Pengurusan kewangan peribadi sepatutnya bermula dari usia yang muda. Gaya hidup pelajar yang lebih bebas berbanding bagi yang bekerja memberi peluang terbaik untuk mula berjinak-jinak dan mengembangkan tabiat kewangan yang baik. (Original article in English)

Tahniah kerana anda seorang pelajar, kumpulan yang akan memimpin negara di masa hadapan.

Sebagai seorang belia, anda berkemungkinan akan tinggal jauh daripada rumah (Merdeka!) untuk menyambung pelajaran. Bagi yang tinggal di rumah pula, anda berkemungkinan akan hidup dengan lebih bebas berbanding di zaman persekolahan. Antara kemahiran baru yang perlu dipelajari adalah semestinya; mahir dalam mengurus kewangan.

Sama ada anda menggunakan duit simpanan sendiri, menerima bantuan daripada ibu bapa, mendapat pinjaman/biasiswa, ataupun secebis daripada ketiga-tiga pilihan tersebut, pengajian tinggi adalah suatu kos yang tinggi yang akan bertambah dengan tabiat perbelanjaan yang teruk. Pelajar universiti/kolej akan mengumpul hutang dengan kadar yang tinggi. Seperti mana-mana orang dewasa, jika hutang tidak diurus dengan baik, anda akan terjerumus ke dalam kesusahan kelak apabila ingin membayar balik hutang tersebut.

Apa yang membuatkan pelajar menanggung lebih banyak hutang berbanding orang lain? Secara amnya, ia jatuh ke dalam masalah buta kewangan dan pengurusan kewangan yang teruk. Namun begitu, jika kewangan anda sebagai pelajar diurus dengan sempurna, masalah ini tidak akan berlaku dan lebih senang diatasi. Berikut adalah tips kewangan untuk para pelajar dalam menghadapi alaf pendidikan di universiti/kolej.

#1. Ikut bajet yang telah ditetapkan

Pelajar sekolah menengah lebih bersifat berbelanja bebas dengan baki wang di dalam akaun bank mereka dengan menggunakan wang dari ibu bapa atau hasil bekerja separuh masa. Apabila pelajar tersebut beralih ke pengajian tinggi, tabiat ini akan terbawa-bawa walaupun di universiti/kolej. Jadi, bajet perbelanjaan dan pendapatan amat penting untuk anda memantau setiap aliran tunai.

Amat penting bagi anda untuk duduk sejenak dan lihat status kewangan anda sama ada anda berpengalaman dalam menentukan bajet atau tidak. Rekod semua pendapatan anda sama ada dari ibu bapa, pinjaman/biasiswa, gaji kerja separuh masa, ataupun daripada sumber lain. Kemudian, letakkan kategori terhadap perbelanjaan anda. Mungkin pada mulanya anda tidak dapat memaksa diri anda untuk patuh terhadap bajet yang anda tetapkan tetapi lambat laun, anda akan sedar akan kemampuan berbelanja anda.

Anda boleh menggunakan aplikasi telefon bimbit yang membuatkan pengurusan kewangan mudah dan ringkas. Sesetengah aplikasi seperti Spendee (Google Play, App Store) dan Mint (Google Play, App Store) boleh membantu anda memantau perbelanjaan dalam talian dengan berhubung dengan akaun bank anda dan juga memberi anda platform pengurusan kewangan secara harian. Di hujung bulan, aplikasi sebegini akan merumuskan perbelanjaan dan pendapatan anda.

Ataupun anda boleh juga mengambil langkah yang lebih tradisional dengan menggunakan program Microsoft Excel. Cara ini memerlukan anda untuk lebih berdisiplin dalam meletakkan satu persatu aktiviti kewangan anda.

Seperti di atas, tiada cara singkat untuk mengurus kewangan anda. Setkan bajet dan yang paling susah, patuh pada bajet anda. Cuba kurangkan perbelanjaan yang tidak penting dan sentiasa pantau perbelanjaan anda.

#2. Simpan Untuk Kecemasan

Tabung kecemasan adalah wang yang anda telah asingkan untuk tujuan kecemasan. Apabila anda mempunyai wang lebih, letakkan ke dalam tabung kecemasan. Tabung ini akan membantu anda untuk menghadapi apa jua jenis kecemasan tambahan pula yang memerlukan wang secara segera.

