Sama ada anda pasangan yang baru berkahwin ataupun sudah lama bersama, pengurusan kewangan keluarga adalah topik penting yang bakal memberi impak besar terhadap anda dan pasangan. Berikut adalah 6 perkara yang perlu dititik beratkan berkenaan pelan kewangan keluarga. (Original article in English)

Perbalahan mengenai kewangan adalah sebab stres utama pasangan bercerai. Pengurusan kewangan rumah tangga yang lemah akan menjadi punca kekecewaan sesama pasangan dan lama-kelamaan membuatkan hubungan semakin renggang.

“Konflik berkenaan kewangan setakat ini adalah punca utama dan peramal dalam kes cerai” –  Sonya Britt, Timbalan Professor Kajian Keluarga dan Servis Kemanusiaan serta Pengarah Program Perancangan Kewangan Peribadi di Kansas State University.

Sekarang anda tahu betapa seriusnya perkara ini. Jadi, mari kita lihat 6 faktor penting yang diperlukan setiap pasangan dan keluarga untuk mempunyai pengurusan kewangan rumah tangga yang efektif.

Sediakan Matlamat

Letakkan matlamat kewangan rumah tangga untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang

Gagal merancang, merancang kegagalan. Dengan meletakkan matlamat anda, kedua-dua pihak dapat memberi fokus terhadap apa yang lebih penting. Apa yang penting untuk keluarga anda? Setiap rumah tangga mempunyai fokus yang tersendiri.

  • Jangka masa pendek (1 hingga 2 tahun)
    • Contoh:
      • Perancangan bulan madu di Eropah
      • Melunaskan pembayaran hutang kad kredit
  • Jangka masa sederhana (2 hingga 5 tahun)
    • Contoh:
      • Rumah idaman yang sesuai dengan gaya hidup anda dengan pasangan
      • Kereta kedua untuk keselesaan anak-anak
  • Jangka masa panjang (10 tahun ke atas)
    • Contoh:
      • Dana pendidikan anak-anak
      • Dana persaraan

Tulis perancangan dan matlamat kewangan keluarga anda dengan jelas. Lebih baik jika anda cetak dan letakkan di tempat yang anda lihat setiap hari. Bantuan visual ini sedikit sebanyak dapat bantu mengekalkan anda di haluan yang betul.

PendekTarikh akhirKosJumlah caruman bulanan
Pelunasan hutang kad kredit
SederhanaTarikh akhirKosJumlah caruman bulanan
Rumah idaman
   
PanjangTarikh akhirKosJumlah caruman bulanan
Dana pendidikan
   

Memahami Status Kewangan Sedia Ada

Pendapatan dan Perbelanjaan

Sua kenal dengan status kewangan anda sekarang. Lebih mudah untuk merancang dan ketahui jauh mana matlamat anda.

Lebih awal pasangan anda dan anda memahami antara satu sama lain, lebih cepat anda berdua boleh meninggalkan perbalahan tentang duit. Semua ahli keluarga perlu turut serta dalam perancangan ini termasuklah anak-anak. Mungkin ini boleh menjadi sesi pembelajaran yang penting untuk mereka jua dalam pengurusan kewangan. Bak kata pepatah, “bapa borek, anak rintik”.

Bentangkan fakta tentang pendapatan individu dan perbelanjaan harian/bulanan. Anda perlu jelas dan jujur. Jangan risau lagi tentang perbelanjaan berlebihan. Di sinilah di mana anda akan terokai tabiat perbelanjaan keluarga anda tetapi jangan terus menuding jari. Untuk memperbaiki keadaan, anda perlu memahami keadaan.

Kemudian, bahagikan perbelanjaan anda kepada perbelanjaan tetap dan boleh ubah, hutang yang dibawa serta nilai aset. Secara amnya, di sinilah pengurusan wang dilakukan. Contohnya, jika anda mempunyai pembelian besar yang memerlukan sejumlah wang tunai, ia perlu dibincangkan terlebih dahulu (i.e kereta baru, perabot). Fahamkan keadaan kewangan individu dan perbelanjaan akan datang.

