Rakyat Malaysia kini lebih terhubung antara satu sama lain dengan penggunaan media sosial dan telefon pintar. Tetapi, apakah tabiat penggunaan telefon bimbit anda yang terbaik sementara kita di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini? (Original article in English)

Memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia kekal di rumah ketika PKP, maka lebih ramai yang akan “terlekat” dengan telefon masing-masing untuk berkomunikasi serta menjadi sumber berita dan hiburan.

Namun, kita semua boleh terdedah dengan tabiat penggunaan telefon yang boleh mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan. Antaranya adalah:

  • Penyebaran berita palsu yang boleh mendatangkan panik kepada komuniti.
  • “Melekat” di skrin untuk masa yang lama. Apabila kita kekal di rumah pada masa yang sama, kita akan lebih terdedah dengan skrin telefon.
  • Memenuhi telefon dengan kandungan media yang tidak berfaedah
  • Skrin telefon yang kotor dan terdedah

Banyak tabiat buruk ini telahpun menjadi makanan ruji dalam hidup kita. Apabila kita terlalu mengharapkan teknologi untuk kekal berhubung dan untuk bekerja dari rumah, lebih besar peluang untuk kita kekal dengan tabiat buruk ini.

Jangan risau. Tabiat buruk ini dapat diatasi dengan mengamalkan 4 langkah ini;

#1. Sahkan sumber berita anda sebelum dikongsi

Platform sosial media dan servis komunikasi seperti WhatsApp dan FaceBook telahpun menjadikan hubungan antara manusia lebih pantas, senang dan murah tanpa masalah.

Namun, semua ini dapat membawa kepada penyebaran berita palsu yang lebih berleluasa. Ramai yang telah terperangkap apabila mereka menyangka mereka membantu menyebarkan berita, padahal banyak antaranya yang palsu. Berkongsi berita yang disangkakan dari sumber yang sahih ataupun “orang dalam”, mereka sebenarnya memburukkan lagi keadaan dengan mencetuskan panik dan perasaan takut di dalam komuniti.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan bahawa usaha mereka akan difokuskan ke arah menyekat penyebaran berita palsu, terutamanya yang melibatkan COVID-19. SKMM berganding bahu dengan pihak Jenayah Siber Polis untuk menangani isu ini.

Pihak SKMM menasihatkan rakyat supaya memeriksa berita melalui laman Sebenarnya.my atau aplikasinya untuk mengesahkan berita mengenai COVID-19. Info terbaru juga boleh didapatkan melalui laman web KKM ataupun akaun Twitter KKM Putrajaya yang sah.

Untuk cara lain, rakyat boleh melawat portal berita yang sah (e.g Bernama) dan juga laman dari Malaysiakini tentang jumlah kes COVID-19 di Malaysia yang dikemas kini setiap hari.

#2. Kurangkan Masa di Skrin

Sekarang ini, semua orang digalakkan kekal di rumah dan mengamalkan penjarakkan sosial. Jadi, lebih ramai orang akan menggunakan telefon sama ada untuk hiburan, kerja atau sekadar menghabiskan masa.

Mungkin anda hanya mendapatkan info terkini tentang COVID-19 ataupun melihat video viral yang dikongsi oleh rakan anda. Tetapi, semua ini boleh mendatangkan keburukan pada tahap psikologi dan emosi anda. Kita semua mengharapkan pada internet tetapi sekali-sekala, anda perlu offline buat sementara waktu supaya tidak dibebankan dengan berita dunia.

Laporan daripada ABC News pada tahun 2017 mengatakan bahawa meluangkan terlalu banyak masa di telefon dapat mendatangkan stress dan kerunsingan yang melampau. Dr. Nancy Chhever, yang mengetuai kajian tentang penggunaan telefon dan stress di California State University, berkata, stress ini datang daripada perasaan yang kita tersekat membuat perkara yang sama berulang kali.

“Telefon bimbit meletakkan kita di dalam “keadaan resah (anxiety) berterusan” yang hanya boleh dilepaskan apabila kita kembali menggunakan telefon bimbit, tetapi ini hanya akan mendatangkan lebih stress. Jika anda merasakan bahawa anda perlu sentiasa berhubung, anda akan sentiasa berasa resah. Apabila ramai yang berasa demikian, ia akan menjurus kepada perkara seperti masalah mental dan penyalahgunaan dadah”, berkata beliau kepada ABC News.

Anda boleh menggunakan aplikasi atau setkan reminder supaya anda tidak meluangkan terlalu banyak masa dengan telefon anda.

Aplikasi seperti YouTube mempunyai pilihan ini yang dipanggil Remind Me To Take A Break dan boleh dijumpai di bawah General di dalam Settings.

Untuk aplikasi bimbit Facebook, klik di menu di bahagian atas kiri (simbol menu), skrol ke Setting & Privacy dan pilih Your Time On Facebook. Di sini, anda dapat lihat berapa banyak masa yang diluang di media sosial – tekan Set Daily Reminder untuk notifikasi harian.

Anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti AntiSocial (Google Play, App Store) dan Space (Google Play, App Store) untuk mengesan masa anda di skrin, letakkan had untuk telefon anda, dan mengawal penggunaan.

#3. “Bersihkan” Memori Telefon Anda

Apabila anda menerima mesej melalui WhatsApp, foto dan video yang diterima akan disimpan di dalam memori telefon anda secara automatik. Tambahan pula apabila PKP, anda akan menerima lebih banyak mesej.

Anda boleh setkan setting WhatsApp di telefon anda supaya muat turun automatik ini ditutup apabila anda menerima mesej. Ini boleh mengelakkan telefon anda penuh dengan imej dan video yang boleh mengganggu prestasi.

Seperti Marie Kondo, penasihat Jepun pakar dalam hal organisasi, berkata: “Adakah ia mendatangkan kegembiraan?”. Walaupun ianya digital, lebih baik untuk tidak menyimpan barang yang tidak diperlukan.

Langkah penting yang boleh anda lakukan adalah mengambil masa untuk mengurus kandungan digital dan meletakkannya di cloud seandainya apa-apa terjadi kepada telefon anda. Pengguna Android boleh menggunakan Google Photos yang dapat memberi info berapa banyak ruang yang tinggal di cloud dan menyimpan foto anda secara berkala. Setelah anda sign in ke dalam akaun Google anda, klik Menu dan kemudian Free Up Space untuk menyemak ruang yang tinggal sebelum anda melakukan pembersihan media di telefon.

Hal yang sama juga di aplikasi. Untuk menyemak bila kali terakhir anda menggunakan sesebuah aplikasi, lancarkan aplikasi Play Store, klik di Menu dan kemudian My Apps & Games. Sekarang, pilih tab Installed untuk menyemak semua aplikasi anda bersama saiz dan tarikh terakhir anda menggunakan aplikasi tersebut.

#4. Cuci telefon anda

Anda menyentuh telefon anda berulang kali yang membuatkan ia tempat paling terdedah dengan kotoran bakteria dan virus walaupun dalam sehari.

Mengikut artikel daripada London School of Hygiene and Tropical Medicine, satu dalam enam telefon bimbit di Britain telah terdedah kepada najis. Walaupun 95% daripada orang yang ditanya berkata mereka menggunakan sabun apabila membasuh tangan, 92% daripada semua telefon dan 82% daripada tangan yang dipantau mengandungi bakteria. Kajian ini dilakukan pada tahun 2011.

Universiti tersebut, yang merupakan universiti pakar dalam topik kesihatan awam dan ubatan tropika, berkata apa yang paling membimbangkan adalah 16% daripada telefon dan tangan yang dipantau mengandungi bakteria E.Coli (Escherichia Coli). Bakteria ini, yang kebiasaannya dijumpa di najis ini dan penyebab kepada sakit perut serta keracunan makanan, boleh hidup di atas permukaan selama beberapa jam terutamanya di kawasan tropika.

Bakteria ini juga senang merebak melalui permukaan yang disentuh seperti tombol pintu, makanan dan semestinya telefon bimbit.

Selain dari kerap membasuh tangan sekurang-kurangnya selama 20 saat, US Centers for Disease Control and Prevention (CDC) juga mencadangkan agar semua permukaan yang paling berisiko dicuci setiap hari.

Cara paling efektif adalah dengan menggunakan 70% isopropyl alcohol – yang mudah didapati di farmasi – dan kain yang telah dibasahkan dengan sabun dan air. Jangan basuh telefon anda terus di sinki pula!

Konklusi

Apabila kita semua bosan dan tak boleh keluar bersiar-siar, “melekat” di telefon adalah perkara biasa dan normal. Cuma tabiat ini perlu dibendung dan dikawal agar tidak menjadi beban kepada orang lain dan diri sendiri. Luang lebih masa dengan yang tersayang ataupun cuba hobi baru seperti bermain gitar pula. Bukan sahaja anda dapat mengubat kebosanan, tetapi boleh menambah skillset baru.

 

You May Also Like

 

Apa lagi aktiviti anda di rumah sementara PKP ini? Apa yang anda rasa tabiat telefon yang baik yang boleh dipraktikkan? Kongsi bersama kami melalui seksyen komen di bawah.