Mengapakah kos sara hidup sentiasa meningkat dan apa yang anda boleh lakukan? (Original article in English)

Kos sara hidup bergantung kepada dua keadaan; pendapatan anda dan harga pasaran.

Dengan peningkatan kos sara hidup saban hari, inflasi akan berlaku. Ketidakserasian dalam bekalan dan permintaan (“supply and demand“) akan menyebabkan inflasi. Apabila makin ramai individu bersaing untuk memiliki produk yang sama, harga akan meningkat.

Kadar kini semakin semakin tinggi dan lambat laun akan meningkat jua. Kita boleh lihat sahaja kadar ini menjejaskan kewangan dan kemampuan berbelanja kita. Ataupun, kita boleh ambil langkah mulai sekarang.

Masa depan kita akan lebih terjejas jika kita tidak mampu mengatasi masalah ini sekarang. Kos sara hidup akan lebih mahal. Terutamanya apabila tibanya waktu persaraan kita. Inilah realiti hidup apabila membincangkan isu kewangan sama ada di Malaysia atau di negara lain.

Apakah kos sara hidup?

Dari segi teknikal, kos sara hidup adalah kos apa yang anda perlukan untuk hidup. Kos sara hidup ini tidak termasuk, contohnya, kos produk dan servis yang anda mahukan di sebalik apa yang anda perlu.

Mengapakah kos sara hidup makin meningkat?

Inflasi adalah kadar kenaikan mengikut suatu tempoh tertentu. Inflasi merupakan kaedah ukuran yang digunakan secara meluas untuk mengukur peningkatan harga barangan atau kenaikan kos sara hidup sesebuah negara. Namun, ia juga boleh digunakan untuk mengukur harga makanan, servis atau kos pendidikan.

Inflasi didefinisikan sebagai mahal atau murahnya sesuatu jenis produk atau servis setelah tempoh tertentu. Selalunya, ia diukur secara tahunan mengikut konteks tertentu (e.g laporan inflasi dari kerajaan).

Apakah sebab inflasi?

Tempoh inflasi tinggi yang berterusan adalah produk daripada polisi kewangan yang buruk. Jika pencetakan wang meningkat berbanding saiz ekonomi, nilai mata wang akan berkurang. Dalam kata yang lain, kuasa membeli berkurang dan harga barangan meningkat. Hubungan antara pencetakan duit dan saiz ekonomi dikenali sebagai teori kuantiti wang (“money theory of quantity“) dan merupakan antara salah satu teori ekonomi yang telah lama digunakan.

Tekanan dari sudut bekalan atau permintaan juga boleh bersifat inflasi terhadap ekonomi. Gangguan terhadap sumber bekalan yang menjejaskan pengeluaran seperti bencana alam atau peningkatan harga bahan mentah (i.e kenaikan harga minyak) boleh mengurangkan jumlah bekalan keseluruhan. Secara langsung, ini akan meningkatkan harga barangan.

Dalam menilai inflasi, faktor jangkaan juga memainkan peranan penting. Jika individu atau perniagaan menjangkakan harga akan semakin tinggi, ia akan memberi kesan terhadap kontrak gaji atau kontrak perubahan harga (seperti sewa). Jadi, di sini, kelakuan pasaran menentukan inflasi apabila keputusan dibuat untuk menaikkan gaji dan penawaran harga yang lebih mahal oleh bisnes.

Inflasi mengikut trend yang lebih kurang sama setiap tahun. Jadi, individu atau bisnes berpotensi untuk meletakkan jangkaan berdasarkan rekod lampau dan ini akan membawa kepada kegenangan kadar inflasi (“stagnation“).

Apa yang boleh kita lakukan?

Fenomena kenaikan kos sara hidup tidak kisah akan orang sekeliling kerana ianya semestinya akan berlaku. Dengan inisiatif daripada diri kita sendiri, kita boleh mengambil langkah untuk menambah baik kewangan kita dan hidup disamping inflasi. Perubahan daripada segi kelakuan perlu dilakukan untuk mengurangkan impak inflasi ini. Bukan sahaja satu dua perubahan tetapi secara menyeluruh. Walaupun ianya memeritkan, pangkal kepada masalah ini adalah kelakuan dan perspektif terhadap wang.

Ya. Kelakuan dan perspektif. Harga akan sentiasa meningkat dan kebarangkalian akan meningkat dengan lebih pantas. Mungkin juga harga akan meningkat secara perlahan dan ini masih memberi masalah. Melawan inflasi memerlukan usaha yang berterusan. Kelakuan pula adalah tabiat yang telah tersemai dalam diri kita. Dalam jangka masa panjang, kelakuan dan inflasi bergerak seiring dengan kita.

#1. Mengawal kemahuan kita

Emosi yang mengawal kita adalah sifat iri hati dan inginkan kehidupan orang lain. Perasaan ini digunakan dengan efektif oleh jenama untuk mencari pelanggan mereka dengan menggunakan khidmat selebriti serta social influencer.

