Masa depan salah satu logam paling berharga di dunia boleh terkesan dengan penangan wabak COVID-19 jika keadaan masih belum stabil. (Original article in English)
Laporan dari CGS-CIMB di dalam nota survey Asia-Pacific Strategy pada April 2017 lalu mengatakan bahawa penutupan ekonomi boleh memberi kesan terhadap harga emas kini dan masa depan.
“Prestasi pasaran emas telah mengejutkan penggemar instrumen ini ketika krisis COVID-19 ini. Daripada harga tinggi USD 1,703/oz pada 9 Mac, harga emas merudum kepada USD 1,451/oz pada 16 Mac – kejatuhan sebanyak 15%. Ini mendatangkan kebimbangan kepada pengendali aset kerana emas mengikut trend harga ekuiti sejak hujung Februari. Apabila index volatiliti VIX mencatatkan harga tertinggi dan jatuh sejak 19 Mac, harga emas naik dan jatuh mengikut S&P 500. Trend ini mendatangkan kebimbangan terhadap kegunaan emas untuk diversiti portfolio di ketika ini”.
Mereka juga menambah bahawa pasaran masih sedang menganalisa kesan ekonomi dari COVID-19 dan emas berpeluang untuk kekal dengan prestasi yang teruk. Impak penutupan ekonomi ini sekurang-kurangnya akan bersifat deflasi terhadap pasaran.
CGS-CIMB menerangkan bahawa perang fizikal memusnahkan kapital dan kapasiti pembuatan dan apabila semua reda, akan menyebabkan permintaan naik setara dengan bekalan, yang akan menyebabkan inflasi kelak.
“Apabila bank negara mencetak lebih banyak wang di masa akan datang untuk menginflasikan hutang pemilik instrumen kewangan negara, akan ada inflasi dan harga emas akan bertambah baik. Emas meningkat apabila para pelabur hilang keyakinan dalam US Dollar. Kini, perkara yang sebaliknya terjadi. Masih terdapat permintaan tinggi untuk US Dollar. Jika semua pasaran aset risiko kekal jatuh, tiada sebab mengapa emas akan mendapat permintaan. Nilai dan harga semua aset akan jatuh berbanding dengan tunai”
Contents
Tiada bekalan emas di ketika pandemik COVID-19
Pelabur di Malaysia yang mencari emas mungkin akan menghadapi masalah kerana ketiadaan bekalan disebabkan oleh kuarantin dan permintaan yang tinggi baru-baru ini.
“Orang ramai berpusu-pusu ke arah emas walaupun harga emas fizikal berbanding “emas dalam kertas” kini lebih dua kali ganda. Keadaan yang sama dapat dilihat di seluruh dunia dan bukan sahaja di Malaysia memandangkan operasi pengilangan emas terpaksa diberhentikan dan harga emas yang tidak stabil”, kata peniaga emas.
KH Lau, pengasas dan pengarah urusan syarikat peniaga emas, Rolling Silver Holdings Sdn Bhd, berkata, ketika krisis ekonomi sebelum ini, para pelabur memilih emas untuk mengekalkan nilai pelaburan dan kilang-kilang dapat memenuhi bekalan disebabkan oleh permintaan ini. Kini, disebabkan oleh kebimbangan pelabur terhadap ekonomi, mereka mula membeli emas untuk harga yang semakin meningkat dan kilang pula tidak dapat memenuhi permintaan ini.
“Kami tidak tahu bila kilang tersebut akan menyambung operasi. Ini adalah situasi yang unik”, kata beliau.
Rolling Silver, yang bertanggungjawab atas BuySilverMalaysia.com, telah menjual lebih 90% inventorinya pada 17 Mac – hari sebelum Malaysia menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Menurut pengasas Malaysia Bullion Trade iaitu Dean Arif, jualan yang kebiasaannya untuk beberapa bulan berlaku hanya dalam tiga hari sebelum PKP dijalankan.
“Permintaan meningkat 10 kali ganda dan kami sudahpun memaklumkan kepada pelanggan bahawa bekalan emas dan perak kami sudah kehabisan stok sehingga hujung April”, kata Dean Arif.
Harga emas kini terperangkap di tengah-tengah di mana keadaan volatiliti dan kecairan yang tinggi menyebabkan aset risiko rendah mendapat permintaan tinggi dengan keadaan ekonomi global yang tidak dapat diramal. Prestasi US Dollar pula masih sedang merudum apabila US Federal Reserve menyatakan kebimbangan mereka terhadap tahap kecairan aset yang tinggi sementara aktiviti pencetakan wang (quantitative easing) sedang berlaku.
Buat masa sekarang, harga emas adalah USD 1698.48 (RM 7384.99) setiap troy ounce (31.1 grams). Harga jatuh 1.17% sejak 30 hari lalu tetapi naik 30.47% sejak setahun lalu.
Kesimpulan
Sekiranya COVID-19 gagal dibendung, penutupan ekonomi – sama ada kawalan pergerakan atau perintah kuarantin – akan memberi kesan terhadap tahap permintaan masa kini dan masa akan datang apabila tahap hutang semakin meningkat. Impak akan bersifat deflasi, yang sebelum ini menunjukkan bahawa ia memberi kesan buruk terhadap harga emas. Pengurangan risiko juga akan kekal sebagai filosofi pelaburan jika penutupan ekonomi masih berlangsung.
Bisnes yang tidak dapat diteruskan bermakna aliran tunai akan terjejas. Ini akan menyebabkan bank pusat global melalui Dollar funding stress di mana bank menukar wang kepada USD mengikut nilai mata wang masing-masing dan secara langsung meningkatkan nilai indeks US Dollar. Mengikut sejarah, aktiviti ini akan menyebabkan nilai emas turun.
Pasaran ternyata sukar untuk diramal dan diseimbangkan kerana kita perlu lihat bagaimana pengawalan wabak ini dilakukan di seluruh dunia. Banyak bisnes seperti tukang emas, kilang dan peniaga barang kemas yang akan terkesan. Namun begitu, apabila keadaan mula beransur baik, kilang akan beroperasi seperti biasa, trafik udara kembali pulih dan harga emas akan kembali seperti biasa.
You May Also Like
- Kesan COVID-19 Terhadap Pasaran Kewangan
- Mengapa Semakin Rakyat Malaysia Membeli Emas Pada Tahun 2019?
- 5 Cara Untuk Dapatkan Pendapatan Tambahan Dari Rumah
Adakah anda akan membeli emas selepas PKP dan keadaan pandemik ini berakhir? Kongsi dan komen bersama kami di bawah.
McMana keadaan skrg ea Tuan… Hrga emas melambung naik… Sesuai ke sy beli berlebihan utk pelaburan spt gold… Mohon bantuan
Bg yg mampu mungkin boleh beli emas… tp bg yg cukup mkn elok simpan tunai je la skrg ni………. skrg tgk kt pajak gadai pun beratur org nk gadak emas sbb x cukup duit… ntah mampu nk tebus blk pun x tau… pajak gadai dpt untung lebih sbb nilai gadaian dgn harga rendah.. dan menurut seorang tokey pajak, emas kt dia byk dh tunggu masa nk lebur je utk design baru…
Kalau ikut pada tuan patut ke saya beli emas dgn keadaan skrg dgn harga yang tinggi…mohon pendapat tuan…
Malaysia ade emas tapi syarikat luar yang korek. Patutnya tak payah import emas dari luar. Usahakan emas dalam negara untuk kegunaan tempatan shj.
Adakah chart xauusd akan menurun dari 1900 ke 1800…dan akan naik terus keparas 2400…
Atau chart akan terus menaik keparas 2400
Tanpa ada reavesal mata UTURN
Adakah amat baik jika beli emas pelaburan seperti Public Gold daripada emas perhiasan?