Contoh kategori perbelanjaan:

CategoryDetailsMonthly Amount RM
Child ExpensesSchool Fees
Child ExpensesTuition
Child ExpensesSchool Supplies
Child ExpensesMaid
Dining & EntertainmentEating Out
Dining & EntertainmentGroceries
Dining & EntertainmentMovies
Dining & EntertainmentHobbies
Petrol & BillsPetrol
Petrol & BillsElectricity Bill
Petrol & BillsWater Bill
Petrol & BillsPhone Bill
Petrol & BillsInternet Bill

Kini, pantau perbelanjaan sebenar untuk dua, tiga bulan berikutnya. Anda perlu tahu ke mana wang anda pergi dan ini mungkin memberi sedikit kejutan.

Jangan risau tentang bajet anda lagi tetapi fokus kepada mengekalkan disiplin dalam berbelanja supaya anda lebih tahu akan keadaan sebenar berbanding apa yang dirancang.

Analisis Kemahuan vs Keperluan

Fokus terhadap keperluan berbanding kemahuan

Untuk keluarga baru, fokus sebenar adalah hidup mengikut kemampuan dan mula menyimpan untuk mengumpul kekayaan. Carum secara bulanan. Setkan akaun bank supaya peratusan daripada gaji anda ditolak kepada akaun simpanan bersama secara automatik. Kemudian, biar sahaja wang ini berkembang dengan sendiri dengan kuasa kompaun.

Mengurangkan perbelanjaan bermakna anda mempunyai lebih wang untuk dilabur. Anda perlu membezakan antara “kemahuan” dan “keperluan” ini dengan sendiri. “Kemahuan” adalah produk dan servis yang anda sukakan tetapi tak semestinya diperlukan seperti peti sejuk yang besar atau kasut kulit baru. “Keperluan” pula adalah produk dan servis yang diperlukan seperti makanan, rumah dan pakaian.

Selepas pemantauan sekurang-kurangnya selama 3 bulan, anda akan jumpa perbelanjaan yang di dalam kategori “tidak diperlukan”.

Sebelum anda membeli apa-apa, tanya diri anda sendiri sama ada ia akan kembali menghantui anda kelak. Kalau tidak pasti, tunggu dahulu beberapa hari dan fikir masak-masak. Walaupun produk dan servis yang anda anggap sebagai “kemahuan” juga memerlukan analisis lanjut sama ada ianya betul-betul diperlukan. Ya, anda mungkin perlukan kereta kedua untuk memudahkan urusan. Tetapi mungkin kereta terpakai berbanding kereta baru? Patutkah anda beli kereta tempatan atau kereta import? Adakah bernas jika anda mengambil hutang 3 atau hutang 9 tahun? Walaupun dengan sesuatu yang mudah seperti kereta kedua, perkara ini perlu dianalisa dengan lanjut kerana keputusan anda akan memberi impak kewangan yang besar.

 

Mula dengan Bajet Bulanan

Belanja kurang daripada pendapatan

Bajet – walaupun ringkas – adalah cara terbaik supaya anda tidak berbelanja lebih daripada pendapatan anda. Lagi awal lagi bagus. Walaupun yang ditulis secara ringkas di atas kertas. Kini, dengan teknologi seperti Wallet, Google Sheets, dan aplikasi lain, pemantauan bajet boleh dilakukan dengan lebih mudah.

