Adakah aktiviti trading merupakan suatu jenis pendapatan tambahan yang kukuh? Apakah cara terbaik untuk trading? (Original article in English)

Pernahkah anda terdengar akan trading sebagai pendapatan tambahan? Anda perlu sedar akan risiko yang datang daripada trading. Mungkin ada yang beranggapan bahawa aktiviti ini hanya memperjudikan wang anda.

Namun, semua itu hanyalah sebahagian daripada perspektif trading. Anda tidak perlu menganggap trading sebagai perjudian tetapi ia tidak mengubah yang trading sememangnya susah daripada yang anda sangkakan.

Ketahui langkah di bawah untuk menjadikan trading sebagai cara yang kukuh untuk anda jana pendapatan.

#1. Letakkan hanya 10% daripada wang simpanan anda

Trading sebenarnya bukan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan maksimum melalui wang anda. Sebaliknya, trading bertujuan untuk menguruskan risiko anda dengan lebih efektif. Jadi, untuk mengelakkan anda daripada merisikokan keseluruhan modal atau simpanan, anda sepatutnya hanya meletakkan 10% daripada simpanan anda.

Dengan cara ini, anda mengehadkan kerugian maksimum dalam aktviti trading anda kepada tahap tersebut sahaja.

Anda juga sepatunya hanya menggunakan wang yang anda telah carumkan dari awal untuk trading. Ini bermakna jika anda letakkan RM3,000 dalam akaun anda dan anda rugi RM500, anda perlu hanya trade menggunakan RM2,500 untuk langkah seterusnya. Jangan tambah wang ke dalam akaun anda setiap kali anda rugi.

Ini bermakna setiap kali anda hendak naikkan jumlah wang dalam akaun trading anda perlulah sama ada melalui untung atau simpanan lebihan daripada pendapatan utama anda. Ingat, objektif trading adalah menguruskan risiko anda. Jadi, perlu letakkan juga dalam simpanan risiko rendah.

#2. Trade dalam jangka masa yang singkat

Jangan jadikan trading sebagai pendapatan atau kerja utama anda. Anda perlu sentiasa buat trade yang mudah dan singkat kerana anda tidak mahu meluangkan masa seharian trading. Apa-apa pun, anda dinasihati untuk kekalkan kerja utama anda untuk melindungi diri anda daripada potensi kerugian dalam trading.

Anda perlu mengehadkan masa hanya 30 minit untuk trade tetapi bergantung kepada masa yang anda ada. Prinsip utama adalah untuk jangan buatkan trading mengganggu kerja utama anda. Jika anda mengambil bahagian dalam pasaran Malaysia, anda boleh pilih untuk trade di awal pagi sebelum anda mula kerja pada pukul 9 pagi hingga 9.30 pagi. Slot seterusnya pula boleh dibuat sebelum makan tengahari pada 12 hingga 12.30 tengahari sebelum pasaran tutup seketika.

Ya. Boleh sebenarnya jana pendapatan melalui trading jangka masa pendek kerana harga bergerak dengan mendadak dalam jangka masa pendek. Contohnya, 2% hingga 5% dalam tempoh masa tertentu bermakna anda boleh dapatkan keuntungan dari RM60 hingga RM150 dengan berbekalkan modal RM3,000.

Namun, ini bergantung kepada sama ada memasuki platform atau kaunter yang betul untuk hari tertentu. Kami akan bentangkan lebih lanjut.

#3. Memilih kaunter/platform yang betul

Ini adalah langkah paling penting dalam trading – membuat pilihan yang betul untuk hari tertentu. Jika anda tidak memilih kaunter yang betul untuk aktiviti trade anda, perkara lain tidak bermakna lagi walaupun anda mahir dalam strategi, tips atau rahsia trading.

Secara ideal, anda perlu mencari pelaburan yang sudahpun atau akan menjadi popular. Dengan cara ini, pergerakan harga dalam sesuatu saham itu akan lebih ketara.

Ada orang yang berkata bahawa trading tidak memerlukan anda untuk baca apa-apa laporan. Tidak. Anda sebenarnya perlu lebih banyak membaca semua jenis berita untuk mengenal pasti kelas aset yang semakin mendapat perhatian. Untuk lebih spesifik lagi, anda boleh rujuk berita menggunakan sumber berikut:

  1. Laporan Kewangan Suku Tahun
  2. Kontrak Yang Diperoleh
  3. Pengumuman Polisi Kerajaan
  4. Laporan Indikator Ekonomi

Berita berkenaan akan memberi kesan terhadap pergerakan pelaburan dan pelabur akan membuat keputusan sama ada harga akan jatuh atau naik. Dalam jangka masa pendek, akan ada persaingan antara pelabur yang positif dan negatif di mana harga naik turun lebih mendadak. Tugas anda sebagai trader adalah mengenal pasti ke mana arah harga akan tuju menurut persaingan ini.

#4. Hormat “stop loss” anda

Apabila anda lihat tips pertama tadi, anda akan tahu bahawa objektif trading adalah menguruskan risiko anda sambil membuat keuntungan. Jadi, anda perlu berdisiplin dalam melaksanakan “stop loss” anda.

