Adakah anda bersedia untuk menghadapi krisis ekonomi global? Di sini kami sediakan 8 tips bagaimana untuk kekal bersedia dari segi kewangan untuk mana-mana kegawatan ekonomi. (Original article in English)

Di kala pandemik COVID-19 melanda dunia, makin banyak bisnes yang terpaksa ditutup dan kadar pengangguran dijangka terus meningkat. Kebanyakan orang tertanya-tanya …

Adakah krisis ekonomi bakal tiba? Jika ya, bila? Adakah kita semua bersedia untuk menghadapi krisis ekonomi kali ini? Data ekonomi seluruh dunia menyatakan bahawa krisis bakal tiba.

Sementara pakar ekonomi memikirkan masalah ini, lebih baik beringat sebelum menyesal di kemudian hari. Tambahan pula bagi rakyat kebanyakan seperti kita.

Kita tidak boleh mengawal dan mengelak dari terkesan dari kegawatan ekonomi. Jadi, jika anda mahu mengawal kewangan anda, lebih baik jika anda bersedia. Dan langkah paling baik adalah merancang kewangan anda.

Sediakan diri anda dengan 8 tips kalis kegawatan ekonomi seperti di bawah:

Tips #1: Labur ke atas diri sendiri untuk meningkatkan kapasiti pendapatan anda

Bagaimanakah cara untuk memastikan anda kekal relevan dan penting untuk majikan anda? Adakah anda dapat dilabel sebagai “penyelesai masalah” dalam syarikat anda? Adakah kerja anda boleh digantikan dengan orang lain ataupun anda dianggap sebagai aset syarikat?

Warren Buffett, antara pelabur terkemuka dunia, banyak memberikan nasihat dan mengajar murid-muridnya di kolej dan sekolah. Antara nasihat beliau adalah kepentingan fizikal dan minda kita, dan salah satu cara untuk mengubah nasib kita adalah dengan usaha sendiri dan pendidikan yang kita terima. Beliau menasihatkan bahawa kita adalah aset terbesar untuk diri sendiri. Nilai diri anda sebagai posesi paling berharga. Beliau juga berkata beliau akan melabur ke dalam pelajar terbaik untuk sebahagian peratusan gaji di masa akan datang.

Anda adalah aset berharga diri anda sendiri dan juga kepada masyarakat jika anda mampu menghargai dan mengembangkan skil anda. Bagaimana? Semak laluan kerjaya anda dan pilih kelas online yang boleh meningkatkan kelayakan anda. Cari mentor, atau seseorang yang mempunyai lebih banyak pengalaman dan berpangkat tinggi di dalam karier yang sama.

Jangan fikir untuk berubah hanya selepas anda dibuang kerja!

  • Jika anda pekerja bergaji, anda boleh mula fokus untuk mencapai “prestasi luar jangkaan”. Anda lebih berpeluang besar untuk kekal dalam karier anda sebagai aset berbanding seseorang yang boleh dibuang ketika kegawatan ekonomi.
  • Jika anda seorang peniaga atau pengusaha bisnes, bina senarai klien anda dan sentiasa kemas kini strategi pemasaran. Untuk mendapatkan lebih banyak pembelian semula dan menarik perhatian pembeli baru, fokus terhadap hubungan antara anda dan pelanggan anda.

Tips #2: Selesaikan semua hutang anda, terutamanya yang mempunyai kadar faedah tinggi

Nampak logik kan? Tapi selalunya apa yang terjadi berbeza dari apa yang logik. Kebanyakan orang tahu tentang kepentingan membayar hutang dalam pelan kewangan mereka tetapi ramai yang tidak mempraktikkan perkara tersebut.

Kita perlu membayar semua hutang. Jika anda tak mampu, sekurang-kurangnya utamakan hutang yang mempunyai kadar faedah paling tinggi. Kenapa perkara ini penting? Jika anda berdepan dengan kegawatan ekonomi, peluang untuk anda dibuang adalah 50% lebih tinggi dari keadaan ekonomi yang biasa. Kehilangan sumber pencarian tanpa pengganti pendapatan sangatlah membebankan bagi mana-mana individu sekalipun. Jadi, tanpa sumber pendapatan, anda akan mula kehilangan wang simpanan. Lama-kelamaan, anda perlu menjual aset untuk menyara hidup anda dan ini akan menyebabkan anda bankrap atau lebih teruk, hidup sebatang kara!

Perkara ini mungkin tidak masuk akal bagi anda tetapi ianya realiti yang boleh terjadi. Tanya orang di gelandangan jika anda tidak percaya.