Tip: Mudahkan dan automasikan aktiviti pemantauan perbelanjaan dengan peranti digital

Lihat setiap duit yang masuk dan keluar dari langkah yang disebut di atas. Pendapatan anda (gaji) sepatutnya konsisten setiap bulan. Perbelanjaan pula adalah aspek yang perlukan perhatian. Kategorikan sebagai tetap dan boleh ubah secara berikut:

  • Perbelanjaan boleh ubah adalah fokus anda dalam mengubah perbelanjaan. Contohnya; barangan dapur, makan luar, hobi, minyak kereta
  • “Kemahuan” anda dan “keperluan” adalah dua benda berbeza. Belanja ke arah keperluan dan kurangkan kemahuan. Anda akan mempunyai lebih banyak wang untuk berbelanja untuk apa yang perlu. Matlamat sebenar adalah berbelanja kurang daripada kemampuan. Contohnya, kurangkan kos kopi premium bulanan anda jika ianya memakan ratusan ringgit sebulan dengan buat kopi anda sendiri di rumah.
  • Analisa perbelanjaan terbesar dalam rumah tangga. Cari alternatif yang lebih murah.

Jangan ambil kira pendapatan tambahan seperti kerja freelance atau wang tambahan lain. Wang ini sepatutnya anda labur. Fokus terhadap bajet yang positif secepat mungkin. Mula kembangkan wang anda sekarang! Mula dengan asas seperti dana kecemasan.

Pantau Perbelanjaan

Pantau perbelanjaan sebenar dan tabiat perbelanjaan anda

Matlamat telahpun ditetapkan, duit keluar dan masuk dah dikenalpasti, dah kenal apa yang boleh disimpan dan bajet pun sudah tersedia. Kini masanya untuk anda pantau perbelanjaan sebenar anda.

Kenal pasti perbelanjaan anda secara mingguan atau lebih baik, secara harian.

Prinsip paling penting dalam berbelanja hanya dengan wang yang anda ada. Pengecualian dalam hal ini hanyalah ketika waktu kecemasan. Anda tidak sepatutnya wang di masa akan datang (gaji bulan depan). Bajet akan menunjukkan bahawa kita semua cenderung untuk berbelanja ke arah barang yang tidak diperlukan.

Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal adalah punca sebenar perbelanjaan secara berlebihan. Guna kad kredit anda dengan tips berikut:

  • Bayar secara penuh setiap bulan
  • Gunakan kad kredit untuk keperluan, bukan kemahuan
  • Bayar sekurang-kurangnya jumlah minima. Jangan tak bayar langsung.
  • Anggap kad kredit sebagai kemudahan dalam menyediakan bajet dan bayar setiap bulan
  • Gunakan kad yang memberikan ganjaran
  • Kekal di bawah 30% had kredit anda. Salah satu cara untuk memastikan skor kredit anda sihat adalah penggunaan di bawah 30%.
  • Pastikan anda selamat daripada penipuan kad kredit dengan memantau setiap perbelanjaan

Perbincangan Secara Berkala

Pemantauan bajet secara berkala mengikut kesesuaian

Bajet ini bukannya sentiasa sama tiap-tiap tahun. Ada kalanya ia perlu diubah dan dibincangkan semula. Situasi kewangan berubah, kesilapan boleh berlaku dan keperluan tidak tetap. Bajet baru mungkin memerlukan masa untuk kelihatan relevan dan realistik.

Jadi, untuk tahun pertama, pantau pelan anda setiap bulan. Untuk tahun kedua pula, pantau setiap 4 bulan. Namun, bagi setiap fasa baru dalam hidup anda (e.g kelahiran anak), lihat kembali pelan anda dan ubah mengikut kesesuaian. Contoh lain adalah kehilangan kerja atau selepas pembelian rumah baharu.

Hidup ini sukar untuk diramal. Apa yang kita semua boleh lakukan adalah rancang sebaik mungkin. Pastikan bajet anda sesuai dengan keadaan keluarga anda. Hidup berasaskan perancangan akan memberi anda kelebihan untuk mencapai status “pesara awal” dan bebas kewangan. Bekerjasama dengan pengurus kewangan supaya anda dapat permudahkan hidup anda dan kekal bersemangat dalam hal kewangan.

 

Apa tips anda dalam pengurusan kewangan rumah tangga? Kongsi bersama kami dan komen di bawah.

 

You May Also Like