: Saya percaya dengan rakan-rakan dan keluarga saya. Bolehkah saya pergi melawat atau mereka melawat saya? Mungkin hanya untuk makan-makan atau balik kampung.

A2: Mampukah anda menjaga jarak 6 kaki (2 meter) dengan mereka sepanjang perjumpaan? Adakah perjumpaan ini penting? Secara amnya, mustahil untuk kita ketahui tanpa pemeriksaan lanjut sama ada mereka telah terdedah dengan virus ataupun membawa virus. Mengikut fakta, virus ini amatlah senang untuk merebak dan tindak balas setiap orang terhadap virus ini berbeza. Saya percaya bahawa anda selesa dengan keluarga sendiri tetapi amalkan langkah waspada terhadap virus ini. Ia tidak mengenal individu.

Q3: Saya perlu ke klinik atau pasaraya. Bagaimanakah cara untuk saya mengamalkan penjarakkan sosial?

A3: Pastikan anda sentiasa mengamalkan jarak 6 kaki (2 meter) dengan orang sekeliling pada setiap masa. Maksudnya, anda perlu sentiasa memberi perhatian dengan keadaan sekeliling. Cuba untuk melakukan pembelian dan kunjungan pada masa yang kurang sesak. Jauhi diri jika ada orang duduk bersebelahan anda dan pastikan jarak anda. Jika anda ke pasaraya yang sesak, cuba untuk elakkan dan tangguhkan pembelian anda. Pastikan jarak 6 kaki dan elakkan situasi di mana anda berebut untuk membeli makanan. Walaupun anda akan kelihatan pelik dan menyusahkan, ianya lebih berbaloi daripada dijangkiti. Keselamatan anda lebih penting daripada kesusahan yang anda alami.

Tips berguna adalah bawa payung bersama anda. Panjang tangan bersama dengan payung tersebut adalah kayu ukur terbaik untuk jarak sesuai sementara tempoh kawalan pergerakan ini.

Q4: Nanti apa orang akan fikir bila saya buat begini? Malulah kalau setiap kali keluar macam ni, atau bila saya perlu batal perjumpaan dengan orang lain. 

A4: Sekali lagi, anda perlulah beringat bahawa keselamatan anda dan keluarga adalah lebih penting dari air muka. Kita tidak boleh mengawal air liur dan percakapan orang tetapi kita boleh mengawal risiko jangkitan ini. Dengan cara yang sesuai dan apabila semua patuhi perintah kerajaan, wabak ini mampu diatasi dengan lebih efisien.

Jika anda pemilik bisnes yang masih beroperasi ketika PKP, terapkan amalan penjarakkan sosial pada pekerja dan pelanggan anda juga.

Contoh penjarakkan sosial di McDonald’s Bandar Puteri Klang dengan tanda yang jelas. Minimum 1 meter dari semua arah. (Sumber: thestar.com.my)

Buat Ni Tak Boleh, Itu Tak Boleh; Habis, Apa Nak Buat?

Penjarakkan sosial sangatlah tidak selesa dan susah untuk dipraktikkan bagi masyarakat sosial namun ia bukanlah penghujung kepada gaya hidup sosial anda.

  • Gunakan sosial media sebagai medium penghubung dengan rakan-rakan dan keluarga.
  • Cari jalan untuk bersenam di rumah
  • Isi masa lapang dengan aktiviti di rumah

Ingatlah bahawa amalan gaya hidup sihat dan tabiat kebersihan diri yang berkesan amat berguna di masa krisis ini.

Konklusi

Apabila anda ketahui bagaimana virus ini merebak, sanggupkah anda menghadapi risiko tinggi untuk keluar rumah?

Sama ada anda duduk di rumah atau berwaspada dengan mengamalkan penjarakkan sosial. Ingat. Jarak sebanyak 6 kaki atau anda yang ditanam 6 kaki. Pilihan terletak di jarak anda.

 

You May Also Like

 

Bagaimanakah anda mengisi masa lapang di rumah? Adakah anda mengamalkan penjarakkan sosial apabila keluar rumah? Kongsi bersama kami dan komen di bawah.