Tips #3: Kekalkan nilai wang simpanan anda sekurang-kurangnya untuk 6 bulan

Adakah anda mempunyai dana kecemasan sendiri?

Adakah anda mempunyai akses terhadap wang tersebut dengan mudah jika ada perkara buruk berlaku hari ini? Mengikut Laporan AKPK dalam Keadaan Ekonomi Pekerja di Malaysia 2018, lebih daripada separuh (53%) rakyat yang memperoleh pendapatan sebanyak RM 2,000 tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan kecemasan sebanyak RM 1,000.

Prinsip asas adalah dengan meletakkan nilai simpanan sebanyak perbelanjaan setengah tahun. Lebih banyak simpanan anda, lebih bagus dan nilai paling ideal adalah perbelanjaan setahun.

Anda boleh berdebat lebih-lebih tetapi anda perlu ada dana kecemasan! Mula dengan menyenaraikan kos bulanan yang biasa anda belanjakan bersama perkara asas lain i.e makanan, pakaian. Selepas itu, simpan sehingga cukup untuk menyara kehidupan anda selama enam bulan.

Tips #4: Kurangkan perbelanjaan anda

Analisa perbelanjaan anda dan cari alternatif lain yang lebih murah. Mula dengan menyenaraikan semua perbelanjaan dan pilihan lain yang ada di pasaran. Selepas itu, pilih yang mana yang terbaik bergantung kepada praktikaliti dan kos.

Apabila anda selesai, tetapkan kepada bajet yang anda perlu ikut. Simpan wang tunai hanya dengan jumlah tertentu.

Berjaga-jagalah dengan apa yang anda belanjakan. Elakkan membeli barangan yang akan kurang nilai mengikut masa. Adakah anda betul-betul perlukan set televisyen baru ataupun kereta baru yang anda idamkan itu? Berhenti menarik perhatian jiran atau rakan anda dan hidup mengikut kemampuan.

Lagi bagus kalau anda letakkan hasil titik peluh anda tersebut di dalam pelaburan dan biarkan ia berkembang!

Tips #5: Tingkatkan pendapatan

Anda perlu berikhtiar untuk melindungi diri anda jika anda khuatir akan keadaan ekonomi di masa akan datang. Antara cara untuk melindungi pendapatan anda adalah dengan meningkatkan pendapatan anda sekarang.

Pilih kerja tambahan atau cari jawatan yang boleh memberi gaji yang lebih. Kami tidak memaksa anda meninggalkan kerja anda sekrang tetapi cari peluang yang lebih baik jika anda mempunyai peluang!

Anda lebih berpeluang untuk mencari karier yang lebih baik sementara anda bekerja. Jadi, cuba selagi boleh. Edit CV anda, hantar beberapa ke syarikat yang diingini dan buat kenalan. Meluangkan lebih masa dalam sumber sosial seperti kenalan dan hubungan sesama insan lebih berkualiti dan penting daripada hanya menghantar resume.

Jika anda tidak mampu berbuat demikian, nilai kembali kerja anda. Berikan lebih banyak dedikasi dan masa anda. Mana tahu anda boleh dinaikkan pangkat dan gaji kelak. Fokus untuk mencapai pekerja terbaik bulanan dan pastikan rekod serta imej anda bersih di tempat kerja. Apabila berlakunya pembuangan kerja, mereka akan bermula dengan yang paling lemah.

Tips #6: Tambah baikkan skor kredit anda

Anda mungkin tertanya-tanya perlukah anda ambil kisah tentang skor kredit jika berlakunya kegawatan ekonomi? Jawapannya adalah ……harga. Harga aset akan berkurangan secara dramatik ketika kegawatan ekonomi dan juga kadar faedah.

Apabila harga jatuh, anda mungkin mahu untuk membeli hartanah. Tetapi, bukan mudah untuk mendapatkan pinjaman dari bank. Mereka hanya akan meluluskan pinjaman terhadap sesiapa yang mempunyai rekod kredit yang elok. Jadi, skor kredit anda memainkan peranan penting sebelum apa-apa kelulusan dapat diterima.

Pastikan anda melakukan 3 perkara ini terlebih dahulu;

  • Semak laporan kredit anda secara berkala
  • Selesaikan hutang sebelum tarikh luput
  • Perhatikan apa-apa butiran terperinci yang boleh menjejaskan skor kredit anda

Dengan mempraktikkan perkara ini, anda masih boleh boleh mendapatkan pinjaman bank di ketika kegawatan ekonomi.

