Mengembangkan bisnes dengan kuasa teknologi kewangan untuk pengurusan bisnes kecil dan sederhana anda. (Original article in English)
Anda mungkin pernah dengar kenyataan ini – sebab utama perniagaan gagal adalah kerana masalah aliran tunai. Aliran tunai adalah nadi kepada sesebuah organisasi dan kemampuan untuk mengurus wang adalah amat penting untuk sesebuah perniagaan bertahan. Anda mungkin sudah biasa dengan pengurusan kewangan peribadi.
Untuk bisnes kecil dan sederhana pula, cara pengurusan wang sedikit berbeza apabila dibandingkan dengan syarikat besar dalam dua perkara; kos hutang lebih tinggi dan pulangan modal lebih rendah.
Teknologi kewangan (Fintech) adalah terma yang merangkumi semua cara inovatif yang digunakan untuk membina, mengedar dan mengubah solusi servis kewangan di serata dunia. Jika anda seorang pelabur di Malaysia, kemungkinan besar fintech sudahpun memainkan peranan penting.
Walaupun ia tidak semestinya menganggap servis kewangan terdahulu sebagai lapuk, fintech telah merevolusikan landskap kewangan dunia dengan memberi tekanan kepada firma tradisional supaya mengubah cara perniagaan mereka dan mencari solusi yang lebih efisien, mementingkan pelanggan dan lebih murah. Solusi teknologi kewangan juga dapat mengubah cara pengurusan aliran tunai untuk bisnes kecil dan sederhana dengan lebih pantas di serata dunia.
Contents
Pilihan pinjaman yang lebih mudah
Beberapa tahun dahulu, majoriti peluang mencari dana adalah amat terhad. Antara cara yang paling popular adalah dengan menggunakan bank, institusi kewangan, ataupun melalui pelabur untuk meminjam wang bersama kadar faedah. Secara amnya, pemiutang tradisional “kurang” pandang akan syarikat-syarikat kecil. Kini, dengan adanya fintech, bisnes kecil juga mampu memperolehi pinjaman tanpa cara tradisional untuk mengembangkan bisnes.
Fintech menurap jalan antara bisnes kecil dan sederhana dengan pemiutang dan secara langsung merancakkan keadaan bisnes di Malaysia. Platform pinjaman peer-to-peer (P2P Lending) seperti Fundaztic (platform tempatan yang disahkan dan mempunyai lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) menghubungkan penghutang dengan pemiutang. Penghutang boleh mendapatkan pinjaman dengan kadar yang lebih rendah daripada bank dan pemiutang juga boleh melabur ke dalam bisnes tempatan untuk memperoleh pendapatan. Mereka adalah antara operator P2P lending yang pertama di Malaysia.
Platform tempatan lain yang tidak kurang hebatnya adalah Funding Societies. Mereka menawarkan solusi dana jangka pendek untuk bisnes kecil dan sederhana serta memberi peluang kepada para pelabur untuk melabur ke dalam bisnes di Malaysia.
Pembayaran invois yang pantas
Analisis terkini menunjukkan bahawa bisnes kecil dan sederhana di Malaysia perlu menunggu 50% lebih lama untuk mendapatkan pembayaran invois berbanding beberapa tahun lepas. Apabila syarikat besar dibekalkan oleh syarikat kecil, wang tidak semestinya akan mengalir dengan mudah kerana birokrasi dan proses di syarikat besar yang kompleks menyulitkan lagi peniaga-peniaga kecil. Syarikat berasaskan pembekalan mungkin perlu meminjam daripada institusi kewangan untuk menjalankan perniagaan seperti biasa.
Capital Bay adalah sebuah start-up yang ingin menyelesaikan masalah aliran tunai ini dengan 4 langkah mudah; invois daripada pembekal dimuat naik dalam talian secara automatik, pengguna boleh memilih tarikh untuk menerima bayaran invois, pembeli dan pemberi dana menerima notis bayaran awal dan akhirnya, pengguna memperoleh bayaran awal. Inovasi ini dalam situasi kewangan rantaian pembekalan membolehkan servis dijalankan dengan lebih cepat dan murah kepada syarikat kecil dan sederhana dengan hanya menggunakan maklumat kekuatan kredit supaya kadar yang diterima adalah lebih murah daripada bank.
