Analisis terperinci dan ulasan tentang Pengumuman Bajet Malaysia 2021

(Click to enlarge)

Golongan yang paling ramai mendapat manfaat daripada Belanjawan 2021 yang diumumkan pada minggu lalu adalah golongan berpendapatan rendah (B40 dan golongan pendapatan rendah M40). Pelbagai insentif yang diberikan bagi membantu mereka menghadapi masa yang sukar ini.

Berikut merupakan ulasan daripada Pengarah Urusan Wealth Vantage Advisory, Rafiq Hidayat Mohd Ramli berkenaan insentif serta inisiatif yang diumumkan ketika pembentangan belanjawan berkenaan.

#1. Bantuan tunai

Isi rumah (keluarga atau individu) akan menerima bantuan wang tunai melalui sambungan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bermula daripada RM350 untuk individu berpendapatan kurang daripada RM2,500 kepada RM1,800 untuk isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 dengan dua orang atau lebih anak.

Bantuan bagi kanak-kanak daripada keluarga miskin juga meningkat daripada RM150 seorang (umur 7-18 tahun) atau RM200 seorang (umur 6 tahun ke bawah) hingga RM1,000 setiap keluarga. Mereka juga akan menerima baucar telko berjumlah RM180 dan data internet percuma di bawah insentif Program Jaringan Prihatin. Ia akan membantu mengurangkan bebanan rakyat Malaysia yang termasuk dalam kategori tersebut.

#2. Moratorium pinjaman dilanjutkan

Salah satu daripada insentif terbesar yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 adalah peminjam B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menerima bantuan untuk pembayaran pinjaman mereka. Mereka akan diberikan 2 pilihan: moratorium selama tiga bulan, atau pengurangan jumlah bayaran bulanan kepada 50% selama 6 bulan.

Proses permohonan untuk bantuan pembayaran bagi golongan M40 akan diringkaskan, dengan peminjam hanya perlu membuktikan pengurangan jumlah pendapatan mereka bagi mendapatkan bantuan tersebut.Bantuan ini akan bermula pada Disember tahun ini.

Lanjutan moratorium pinjaman untuk individu yang terkesan ini akan membantu golongan berkaitan bagi mengubah situasi kewangan sekarang sehingga ekonomi negara bertambah baik dan pulih.

3. Peningkatan pemilikan rumah

Kerajaan turut mengumumkan beberapa inisiatif untuk membantu meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan golongan berpendapatan rendah seperti memperuntukkan RM500 juta untuk membina 14 juta buah Projek Perumahan Rakyat (PPR), lanjutan skim Sewa-Untuk-Beli (RTO) hingga 2022 dan pengecualian duti setem untuk pembeli rumah pertama hingga RM500,000 dari 2021 hingga hujung 2025.

Walaupun ia mampu membantu golongan berpendapatan rendah untuk membeli rumah dengan harga mampu milik, kami berpendapat bahawa insentif ini memberi manfaat terhadap industri pembinaan kerana golongan berpendapatan rendah mempunyai kepentingan lain dan memiliki rumah akan menjadi perkara terakhir dalam senarai keutamaan mereka.

#4. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Bermula dari Januari 2021, pekerja boleh memilih untuk mengurangkan potongan EPF mereka dari 11% kepada 9%. Pemilik akaun KWSP juga boleh memohon untuk mengeluarkan wangan daripada Akaun 1 (ya, ini bukan kerana penulis tersalah tulis) sebanyak RM500 sebulan untuk 12 bulan bermula Januari depan. Kedua-dua inisiatif ini (ia bukanlah insentif kerana anda menggunakan simpanan sendiri) akan membantu isi rumah yang terkesan semasa waktu yang sukar ini.

