Dibincang dalam ruangan Reddit, ELI5 (Explain Like I’m Five), tentang mengapa media massa melaporkan kenaikan saham GameStop ($GME), aktiviti short squeezing daripada wallstreetbets dan apa akibatnya kepada hedge fund. Ketahui apa sebenarnya terjadi dan adakah semua ini benar? (Original article in English)
Dikemaskini: 7 Februari, 2021
Disclaimer: Not a recommendation to buy or sell. While almost all articles on this site are recommended for kids of all ages, this one in particular departs from the norm and is probably 18PL. The opinions of this article are it’s writer’s and not necessarily the stand of MyPF. Reading this article indicates your agreement that this article is for edutainment purposes and to not get easily offended.
Contents
Siapakah Yang Terlibat di Sebalik Kejadian Kenaikan Saham GameStop?
- GameStop: Syarikat permainan digital yang ditubuhkan pada tahun 1984 dengan lebih 5 ribu kedai di Amerika Syarikat dan lebih seribu kedai di benua lain. Harga saham sebelum ini tidak memberangsangkan kerana mereka berada di dalam industri berasaskan kedai fizikal.
- Hedge Funds, atau dana persendirian: Syarikat pelaburan persendirian yang mengambil untung melalui pelaburan dalam pelbagai kelas aset dan selalunya, mereka ini menggunakan strategi berisiko tinggi dan mempunyai lebih banyak pilihan berbanding pelabur biasa. (lihat di bawah)
- Para Redditors dari segmen (r/wallstreetbets): Ahli Reddit (salah satu platform media sosial) dari subreddit (segmen topik) wallstreetbets yang berbincang mengenai saham dan derivatif yang terkenal dengan gaya pelaburan agresif. Oleh itu, mereka memanggil diri mereka sebagai wallstreetbets di mana bets melambangkan strategi mirip perjudian. Juga dikenali dengan kekurangan tatasusila berbahasa dan kini, dengan fenomena GameStop.
- DeepFuckingValue: Ahli r/wallstreetbets yang tersohor di kalangan kumpulan ini sebagai seorang wira dan seorang yang layak diikuti.
- Broker saham (e.g Robinhood): pihak yang mengendalikan pembelian dan penjualan saham yang kini dikritik kerana memberhentikan pembelian saham GameStop dan saham-saham spekulatif yang lain.
“Short Squeeze“
Apakah itu “Short Squeeze“?
“Short squeeze” adalah di mana terdapatnya kenaikan harga yang mendadak untuk sesebuah saham kerana permintaan yang tinggi daripada para “short seller” untuk membeli balik saham yang dipinjam tetapi tiada bekalan daripada pihak awam. Mungkin anda pernah terdengar aktiviti “short squeeze” ini daripada karya Hollywood yang bertemakan saham seperti “The Big Short” (diarah oleh Adam McKay), “The Wolf of Wall Street” (dibintangi Leonardo DiCaprio) atau sebuah siri daripada Netflix iaitu “Billions“.
(Sumber: Screenshot daripada IMDB)
Apakah beza antara pelabur biasa dengan “short seller“?
Okay. Inilah masa anda ambil perhatian sepenuhnya. Kami akan cuba menerangkan dengan konsep yang mudah. “Short seller” adalah seseorang yang menjual sesuatu saham yang mereka tidak miliki.
Kejap. Tak logik akal jika anda boleh jual saham orang lain!
“Short seller” berbuat demikian dengan meminjam saham dan kemudiannya menjual saham yang dipinjam tersebut. Jadi, mereka perlu memulangkan kembali saham yang telah dipinjam.
Jika anda membeli saham dengan biasa, pendedahan anda terhadap risiko adalah jumlah yang dilabur (jika ia jatuh kepada kosong, anda akan hilang jumlah wang yang telah dilabur). Namun, jika anda dalam posisi “short sell“, potensi kerugian anda lebih besar! Jadi, aktiviti “short selling” ini hanya boleh digunakan dengan akaun istimewa dipanggil margin account yang membolehkan anda mengambil pendedahan berlebihan dari jumlah apa yang anda miliki.
Apakah yang dimaksudkan dengan “hedge fund”?
Dana duit pelabur. Seperti dana amanah ataupun dikenali sebagai unit trust. (Ketahui dengan lebih lanjut apa itu hedge fund)
Dana ini adalah dana khas untuk institusi pelaburan atau individu berpendapatan tinggi (High Net Worth). Ianya lebih kurang dipantau kerana ianya untuk pelabur bertauliah (Sophisticated Investor) sahaja.
Individu berpendapatan tinggi: Mempunyai nilai aset melebihi RM 3 juta
Pelabur bertauliah: Mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM 300k setahun (atau RM 400k bersama pasangan)
Definisi mengikut Suruhanjaya Sekuriti adalah seperti berikut.
Dana terhad, atau hedge fund ini juga mempunyai persamaan dengan mandat persendirian (“private mandate“) yang semakin popular sekarang. Kedua-dua ini mempunyai risiko yang amat tinggi (bergantung kepada jenis pelaburan).