Apa itu “stop loss“? Stop loss adalah kerugian maksimum yang anda boleh terima dalam sesuatu posisi dan tak kira apa yang jadi, anda akan keluar daripada trade berkenaan apabila harga jatuh ke paras stop loss yang telah anda tetapkan sendiri. Ini penting untuk pastikan anda kekal dalam permainan ini dan tidak hilang segalanya.

Ramai orang yang buat kesilapan dengan beranggapan bahawa “harga akan naik balik” apabila telah sampai paras stop loss. Dalam realiti, harga boleh turun dengan lebih banyak dan mengeruhkan lagi keadaan. Anda juga berpotensi untuk kehilangan modal anda ini.

Tetapkan stop loss yang realistik dan hormat keputusan anda. Stop loss yang ideal adalah 1% hingga 2% di bawah harga yang anda masuki. Oleh itu, anda boleh tetapkan risiko yang anda ambil dengan mengehadkan kerugian anda di paras tertentu. Ingat. Anda tidak mahu hilang keseluruhan modal.

#5. Terapkan strategi yang betul

Banyak strategi trading di luar sana dan ia bergantung kepada anda untuk pilih yang mana betul dan sesuai bagi anda. Strategi anda akan menggunakan cara bagaimana harga pelaburan berubah dan sentimen pelabur terhadap pasaran sebagai asas.

Sebagai contoh, jika anda sedar akan trend harga yang telah meningkat buat tempoh tertentu, mungkin akan ada peluang untuk menggunakan strategi ABCD. Anda juga perlu mengenal pasti keadaan berikut untuk trade menggunakan strategi ini.

  1. Harga meningkat ke paras tertentu sebelum ini. Katakanlah pucuk trend ini sebagai titik A.
  2. Harga tidak naik lagi dan kekal di paras tertentu. Katakanlah paras ini sebagai titik B.
  3. Apabila harga telah stabil, beli aset ini apabila ia di bawah paras B. Katakanlah harga ini sebagai titik C.
  4. Harga meningkat lagi. Pucuk trend ini adalah titik D.

Terdapa banyak lagi strategi yang menggunakan konsep bagaimana harga berubah seperti turnaroundoscillation, dan lain-lain. Seorang trader mempunyai strategi yang betul bergantung kepada keadaan dan berita serta perubahan harga masa lampau. Sudah tentu ini akan memerlukan usaha untuk memantau harga dan berita terkini.

#6. Praktikkan indikator yang mudah

Aktiviti trading dalam pasaran perlu menggunakan kefahaman anda dalam indikator teknikal. Namun, ia tidak semestinya kompleks. Lebih senang untuk anda gunakan indikator yang mudah difahami kerana apabila anda gunakan semua indikator yang kompleks ini, anda pun tidak akan faham keputusan anda.

Anda boleh lihat indikator mudah berikut yang mudah difahami:

  1. Purata Pergerakan (“Moving Average“)
  2. Indeks Kekuatan Relatif (“Relative Strength Index, RSI”)
  3. Standard Deviation

Mula dengan indikator mudah ini dahulu sebelum meneroka indikator kompleks seperti Stochastic OscillatorMoving Average Convergence Divergence (MACD), Bollinger Bands.

Cara trading sebegini lebih teknikal berbanding melabur.

#7. Disiplinkan diri anda dan sentiasa tetap dengan pelan

Prinsip paling penting di sini. Ya, anda trade untuk dapatkan wang tambahan. Tetapi, apa yang paling penting adalah anda latih diri sendiri untuk kekal berdisiplin dan tetap dengan pelan anda walaupun semuanya tidak berjalan seperti yang anda jangka.

Trading memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi. Sabar menunggu peluang yang betul adalah penting dalam psikologi seorang trader berjaya. Jika tiada peluang datang, anda perlu kekal dan tidak terburu-buru melakukan trade. Perkara yang anda boleh buat adalah tetapkan stop loss dan sasaran untung. Jika semua ini tidak berlaku seperti yang anda jangka, keluar terus daripada posisi anda.

Sama juga dengan melabur. Trading memerlukan pelan yang kukuh daripada anda dan disiplin yang kuat untuk kekal dengan pelan ini. Ingat. Trading bukannya bermaksud anda berjudikan wang anda.

Rumusan

Terdapat cara lain untuk menjana wang melalui trading sebagai pendapatan tambahan. Tidak semestinya anda boleh kaitkan trading dengan berjudi. Letakkan 10% daripada simpanan anda dalam trading dan tetapkan stop loss sebagai 1% hingga 2% daripada harga masuk tadi untuk mengehadkan kadar kerugian. Anda boleh tetapkan aset untuk trade, buat dengan jangka masa pendek, tetapkan strategi yang betul dan gunakan indikator mudah. Semua ini dapat membantu anda dan pastikan anda sentiasa berdisiplin dalam hal-hal trading.

 

Adakah anda ingin menjadikan trading sebagai pendapatan tambahan? Kongsi bersama kami pendapat anda tentang trading di seksyen komen di bawah!

 

You May Also Like: