Inflasi? Kenaikan harga? Adakah anda semain runsing akan harga barangan yang kian meningkat di masa akan datang? (Original article in English)

Dengan penawaran vaksin Covid-19 yang semakin meningkat di Malaysia, kita boleh jangka ekonomi akan berkembang selari dengan kadar vaksin negara. Kita juga boeh jangka bahawa orang ramai akan lebih yakin terhadap pembelian dan secara langsung, meningkatkan lebih banyak permintaan. Itulah lumrah ekonomi di mana apabila permintaan tinggi, harga akan turut sama meningkat.

Apakah jenis barangan yang anda perlu sedar akan harganya? Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) telah melaporkan data terperinci berkenaan harga barangan dan servis dalam ekonomi setiap bulan. Ini memberikan peluang kepada kami untuk menggunakan data ini dan mencari jawapan.

Artikel ini akan meneroka perubahan harga barangan di Malaysia dan maklumat barangan apa yang anda perlu sedar akan harganya. Daripada situ, anda boleh membuat perancangan untuk bajet perbelanjaan anda.

Sumber Data Kami

Artikel ini menggunakan data daripada Indeks Harga Pengguna Mac 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM).

JPM melaporkan harga barangan dan servis yang kebiasaannya dibeli oleh rakyat Malaysia setiap bulan. Terdapat pelbagai jenis barangan termasuk dalam survey. Jadi, indeks harga pengguna ini boleh memberikan gambaran yang jelas kepada anda.

Barangan #1: Minyak dan Pengangkutan

Untuk seluruh tahun 2020, harga pengangkutan sebenarnya jatuh dengan kadar yang tinggi iaitu 9.8% kerana harga minyak jatuh ketika pandemik Covid-19.

Sebagai contoh, harga minyak RON95 jatuh kepada RM2.08 setiap liter pada bulan Februari 2020 kepada serendah RM1.25 setiap liter pada bulan April 2020. Ini bermakna setiap rakyat Malaysia dapat menjimatkan sekitar 40% daripada harga kos pengangkutan dalam tempoh ini. Itupun kalau ada yang masih keluar daripada rumah.

Buat masa sekarang, ekonomi global masih sedang fasa pemulihan dengan inisiatif vaksin daripada kerajaan. Ini bermakna harga minyak juga semakin meningkat. Berbalik kepada contoh RON95 tadi, harga minyak kini kembali kepada paras harga sebelum pandemik iaitu RM2.05 setiap liter. Ini bermaksud kenaikan dengan kadar 64% daripada paras harga terendah pada tahun 2020.

Apa maksudnya kepada anda? Memandangkan harga minyak bergerak selari dengan pemulihan ekonomi dunia, begitu juga dengan kos pengangkutan. Anda mungkin telahpun membayar dengan harga lebih mahal untuk bulan-bulan kebelakangan ini tetapi anda juga perlu bersedia untuk apa yang akan datang. Mengikut data-data terdahulu, harga tertinggi untuk RON95 adalah RM2.30 setiap liter pada tahun 2017. Lebih baik anda bersedia terlebih dahulu dengan kenaikan yang sekurang-kurangnya sebanyak 10% untuk bajet kos pengangkutan anda.

Barangan #2: Makanan Laut

Jika anda seorang peminat makanan laut, ini adalah berita buruk untuk anda. Kenaikan harga untuk makanan laut telah meningkat sebanyak 2.9% pada bulan Mac 2021 iaitu kadar harga tertinggi. Ini adalah kenaikan tertinggi sejak pandemik.

Sebagai konteks, kenaikan produktiviti industri makanan laut adalah 0.7% pada tahun 2020. Harga makanan laut amatlah mahal di sekitar 0.8% pertumbuhan setiap tahun. Anda juga yang masih beli ikan daripada kedai runcit tempatan. Jadi, permintaan tidak akan hilang begitu sahaja.

Apa maksudnya? Ini mungkin bermakna perbelanjaan anda akan terkesan buat masa akan datang jika harga akan kekal naik. Ikan dan makanan laut adalah sumber protein utama untuk diet anda. Anda sepatutnya mengelakkan diri daripada membeli makanan laut yang sudah pun mahal. Anda juga boleh mengelakkan diri daripada membeli makanan laut import dan fokus kepada penjual tempatan. Hal ini lebih teruk di kalangan penduduk bandar dan perpendapatan rendah kerana jumlah harga makanan laut meningkat sebanyak 3.4% di bandar dan 2.2 % untuk luar bandar.

Barangan #3: Susu, Keju dan Telur

Barangan ini adalah bahan penting untuk sarapan pagi – susu, keju dan telur. Harga barangan ini telah naik dengan mendadak iaitu 1.8% untuk Januari 2021, 2.5% untuk Februari 2021 dan 0.9% untuk Mac 2021.

Harga susu, keju dan telur telah jatuh dengan kadar 1.9% pada tahun 2020 tetapi peningkatan harga barangan ini untuk bulan-bulan terbaru amat merunsingkan. Susu pula adalah bahan penting untuk makanan bayi dan buat ibu bapa, susu tidak boleh diganti. Telur pula adalah makanan asas untuk rakyat Malaysia. Keju, walaupun tidak sepenting susu atau telur, masih lagi digunakan dalam masakan atau hidangan kita.