Tips #7: Usaha ke arah menambah baik pemikiran kewangan anda

Adakah anda tahu bahawa anda mempunyai senjata terbaik untuk menjadikan diri anda berjaya? Ianya adalah minda anda. Dengan menyediakan minda anda ke arah celik kewangan, anda akan sedar bahawa kegawatan ekonomi tidak dapat dielakkan. Emosi anda mengawal segala-galanya!

Pertama kali, mula dengan bersyukur dengan rezeki yang anda terima. Kesedaran diri, doa dan senaman pernafasan telah terbukti dalam mengurangkan stres dan menyihatkan tubuh badan dalam jangka masa panjang. Dengar podcasts yang membina dan juga dengar nasihat mentor anda. Baca berita yang positif dan hindarkan berita negatif jika ia tidak berkenaan dengan anda. Sedar akan kapasiti minda anda yang boleh mendatangkan impak negatif dalam kehidupan anda.

Kuat mana kewangan anda bergantung tidak bergantung kepada fi pinjaman, parti politik, suruhanjaya sekuriti ataupun faktor lain. Walaupun mereka mampu memberi sedikit kesan, semua orang boleh berjaya di mana-mana pasaran sekalipun. Kekal positif, teruskan mencari peluang dan sentiasa konsisten dalam keadaan sedia di waktu kegawatan ekonomi.

Sentiasa ingatkan diri anda bahawa semua keadaan akan berakhir sama ada baik atau buruk. Warren Buffett pernah berkata, “Kita masih dalam keadaan gawat, kita tidak akan keluar daripada keadaan ini untuk beberapa masa, tetapi kita akan keluar daripada keadaan ini dalam jangka masa yang panjang”.

Tips #8: Kekal dengan momentum melabur

Tiada orang yang pasti secara jelas bila ketibaan tempoh kegawatan ekonomi, namun kita mampu melihat indikator perkara ini akan terjadi. Kejatuhan harga saham secara mendadak. Kadar pengangguran meningkat. Apabila perkara ini berterusan, jualan panik akan menyusul.

Berbeza dengan mengikut jejak langkah orang lain, di sinilah di mana anda perlu melabur. Warren Buffett berkata:

Be fearful when others are greedy and be greedy when others are fearful,”

“Takut di saat orang lain tamak dan tamak di saat orang lain takut”

Jika semua orang di seluruh pelusuk dunia kekal dengan mentaliti menjual dan menyimpan wang tunai, kedengaran tidak logik jika anda melabur. Tetapi, inilah masanya untuk anda kekal melabur. Kos akan jatuh ke paras rekod terendah dan peluang untuk saham naik lebih tinggi di ketika itu, dan itulah saat di mana masa melabur adalah perkara terbaik anda boleh lakukan dengan wang tunai.

Untuk berjaya meneka bila naik turun pasaran adalah mustahil. Jadi, lebih logik jika kita kekal melabur secara kerap untuk menjana pendapatan melalui pelaburan. Bagaimana? Dengan mengautomasikan pelaburan anda.

Sentiasa melabur. Jika pasaran kembali pulih, anda akan berjaya mendapatkan pulangan. Fikir untuk melabur dalam jangka masa yang panjang.

Mula dengan melabur untuk dua tiga bulan seterusnya dengan wang yang anda tidak miliki (akaun trial). Ramai individu memperoleh keuntungan apabila pasaran tengah jatuh. Anda boleh menjadi sebahagian daripadanya juga! Kita patut melihat kegawatan ekonomi sebagai salah satu peluang berbanding hanya sebagai sebuah tragedi.

Konklusi

Sekali lagi diulang, tiada siapa dapat menjangka bilanya akan berlaku kegawatan atau bila ia akan berakhir. Tetapi, anda boleh bersedia dari sekarang untuk menghadapi segala krisis kewangan.

Pasaran saham naik dan turun dan naik balik seperti sebuah roller coaster. Pekerjaan berubah. Tetapi, jika anda lihat kembali, semua yang merudum berakhir dengan kenaikan. Dengan bersedia, anda mampu memberi peluang kepada diri anda sendiri untuk keluar dari kepompong mentaliti yang hanya memikirkan krisis.

Masa adalah perkara paling penting. Apabila anda risau tentang krisis kegawatan ekonomi, ingatlah bahawa masa adalah rakan anda dan ingat 8 tips tersebut.

 

You May Also Like

 

Apa anda rasa terhadap persediaan anda mengalami krisis kegawatan ekonomi? Kongsi dan komen bersama kami tips anda di bawah.