Bagi mereka yang tidak menghadapi masalah dengan aliran tunai, inisiatif ini mampu meningkatkan simpanan kecemasan sedia ada atau mengurangkan hutang sedia ada (kad kredit, pinjaman peribadi) jika anda tidak mampu berbuat demikian. Nasihat kami untuk golongan lain adalah mengekalkan sumbangan sedia dan tidak mengeluarkan akaun 1 KWSP kerana tiada sebarang keperluan mendesak untuknya.

Keputusan kerajaan untuk pekerja mengeluarkan simpanan di Akaun 2 adalah bagi mendaftar untuk insurans hidup atau polisi takaful bagi penyakit kronik untuk diri sendiri dan ahli keluarga adalah amat digalakkan. Ia merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan jumlah perlindungan dalam kalangan rakyat negara ini.

Inisiatif ini juga memberikan perkembangan positif untuk sektor insurans dan takaful serta individu yang mempunyai jurang dalam keperluan perlindungan mereka tetapi tidak berniat untuk memohonnya. Perlindungan harta mempunyai hierarki yang lebih tinggi dalam kewangan peribadi dan jika dibandingkan dengan pelan persaraan. Kami sangat menyarankan kepada mereka yang mempunyai jurang dalam perlindungan sedia ada untuk mengambil inisiatif ini sebagai peluang menguruskannya dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk membuat kajian dan berbincang dengan perunding kewangan berlesen untuk lebih memahami keperluan kewangan anda sebelum membuat sebarang keputusan.

#5. Insentif cukai

Walaupun fokus Belanjawan kali in tidak kepada golongan berpendapatan tinggi, ia tidak bermakna mereka dilupakan. Kerajaan turut mengumumkan beberapa insentif yang berkait dengan perlepasan cukai untuk membantu perancangan cukai isi rumah. Berikut merupakn beberapa insentif cukai yang diumumkan pada minggu lalu.

  • Pengecualian cukai untuk vaksinasi pneumokokal, influenza dan Covid-19 hingga RM1,000 untuk diri, pasangan dan anak-anak

  • Pengecualian cukai untuk belanja perubatan bagi penyakit kronik meningkat dari RM6,000 kepada RM8,000 untuk diri, pasangan dan anak-anak

  • Pengecualian cukai bagi pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh meningkat dari RM500 kepada RM1,000 bagi diri, pasangan dan anak-anak

  • Pengecualian cukai untuk ibu bapa atau anak bekeperluan khas yang memerlukan rawatan perubatan dan penjagaan meningkat dari RM5,000 kepada RM8,000 untuk diri, pasangan dan anak-anak

  • Pengecualian cukai untuk diri bagi pendapatan bermula dari RM50,001 – RM70,000 dikurangkan sebanyak 1%

  • Pengecualian cukai tahunan SSPN-I berjumlah RM8,000 dilanjutkan hingga 2022

  • Pengecualian cukai untuk Skim Persaraan Swasta (PRS) sebanyak RM3,000 dilanjutkan hingga 2025

  • Pengecualian cukai gaya hidup meningkat dari RM2,500 kepada RM3,000 dan akan meliputi yuran pendaftaran kejohanan sukan dan akhbar digital.

Walaupun insentif ini tidak sebanyak seperti insentif untuk golongan berpendapatan rendah, ia masih membantu individu dan isi rumah untuk membaiki tahap kewangan peribadi mereka.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Belanjawan 2021 memberi fokus bagi membantu rakyat Malaysia yang bergelut untuk menghadapi waktu yang sukar ini, dan insentif serta inisiatif ini datang tepat pada masanya untuk mereka. Namun, perkara yang mencetuskan persoalan adalah sumber wang yang digunakan untuk menampung segala kos yang akan muncul nanti. Jangkaan kami adalah belanjawan ini akan memandu negara ke arah pemulihan, tetapi jika ekonomi tidak pulih, kerajaan perlu menjalankan kajian semula bagi mengenal pasti samada ia boleh dikekalkan untuk masa akan datang.

You May Also Like

Apakah pendapat anda tentang Belanjawan 2021 yang diumumkan baru-baru ini?