Fokus kepada pelabur
B2B Finpal adalah salah satu daripada enam operator yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk memberi dana kepada platform P2P. Syarikat tersebut melancarkan platform ini dengan tujuan untuk mencari peluang di dalam industri pelaburan dengan menawarkan produk pinjaman jangka pendek kepada pelabur yang mempunyai kemampuan kecairan dan fleksibiliti yang lebih tinggi. Contoh produk adalah nota pinjaman invois. Kini, ia adalah salah satu platform yang dibenarkan beroperasi di Malaysia menggunakan produk tersebut.
Pengutip bayaran yang lebih efisien
Pada tahun 2018, Zac Liew dan Steve Kucia menubuhkan Curlec untuk membantu syarikat mengutip bayaran secara berkala dan secara langsung mengawal aliran tunai mereka. Curlec membina teknologi dengan mengambil asas daripada infrastruktur pembayaran terus debit yang sebelum ini hanya disediakan untuk syarikat besar.
Curlec memberi servis ini kepada bisnes seperti AXA Affin, Axiata dan StashAway malah kepada syarikat kecil dan sederhana. Walaupun di ketika pandemik di Malaysia, syarikat tersebut terus mencatatkan perkembangan dalam jumlah transaksi dengan kadar 20% setiap bulan pada tahun 2020. Ini adalah kerana keadaan bisnes online sedang melalui perubahan. Curlec masih menyasarkan perkembangan bisnes dengan visi mereka untuk menawarkan pihak perniagaan mengambil peluang terhadap ekonomi langganan dalam talian di Malaysia dahulu dan kemudian Asia Tenggara.
Proses akaun yang lebih efisien
Dengan harapan untuk membawa proses pengurusan akaun yang lebih telus dan efisien, Xero memberi fokus terhadap membantu bisnes kecil dan penasihat mereka. Kini, bisnes kecil dan sederhana boleh menggunakan Xero untuk mengautomasikan perhubungan dengan bank, mengurus akaun dan memantau tahap kewangan. Dengan perkembangan laman kewangan dan pelancaran API perbankan untuk kegunaan awam, pihak bank dan fintech dapat menawarkan integrasi bersama platform Xero dengan lebih selamat dan lebih pantas serta memberi data secara real-time kepada bisnes kecil.
Gerbang pembayaran digital
iPay88 merupakan antara pelopor kepada ruang pembayaran digital di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2006, syarikat ini memainkan peranan penting dalam memajukan perniagaan dalam talian melalui servis pembayaran. NTT Giant, sebuah gergasi teknologi Jepun membeli iPay88 pada tahun 2015 dan sehingga kini, merupakan antara cerita kejayaan terbaik untuk industri fintech di Malaysia. iPay88 masih lagi terlibat dalam servis pembayaran dan telah berkembang ke serata ASEAN.
Pembelian tanpa tunai
TNG Digital, syarikat yang telahpun melebarkan sayap mereka ke seluruh negara dan terlibat di sebalik sistem Touch’n Go eWallet. Kempen nasional dan inisiatif yang dilakukan merupakan salah satu langkah dalam menukar Malaysia ke arah masyarakat tanpa tunai (cashless society). TNG Digital telah melakukan inisiatif e-donation di awal PKP untuk menolong NGO tempatan mencari dana sebanyak RM 300,000 bagi membantu komuniti setempat yang terjejas. Inisiatif lain yang dilancarkan juga selari dengan visi untuk mempersiap sediakan syarikat kecil dan sederhana dalam menghadapi pandemik dan membolehkan pengguna melakukan bayaran tanpa tunai.
You May Also Like
- 6 Tanda Anda Tidak Bersedia Untuk Bersara
- Pelancaran Inisiatif Kita Prihatin 2.0
- Cara Menguruskan Hutang Anda Secara Efektif
- Manfaat Pekerja Yang Anda Perlukan
Bagaimanakah teknologi kewangan berikut mengubah hidup anda sebagai pengusaha syarikat kecil dan sederhana?
Leave A Comment