(Sumber: Google Ad)
Jadi, majoriti daripada pembaca termasuklah saya sendiri sememangnya tidak mempunyai apa-apa insentif untuk melabur dalam hedge fund ini. Bayangkan anda hendak mendapat pulangan tinggi tetapi akhirnya risiko semua di tangan anda sendiri. Hedge fund akan mengenakan caj sebanyak 1-2% atas nilai pelaburan dan 10-20% komisen berdasarkan keuntungan.
Bagaimana “perang” ini bermula?
Kini, setelah mengenali komponen dan pemain penting dalam saham ini, mari lihat apa sebenarnya terjadi (dan masih berlaku sekarang).
- Mac, 2019: Seorang Redditor, delaneydi, berkongsi pendapatnya tentang tesis pelaburan jangka masa panjang GameStop dalam r/wallstreetbets.
- Ogos, 2019: Micheal Burry, watak sebenar dalam filem The Big Short melabur dalam saham GameStop sebanyak 3% daripada jumlah saham. Seorang Redditor, DeepFuckingValue, mencanang saham GameStop yang dimilikinya yang semakin bernilai.
- April 13, 2020: Seorang Redditor, Senior_Hedgehog, memanggil GameStop (GME) sebagai “short squeeze” terbesar yang akan terjadi dalam hidup anda.
- Januari 22, 2021: Usahawan makanan binatang peliharaan Chewy.com, Ryan Cohen dan hero wallstreetbets, DeepFuckingValue, memimpin para Redditors di forum wallstreetbets untuk menaikkan harga GME. Saham tutup pada harga tertinggi, $65.
- Januari 27, 2021: Setiausaha Media White House, Jen Psaki, mengumumkan bahawa mereka akan memantau aktiviti dalam saham GameStop
- Januari 27, 2021: Para Redditors juga mengumumkan bahawa mereka akan melakukan aktiviti “short squeeze” yang sama kepada saham AMC Theatres ($AMC).
- Januari 28, 2021: Broker saham tanpa komisen, Robinhood, mendapat kecaman para Redditors kerana menyekat aktivitipembelian saham $GME dan dituduh memanipulasikan pasaran oleh Senator Amerika Syarikat, Ted Cruz dan Wakil Rakyat Amerika Syarikat, Alexandria Ocasio-Cortez (AOC). Saman kumpulan ataupun class action lawsuit difali oleh seorang pengguna Robinhood. (Situasi yang ironik yang tidak melambangkan nama “Robin Hood” kerana mereka dituduh mencuri daripada yang miskin dan beri pada yang kaya).
- Januari 28, 2021: Aktiviti “short squeeze” masih diteruskan dengan kerugian daripada hedge fund mencecah sehinggan $5 bilion! Ada hedge fund yang sudah melepaskan posisi short mereka dan ada yang kerugian sehingga lebih daripada 100% tetapi Redditors tidak mahu berhenti.
(Sumber: r/wallstreetbets; ramai yang terkena dengan aplikasi ini)
- Januari 30, 2021: Google pula menerima kecaman selepas memadam ribuan review satu bintang pada aplikasi RobinHood.
(Sumber: Carta TradingView)
Pegang dengan Nyawa Anda
GME ON! Dah masuk dan pegang saham ini!
Ramai yang masih berpegang dengan saham GME ini walaupun telah menerima pulangan keuntungan yang tinggi.
(Sumber: r/wallstreetbets; Ramai yang ikut pegangan DFV)
(Source: r/wallstreetbets; “I’M STILL IN)
(Sumber: r/wallstreetbets; semangat berpasukan)
Ada juga yang menyamakan situasi ini dengan situasi “miskin lawan kaya” dan pengalaman yang mempunyai makna lebih daripada hanya sekadar wang semata-mata.
Social Shorting
Ramai profil tinggi termasuklah Elon Musk, Jim Cramer dan lain-lain lagi yang “ambil port” dalam situasi ini. Bukan sahaja atas GameStop tetapi bagaimana kelakuan sosial dalam talian terhadap saham ini akan memberi impak dalam dunia kewangan. Ada juga rakyat Malaysia yang ingin menyamakan keadaan ini dengan situasi “short selling” saham syarikat sarung tangan di Bursa. (Walaupun short selling sebenarnya terhad di Bursa Malaysia dan komuniti BursaBets amatlah kecil berbanding wallstreetbets).
“Wallstreetbets membuatkan anda mengambil bahagian dalam komuniti 90% melawan orang kaya 1%. – Pengguna Twitter, @redditinvestors
(Sumber: Twitter @elonmusk)
(Sumber: r/wallstreetbets & Twitter @ParikPatelCFA; Mungkin selepas Biden?)
(Sumber: New York Times)
Kini (7 Februari 2021), saham GameStop telah jatuh sebanyak 80% daripada harga tertinggi! Saham ini ditutup pada harga $63.
You May Also Like
- 6 Tips Berkahwin Secara Bajet
- Pakej Bantuan PERMAI Diumumkan Untuk PKP 2.0
- Apakah Faktor Yang Boleh Mempengaruhi Kos Sara Hidup?
Apakah yang anda rasa akan terjadi pada harga saham ini nanti? Kongsi bersama kami di seksyen komen di bawah.
Leave A Comment