Kelemahan manusia dalam mengawal emosi ini membolehkan kita inginkan apa yang orang lain miliki. Natijahnya, yang membayar adalah kita dalam pembelian untuk mengejar gaya hidup orang lain. Menayangkan kegembiraan ini jugalah yang memberi kesan kepada kewangan kita nanti. Namun, kegembiraan ini tidak dapat bertahan lebih lama daripada kegembiraan daripada memiliki kewangan yang stabil.

Kita perlu mengimbangkan keinginan dan kawal perasaan iri hati. Buat sesetengah orang, ini adalah cabaran dan di dalam dunia yang harga terus meningkat, kita semua akan lebih selesa dengan keseimbangan dalam berbelanja.

#2. Mengutamakan simpanan daripada perbelanjaan

Perlukah kita melabur dahulu dan belanja selebihnya? Atau adakah kita berbelanja untuk apa yang perlu dahulu baru menyimpan/melabur bakinya? Keutamaan anda perlulah disusun dahulu kerana ia akan mempengaruhi kelakuan anda saban hari walaupun ianya kelihatan remeh dalam jangka masa pendek. Diri anda sendiri di masa depan sama ada akan berterima kasih atau menyesal berdasarkan apa yang anda lakukan sekarang.

Jika kita mahu berbelanja terlebih dahulu tanpa mengetahui berapa jumlah simpanan anda, situasi akan menjadi bermasalah kelak. Apabila pendapatan terganggu atau anda dibuang kerja, impaknya lebih teruk. Jika anda melabur dan menguruskan perbelanjaan dengan cermat, sekurang-kurangnya akan ada “kusyen” untuk anda dalam situasi getir. Simpanan berfungsi seperti pemadam api dan anda tentu perlukannya jika berlaku kebakaran.

Untuk berdisiplin dalam berbelanja amatlah susah terutamanya apabila tahap perbelanjaan kita sudahpun tinggi berbanding pendapatan. Kita mungkin akan bersandarkan alasan untuk menyedapkan hati dan untuk tidak memikirkan masa depan. Apa-apa sahaja boleh berlaku seperti sakit, kegawatan ekonomi, kematian atau orang yang tersayang meminta pertolongan. Kita sudah tentu inginkan kewangan yang stabil supaya perkara seperti ini dapat dikawal.

#3. Dana kecemasan

Tanya sesiapa yang sedang mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan hospital sama ada mereka sangka perkara buruk akan terjadi. Sudah tentu tidak kerana malang tidak berbau.

Sesetengah kecemasan memerlukan komitmen wang yang tinggi. Selalunya, ianya di luar kemampuan kewangan seseorang. Tambahan pula, untuk rawatan bagi sakit dan kecederaan kritikal, kehilangan harta benda dan liabiliti individu atau professional adalah risiko utama yang kita perlu hadapi sama ada kita mempunyai perlindungan atau tidak.

Untuk menjaga nilai wang kecemasan anda ini, gunakanlah insurans/takaful dengan bijak. Bahana kecemasan yang paling besar adalah dari segi kewangan dan dengan adanya perlindungan, anda boleh memindahkan risiko inflasi dan kecemasan kepada syarikat insurans/takaful.

#4. Dapatkan nasihat kewangan

Dana amanah, akaun simpanan harian, pencen, Skim Persaraan Persendirian – semua ini adalah antara beberapa pilihan yang wujud dalam dunia kewangan persendirian. Semua ini memeningkan malah untuk pakar sendiri tetapi jangan gusar dengan nama dan jargon ini.

Dunia produk kewangan penuh dengan liku. “Roadblock” akan dihadapi terutamanya bagi yang tidak berilmu. Tambahan pula, dengan setiap fasa hidup kita, keadaan sudah tentu akan berubah. Cara yang terbaik untuk kekal adalah dengan bantuan penasihat kewangan. Mereka lebih tahu akan selok belok kewangan dan bagaimana cara terbaik untuk membantu mengikut kepada kesesuaian masing-masing.

Persaraan, contohnya, hendaklah dibiaya. Amatlah berisiko jika kita terlalu berharap kepada simpanan KWSP kerana pengeluaran boleh dibuat untuk tujuan pendidikan anak-anak, perubatan dan pinjaman rumah. Lebih baik kita bersedia dari awal dengan menggunakan gabungan takaful, PRS, simpanan dan aset.

Realiti tidak mempunyai wang di usia tua amatlah dekat dengan kita jika kita menangguh pengurusan. Tambahan pula dengan inflasi lagi. Sediakan diri anda dalam situasi perbelanjaan yang tidak dijangka dan perubahan dalam pendapatan.

 

Daftar bersama MyPF dan dapatkan khidmat penasihat kewangan bertauliah. 

You May Also Like

 

Kongsi bersama kami cara anda mengatasi kenaikan harga barang? Komen pendapat anda di bawah.