Apabila anda berada di kolej/universiti, kecemasan ini adalah kecil. Apabila umur anda bertambah dan lebih banyak tanggunjawab yang dipikul, lebih tinggi risiko untuk kecemasan berlaku.

Sebagai contoh, apabila anda memiliki kereta, anda akan bergantung terhadapnya untuk pergi dan pulang dari kerja. Tetapi, suatu pagi enjin kereta anda tidak dapat dihidupkan. Ataupun, tayar anda bocor terkena paku di jalan apabila balik kerja. Apa akan jadi? Walaupun sedikit, kecemasan sebeginilah yang akan memberi kesan kepada dompet anda dan inilah sebabnya tabung kecemasan perlu wujud.

Dengan mekanisme ini, anda boleh mengelakkan daripada dicaj melalui kad kredit. Jadi, anda boleh membuat keputusan kewangan dengan lebih rasional.

#3. Kurangkan Hutang Pendidikan

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan hutang pendidikan anda. Salah satunya adalah dengan berbelanja ke arah jalan yang betul. Walaupun duit hutang ini nampak seperti “wang besar”, ia akan kembali menghantui anda. Kos universiti, buku, rumah dan makanan sepatutnya menjadi fokus penting berbanding kos melepak setiap minggu ataupun baju/seluar baru.

Dapatkan nasihat daripada ibu bapa anda jika anda perlukan kad kredit dan mereka dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat. Bagi saya, pelajar tidak perlukan kad kredit buat masa yang terdekat. Sebaliknya, anda perlu membuat keputusan bijak dan bincang mengenai kebaikan serta keburukan memiliki kad kredit.

Apa yang anda perlukan adalah kad debit apabila masih belajar. Walaupun kelihatan jelas, pastikan bank anda tidak memberikan servis overdraf yang besar. Tamatkan servis perlindungan draf supaya anda hanya berbelanja mengikut kemampuan dan tidak dikenakan caj tambahan oleh bank.

#4. Dapatkan Duit Tambahan Melalui Kerja Sampingan

Jika anda memerlukan wang tambahan untuk keperluan lain ataupun bagi menampung kehidupan sosial anda, dapatkan pendapatan tambahan melalui kerja separuh masa dan bukan dengan bantuan hutang. Jawatan kerja sambil belajar bersama dengan professor seperti pembantu makmal selalunya memberi fleksibiliti sebagai pelajar dengan lokasi yang dekat manakala jawatan di luar kampus selalunya mempunyai bayaran yang lebih tinggi. Tak kira mana-mana jawatan, ianya lebih baik untuk dompet anda jika anda menggunakan wang daripada kerja sampingan kerana anda tidak perlu berhutang dengan sesiapa.

Tapi pastikan kerja separuh masa anda tidak menganggu motif utama anda – untuk belajar. Pengurusan masa amat penting apabila anda ingin mengimbangkan antara belajar dengan kerja.

#5. Letakkan Had Kewangan

Salah satu cara untuk mengehadkan perbelanjaan anda adalah dengan meletakkan had kewangan untuk barangan bukan keperluan. Dengan meletakkan had tersebut, ianya dapat membantu anda dari membuat keputusan melulu. Adakah anda betul-betul memerlukan iPhone baru tersebut? Dengan meletakkan had yang sesuai seperti RM 400 sebulan, anda dapat mengehadkan kuasa berbelanja anda. Letakkan wang tersebut ke dalam bajet yang telah ditetapkan ataupun dalam tabung kecemasan dan diasingkan dengan perbelanjaan penting seperti minyak dan makanan.

Konklusi

Menguruskan kewangan sendiri adalah cara yang berkesan untuk memupuk disiplin dan ketabahan dalam kita. Apabila anda keluar dari kolej/universiti, anda bukan sahaja akan memasuki era baru tetapi anda juga akan lebih terdedah dalam perancangan kewangan. Tapi, jangan letakkan tekanan yang terlalu tinggi dan nikmati kehidupan sebagai pelajar kerana ianya adalah antara pengalaman manis dalam kehidupan kita.

 

You May Also Like

 

Apakah nasihat dan tips yang patut beri kepada pelajar kolej/universiti? Kongsi bersama kami di seksyen komen di bawah.