Kenapa anda perlu kisah? Anda akan membelanjakan sebahagian besar daripada wang anda untuk bahan ini dan peningkatan harga akan menambah perbelanjaan anda dengan mendadak. Anda boleh kurangkan pembelian susu atau telur tetapi semestinya susah untuk berbuat demikian jika anda sudah biasa akan diet ini. Pastikan anda bersedia untuk kenaikan harga bahan ini di masa akan datang.

Barangan #4: Buah-buahan

Kenaikan harga untuk pelbagai aneka jenis buah-buahan telah naik dengan mendadak daripada 1.0% pada Januari 2021 hingga 1.6 pada Mac 2021. Walaupun tiada pecahan kepada jenis buah-buahan dalam data JPM, kadar ini masih membimbangkan.

Harga buah-buahan kebiasaannya stabil dengan kadar purata sebanyak 1.0% setiap tahun daripada tahun 2017 hingga ke 2020. Walaupun dengan pandemik, harga buah-buahan masih stabil dan naik dengan kadar rendah secara konsisten. Buah-buahan adalah komponen penting dalam pemakanan harian. Ianya juga mudah untuk dimakan di mana-mana sahaja. Anda tidak perlu masak pun.

Jadi, apa yang anda boleh buat untuk elakkan kenaikan harga buah-buahan? Memandangkan buah-buahan adalah sumber nutrien yang besar untuk individu, susah untuk sarankan pengurangan buah-buahan. Buah-buahan yang terkenal seperti epal dan oren selalunya diimport daripada negara luar. Jadi, perkara terbaik adalah anda kurangkan pemakanan buah-buahan import dan fokus terhadap buah-buahan tempatan. Anda juga boleh gantikan dengan sayur-sayuran tetapi ini juga mendatangkan masalah. Kenapa?

Barangan #5: Sayur-sayuran

Dalam semua kategori makanan, kenaikan harga sayur-sayuran sebenarnya di kadar yang paling tinggi daripada bulan Januari 2021 hingga Mac 2021 dengan kadar 3,2%. Ini jauh melangkaui kadar kenaikan harga makanan lain.

Trend yang sama juga dapat dilihat ketika pandemik. Pada tahun 2020, kadar kenaikan harga sayur-sayuran adalah sebanyak 4.1%.

Namun, pada tahun 2019, sebelum pandemik, harga sayur-sayuran hanya meningkat sebanyak 1.0% tetapi kadar semakin meningkat ketika pandemik. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya bekalan di mana pembekal tidak boleh menghantar makanan ke dalam bandar di mana permintaan paling tinggi. Secara langsung, ini mengurangkan bekalan untuk beberapa bulan awal ketika pandemik.

Apa maksudnya? Anda perlu kekal dengan harga sayur-sayuran dan rancang kewangan anda. Walaupun, harga sayur-sayuran telah jatuh sedikit, kenaikan dan pertumbuhan harga masih lagi yang paling stabil dalam semua kategori makanan. Mula dengan perancangan dan bajet apabila anda melawat pasar tani terdekat di kawasan rumah anda.

Barangan #6: Perabot, Barangan Rumah dan Lain-lain

Jika anda merancang untuk membeli perabot, mungkin inilah masa terbaik untuk anda beli. Kadar kenaikan adalah 0.2 % pada bulan Januari 2021. 0.9% pada bulan Mac 2021. Harga ini juga berpotensi untuk kekal meningkat.

Pada tahun 2020, harga barangan ini hanya meningkat sebanyak 0.3% setahun dan lebih sedikit berbanding 2019 iaitu 1.6%. Walaupun peningkatan ini sedikit, anda perlu faham bahawa harga perabot sememangnya mahal pun. Sebagai contoh, sofa berharga RM3,000 dan kenaikan harga barang sebanyak 1.6%  bermaksud anda akan mengeluarkan tambahan RM48 setiap bulan.

Kenapa ia penting? Untuk kebanyakan pembeli rumah pertama kali, membeli perabot dan barangan rumah sememangnya akan membebankan dan memerlukan banyak duit perbelanjaan. Anda mungkin perlukan RM50,000. Jika anda sudah pun mempunyai perancangan, inilah masa penting dan jangan tunggu sehingga barangan tersebut mahal.

Rumusan

Menurut data indeks harga pengguna pada bulan Mac 2021, anda perlu faham akan kenaikan harga barangan penting. Harga minyak meningkat dengan mendadak pada awal tahun dan itu adalah perbelanjaan yang agak tinggi. Barangan lain seperti ikan, makanan laut, susu, kejut, telur, buah-buahan dan sayur-sayuran juga adalah punca stres anda. Akhir sekali, jika anda sedang mencari perabot dan alatan rumah, anda perlu bergerak dengan pantas kerana harga barangan ini kekal meningkat.

 

Apakah kategori barangan yang anda paling risaukan? Komen di bawah untuk kongsi bersama kami.

You May Also Like